Episode 9 : Goodbye (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 9 : Goodbye  
      Chapter 2  

 

 

 

 

…………………………..

Di sebuah kafe…

“Jongin-ah, kamu tahu tak…bila kamu buat macam tu kat appa kamu…Eunhoon yang rasa susah…kamu pernah terfikir tak??” pujuk Gain apabila dia berjumpa pemuda itu di sebuah kafe. Niatnya hanya mahu memujuk Jongin untuk terima semula bapa kandungnya. Dia dapat tahu berita itu setelah Eunhoon memberitahunya.

Jongin yang pada mulanya teruja, terus berasa geram. Mana taknya, kena tipu hidup-hidup dengan Eunhoon a.k.a omma barunya itu. “Aniyo…saya tak pernah terfikir lansung…kenapa dia nak rasa susah pulak?? Dia tak ada kaitan dalam hidup saya…lagi satu, orang tua tu bukan nak fikir pasal saya pun…”

Gain mengeluh apabila mendengar luahan pemuda di hadapannya itu. Hati keras macam batu. “Eunhoon tu ambil berat pasal kamu…kamu je yang tak nak ambil tahu…saya tahu, kenapa bapa kandung kamu bagi kamu kepada Seunghwan-sanjangnimappa kamu tak nak kamu hidup susah bila kamu dah dewasa, hanya disebabkan peristiwa hitam tu…Seunghwan-sanjangnim terima kamu sebab dia faham niat sebenar appa kamu…dia bagi duit kepada appa kamu supaya nanti, bila appa kamu dah bebas, dia dapat hidup seperti biasa semula…”

“Tak semua benda dalam dunia ni sempurna, Jongin…kamu kena terima hakikat tu…” kata Gain untuk menghabiskan bebelannya tadi.

Jongin hanya mendiamkan diri. Dia cuba ‘hadam’ apa yang dikatakan oleh Gain. Tak semua benda dalam dunia ni sempurna?

…………………………….

Di rumah…

“Awak yakin ke ahjumma tu boleh buka hati Jongin tu untuk terima appa dia semula??” tanya Joonmyeon sambil menyapu halaman rumah mereka. Dia ditugaskan untuk membersihkan halaman rumah dengan Eunhoon.

“Saya yakin Gain-shi boleh buat…saya nak sangat tengok Jongin bahagia dengan appa dia semula…” kata Eunhoon pula. Dia dari tadi asyik la trim pokok dengan gunting besar itu di taman.

Ketika mereka berdua sibuk berbual, Jongin tiba di rumah. Mukanya kelat. Eunhoon pula teruja apabila ternampak kelibatnya Jongin. Dia terus mendekati pemuda itu.

“Macam mana tadi?? Best??” tanya Eunhoon.

Best apa…kau tipu aku hidup-2, Eunhoon…kalau kau nak tahu, aku takkan terima appa lagi…” kata Jongin lalu masuk ke dalam rumah.

Joonmyeon pula hairan apabila memerhatikan Jongin. “Awak rasa…hati dia terbuka ke??”

“Haih, moreugesseo…” keluh Eunhoon lalu menyambung kerjanya semula.

………………………….

Jongin segera ke beranda rumah itu. Dia ditugaskan untuk membersihkan beranda yang berada di atas rumah serba mewah itu. Batang mop dicapai lalu dia pun mop lantai beranda itu.

“Hai Jongin…asal senyap je??” tanya Chanyeol setelah menyedari Jongin lansung tidak mengeluarkan suara. Pelik ni. Selalunya, suara dia la yang memekak dalam rumah itu.

Pemuda itu hanya mendiamkan diri. Jongin meneruskan kerjanya dengan perasaan bercampur baur. Marah ada. Sedih, kecewa. Semuanya lah!

Setelah beberapa saat beranda itu dihiasi dengan keheningan petang, Jongin mula bersuara. Tiba-tiba sifat ingin tahu dia membuak-buak. “Chanyeol, kenapa kau nak sangat protect Miracle tu??” tanya Jongin sambil mop lantai dengan laju, selajunya.

Chanyeol pula terkejut apabila diterpa dengan soalan Jongin. Dia menghentikan kerjanya seketika. “Oh, sebab tu je cara aku dapat balas budi appa…semua benda berlaku tak sama dengan apa yang aku fikirkan…kadang-2, benda tu jadi sekelip mata…sekarang, appa dah tak ada…aku dah tak boleh nak merungut, nak luahkan masalah aku…aku tak ada sesiapa pun…kau dengan appa kandung kau tu macam mana??”

“Alah, kau ni…tukar topik pula…” kata Jongin dengan kecewa.

“Bukan apa…kau terima la appa kau balik…kau kena bersyukur kau jumpa appa kau lagi…kau tahu kan adik-beradik kau macam mana?? You should think about that… bila ada kau ada orang untuk mengadu, dengar luahan hati kau…tu antara perkara paling indah dalam dunia ni, tahu tak?” sambung Chanyeol. Kerjanya pun juga disambungnya.

Jongin memperlahankan pergerakkannya. Lagi sekali, otaknya perlu ‘menghadam’ kata-kata ‘indah’ seseorang. Keputusan perlu dibuat untuk kepentingan semua.

………………………

Setelah selesai bergotong royong, keluarga Yoon berkumpul semula di bilik perjumpaan. Mereka berbaris sambil menunggu keputusan. Dah macam dalam kem askar pula.

Gain pula bersungguh-sungguh memeriksa keadaan rumah itu. Semua benda dia tengok. Sikit-sikit gosok. Kalau boleh, dia nak jilat lantai yang licin sehingga memantulkan cahaya tu. “Okey…kamu semua lulus untuk Goal ni…”

Semua bersorak kegembiraan apabila Gain membuat pengumuman. Tetapi,  “Okey…untuk goal yang ke-5, korang kena masak something special untuk meraikan kejayaan kamu semua…jadi, tema untuk masakan ni ialah…makanan Cina~!”

MWORAGO?!” Semua ahli keluarga Yoon mengeluh. Makanan Cina kot! Siapa je yang tahu?!

…………………………

Net Café…

“Aku tahu…” kata Kris dengan bangganya. Kerusi serba fleksible itu dipusingnya. “Come on, Eunhoon…kau boleh tanya aku tahu masak makanan Cina…that’s my hometown...kalau macam ni, peluang aku untuk dekat dengan Eunhoon bertambah~!”

Tao buat muka apabila mendengar bebelan ‘riak’ bosnya itu. Nak muntah rasa. Maka, bermula lah bebelan seorang dirinya itu. “Hish…orang kat sini semua sibuk nak cari macam mana nak masuk syarikat Miracle tu…dia boleh pulak fikir nak lekat dengan Eunhoon 24 jam…”

Guys! Aku jumpa sesuatu yang kita boleh masuk dalam syarikat Miracle!” jerit Chen tiba-tiba. Semua orang dalam kafe itu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Chen.

“Syarikat Miracle tengah cari seseorang yang boleh cipta video game!” sambung Chen lagi. Ramai yang bersorak gembira. Entah apa misi mereka itu.

“Bagus jugak kau ni eh Chen…tapi, Eunhoon dah tak jadi presiden kat syarikat tu lagi…” kata Kris dengan selambanya.

WHATTT?!!

Hah kan! Kris terkejut apabila kafenya bergema dengan jeritan para pekerjanya. Tulah, mulut lepas lagi. “Apa?? Aku salah cakap ke??”

Tiba-tiba hati Tao mula berbicara. Ohh, macam tu eh…kalau macam tu…”Hyung! Aku sokong kau 100%!”

“Hahaha! Lepas ni, aku dapat rapat semula dengan Eunhoon~!” kata Kris dengan bangganya lagi. Berlagak je kerjanya

.……………………….

Keesokan harinya…

Jongin bertemu dengan bapa kandungnya di sebuah kafe. Kali ini, dia mahu menetapkan keputusannya. Sebelum dia membuat keputusan terburu-buru, dia inginkan kepastian daripada bapanya.

Appa bagitahu saya yang appa jual saya tu…cuma satu penipuan?? Demi kepentingan untuk saya?? Bagi anak kandung sendiri…kat orang lain…itu demi kepentingan saya?? Jangan la main-2, appa...” kata Jongin dengan geram. Kemudian, gelas minuman pula jadi mangsa. Dia meletakkan gelas itu dengan kasar.

Keadaan menjadi senyap sebelum Manshik mula bersuara. “Seunghwan pernah tanya appa dulu…nekad ke appa bagi kamu kepada dia…untuk masa depan kamu…appa jawab ya…itu je cara yang appa ada…bila appa keluar dari penjara, appa dapat tahu Seunghwan dah pergi…appa risau kamu jadi sunyi…jadi, kalau kamu sunyi…appa rasa kita boleh tinggal bersama semula…”

Andwae…saya mungkin takkan tinggal dengan appa…” kata Jongin lalu bangun dari tempat duduknya. Dia segera keluar dari kafe itu supaya hatinya tidak panas lagi.

Tiba-tiba, dia teringat ahli keluarganya yang dicipta Yoon Seunghwan untuk dirinya.

“Tak semua benda dalam dunia ni sempurna, Jongin…kamu kena terima hakikat tu…”

“Bila ada kau ada orang untuk mengadu, dengar luahan hati kau…tu antara perkara paling indah dalam dunia ni, tahu tak?”

Aku kena buat keputusan yang betul. Aku tak nak menyesal nanti, kata hati Jongin.

…………………………

‘Eunhoon, sorry aku tak dapat tolong kau sekarang ni…tiba-2 pekerja aku buat hal…sorryyyy~ TT’

Eunhoon mengeluh melihat skrin smartphone miliknya. “Kau ni, Kris…lain kali janji betul-betul la…haih…” Dia menyimpan semula smartphone dalam poket seluarnya lalu termenung.

Tiba-tiba, seorang pekerja kedai makan di hadapan rumah Eunhoon baru pulang daripada membuat penghantaran. Eh?? Asal aku baru ingat kedai makan depan rumah aku tu sebenarnya restoran makanan cina?! Kata hati Eunhoon. Dia bergegas ke kedai makan itu.

……………………….

“Tak boleh! Ni resepi turun temurun keluarga aku! Aku takkan bagitahu sesiapa pun!” kata tukang masak di kedai itu. Rahsia sangat ni!

Eunhoon menggaru kepalanya. Dia mula mencari idea untuk mendapatkan resepi makanan cina daripada tukang masak itu. Kedai makan itu saja yang menepati citarasanya. “Apa kata…kita bet?? Kalau saya menang, encik kena bagi saya masuk dapur…ajarkan saya masak makanan cina…okey??”

“Okey! Call!” Tukang masak itu menyahut cabaran Eunhoon. Senang je nak ‘belasah’ budak ni.

“Kita bet apa??”

Ddakji~” kata Eunhoon dengan yakin. Mula la tunjuk muka bangga dia tu.

……………………..

“Dah! Tak payah! Aku takkan bagitahu resepi rahsia tu!”

Akhirnya, Eunhoon pulang dengan tangan kosong. Rasa kecewa menyelubungi dirinya. Macam mana aku nak masak ni??

Pintu bilik perjumpaan dibuka dengan lemah. Eunhoon melangkah masuk tanpa menghiraukan keadaan bilik yang haru biru itu.

ASSA!!”

Eunhoon terkejut mendengar jeritan itu. Baru dia tersedar bilik itu penuh dengan adik beradik Yoon yang sibuk memasak.

“Ha! Eunhoon! Meh sini…Kyungsoo dah dapat resepi makanan cina tu!” pelawa Joonmyeon apabila dia ternampak Eunhoon menjadi patung cendana tak berbayar.

Eunhoon apa lagi, dia terus mendekati adik beradik Yoon. “Mana kau dapat resepi ni, Kyungsoo??”

“Bukan aku cari…Jongin yang carikan…aku masak je…” kata Kyungsoo lalu tersenyum. Terasa puas setelah lama dia tidak pegang senduk. Dulu, memasak adalah hobi dia.

“Alaa, aku search kat internet je…come on…zaman dah maju kan??” kata Jongin pula.

Sebelum keluarga Yoon mencuba masakan Kyungsoo, Gain tiba-tiba muncul. Dia pula yang mencuba masakan Kyungsoo dulu. “Hmm…mashiseo…jadi, Goal yang ke-5…lulus!”

Keluarga Yoon bersorak gembira. Lagi 5 Goals!! “Untuk Goal ke-6…kamu semua dikehendaki untuk lompat skipping 30 kali tanpa henti! Semoga berjaya!” Sekelip mata Gain hilang daripada pandangan mereka semua. Eh, hilang lagi??

Eunhoon tersenyum mengenangkan mereka semua berjaya. “Thanks guys…

“Tak ada benda la…lagipun, aku nak keluar dari rumah ni lepaskan kita selesaikan Goals tu…aku akan tinggal dengan appa aku…” Pernyataan yang keluar daripada mulut Jongin tiba-tiba, membuatkan semua terdiam. Jongin nak tinggalkan kita??

“Tapi, bukan ke kau kata appa kau jual kau??” tanya Baekhyun. Dia mula tidak dapat terima kenyataan itu.

“Tak…dia suruh Seunghwan-shi jaga aku untuk masa depan aku…demi kebaikan aku…lagipun, appa aku sunyi kalau duduk sorang-2…apa gunanya kalau ada anak, tapi anak lansung tak nak kat dia…” jelas Jongin lagi sambil menahan air matanya daripada turun. Dia sayang keluarga baru dia juga.

“Ah, lupakan pasal tu…aku pergi cari tali, okey?!” Jongin segera keluar daripada bilik perjumpaan.

Adik beradik lain semua bengang termasuklah Eunhoon. Bilik yang tadi meriah, tiba-tiba menjadi senyap.

“Tapi kan…memang patut Jongin buat macam tu…dia kena hargai apa yang dia ada sekarang…” Chanyeol mula bersuara. Tapi, yang lain tak bersuara.

Joonmyeon mula memikirkan kata-kata Chanyeol itu. Ada betulnya juga. “Dah dah la tu korang…Jongin nak bahagia dengan appa dia…jangan la kita pulak yang sedih…dia nak gembira, kita pulak sedih…”

Kure…kita tak boleh buat dia sedih…sebelum dia keluar dari rumah ni, kita kena pastikan yang dia happy…” kata Baekhyun pula.

Eunhoon hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang, dia kagum melihat adik beradik Yoon yang berfikiran terbuka. Saling menyokong antara satu sama lain walaupun mereka berlainan latar belakang.

Tiba-tiba, Jongin melangkah masuk ke bilik perjumpaan semula dengan tali dan Kris a.k.a orang gaji tidak rasmi. Adik beradik Yoon terus bangun dari tempat duduk apabila ternampak Jongin masuk ke bilik dengan ceria.

Kha-ja! Kita langsaikan Goal yang ke-6!” kata Jongin dengan yakin.

Adik beradik Yoon segera mendekati Jongin untuk mengambil tempat. Eunhoon pula mendekati Kris. “Kenapa kau datang sini?? Kata kau sibuk dengan kafe…”

“Uhh tadi…aku datang rumah kau sebab nak kemas rumah…pastu, aku terserempak dengan Jongin...dia kata korang kena main skipping untuk Goal ke-6 ni…so, aku ingat nak tolong korang jugak…” kata Kris dengan panjang lebarnya.

“Hmm…boleh jugak kan…kau tukang pusing tali…lagi sorang, aku panggil Minhye…” kata Eunhoon lalu meninggalkan Kris yang janggal dengan yang lain.

Setelah setengah jam memujuk Minhye untuk memusingkan tali, akhirnya Keluarga Yoon dapat bermain skipping. Mereka beratur mengikut giliran. Paling depan sekali mestilah Eunhoon.

Okey, ready! Go!”

“ARGHHH!!”

Belum cukup 360 darjah tali itu berpusing, keluarga Yoon gagal. Kaki Baekhyun tersangkut pada tali. Namun, mereka tidak berputus asa lalu mencuba lagi.

“Yahh! Fokus! Fokus!”

Sekali lagi, tali itu tersangkut. Kali ni, Keluarga Yoon dapat tahu siapa dalang disebalik kegagalan permainan skipping yang sangat senang itu. Semua mata memandang ke arah Baekhyun. Baekhyun pula tersengeh.

“BAEKHYUNNN~!!”

……………………………

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   I'm back! Lepas setahun takde serious update, kali ni author yang serba malas ni, dapat update yeayy~! ヽ(*´▽)ノ♪ dah setahun saya tak active kat sini dan saya dapat tahu yang malay community kat sini dah sunyi ;; sekarang, saya tengah tunggu untuk sambung belajar...dah almost 4 bulan saya 'tanam anggur' luls...lepas graduate hari tu, saya duk gila join applyfic...tapi, ada sesuatu terjadi, feel saya dah kurang...so, saya ambil keputusan untuk habiskan cerita ni sebelum sambung belajar c: so, enjoy and happy reading !

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa