Episode 9 : Goodbye (Last Chapter)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 9 : Goodbye  
      Last Chapter  

 

 

 

 

 ……………………………

“Aku tak tahu pulak si Baekhyun tu tak reti bersukan…lompat skipping pun tak lepas…” kata Joonmyeon lalu mengambil tempat untuk duduk di dalam bilik sauna bersama Chanyeol.

Chanyeol hanya mendiamkan diri. Kemudian, dia bersuara. “Joonmyeon hyung, kau rasa sunyi tak??”

“Huh?? Tak ada pun…kenapa aku rasa sunyi kalau diaorang semua ada…” jawab Joonmyeon dengan hairan. Pelik pula rasanya bila ditanya sunyi atau tak.

“Hahaha…sama la dengan aku…sejak aku balik sini, aku dah tak rasa sunyi lagi…walaupun kita ni strangers sebenarnya…tak kesah la kau datang dari mana…kita tetap gembira…” kata Chanyeol lagi.

Yup…sedar tak sedar kita ni dah macam family…kau bayangkan kalau satu hari nanti, kita terpaksa berpisah…” luah Joonmyeon.

“Kalau la kita berpisah pun…aku harap kita dapat jumpa lagi…” keluh Chanyeol pula. “Haa, tadi cerita pasal Baekhyun…mana dia?? Aku tak nampak dia pun lepas kita buat Goal tu…”

“Baekhyun?? Dia kat luar…berlatih skipping…” kata Joonmyeon lalu tergelak.

………………………..

“8…9…10…seb-- lahh, kenapa kau berhenti, Baekhyun??” tanya Jongin. Dia segera mematikan jam randik. Baru 5 minit berlalu.

Baekhyun pula terus duduk kepenatan. Air botol dicapainya. “Penat la…”

“Haih, baru sikit dah penat…tapi, kau dah dapat 10 kali pusing…okey la tu…” kata Jongin lalu duduk di sebelah Baekhyun. Dia mengambil tali skip lalu bermain dengan tali itu.

“Baek, parents kau pun masuk penjara kan??” tanya Jongin tiba-tiba.

Baekhyun pula tersentak. “Iyee…kenapa??”

“Kau tak nak maafkan parents kau ke??” tanya Jongin lagi.

Baekhyun segera menggelengkan kepalanya. Hatinya masih sakit dengan ibu bapanya. “Why should I??

“Hmm…yelah, parents kau pernah hidup susah…mesti ada sebab diaorang buat macam tu…tapi, appa aku lain…” Jongin mengeluh. “Tapi, aku cuba buka hati aku untuk maafkan appa aku…parents kita bukannya sempurna macam kita fikir masa kecik-2 dulu…sebab kat dunia ni, tak ada benda yang sempurna…”

Pada masa yang sama, Eunhoon memerhatikan dua beradik itu dari dalam rumah. Dia ditemani Kyungsoo, yang juga memerhatikan adik beradiknya. Sehun dah lama berlayar ke alam mimpi. “Kalau kita tak lepas Goal yang sekarang ni…mesti Jongin dapat tinggal dengan kita selama-lamanya…” keluh Eunhoon.

Keluhan Eunhoon menarik perhatian Kyungsoo. “Kenapa ni, Eunhoon??”

“Hmm…tu kehendak aku yang selfish….takkan la aku nak halang apa yang Jongin nak…” sambung Eunhoon lagi.

“Eunhoon…apa pun yang terjadi…aku yakin, Jongin takkan lupakan kita…dia berhak dapatkan apa yang dia nak…kau jangan risau la…” kata Kyungsoo. Niatnya nak pujuk Eunhoon.

Eunhoon hanya tersenyum kelat. Macam mana suatu hari nanti, kita semua terpisah??

…………………………

Xiumin memandang poster taman tema yang bakal dibuka oleh syarikat’nya’. Terasa bangga jap. Akhirnya, syarikat itu menjadi ‘miliknya’.

“Minseok-sanjangnim…dah dapat beli tanah yang lain?? Yelah, tanah sebelum ni kan kita tak dapat beli…sampai bila kita nak tunggu?? Saya dah banyak melabur dalam projek taman tema tu…” tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.

Xiumin hanya tersenyum sinis. “Jangan risau…saya dah dapatkan tanah yang lain…”

Tiba-tiba Gain masuk ke dalam pejabat Xiumin. Ahli lembaga pengarah tadi pula berlalu pergi. Gain mula bersuara. “Kamu nak ambil tanah rumah diaorang kan?? Jangan ingat saya tak tahu…”

“Macam saya agak…ahjumma memang pandai…ni pun atas jasa ahjumma bantu saya…kalau ahjumma tak tolong saya, tak ada nya pemegang saham semua nak melabur dalam projek ni…” kata Xiumin dengan lagaknya.

“Hmm…bagus la tu...berangan la selagi kau mampu…aku cuma diamanahkan Seunghwan-sanjangnim untuk perhatikan kau sama ada kau layak atau tak untuk pegang Miracle selain perhatikan Keluarga Yoon…” kata Gain. Kali ini, dengan nada tegas.

Why bother?? Selagi saya tak dapat Trick Heart Castle…selagi tu saya takkan mengalah…dah sampai masa Keluarga Yoon hancur…”

…………………………….

Kali ni, Keluarga Yoon menyahut cabaran untuk skipping 30 kali tanpa henti. Kris dan Tao juga turut serta untuk menjadi tukang pusing tali bak kata Eunhoon. Kris juga bawa ‘bala tenteranya’ untuk menyokong Eunhoon sorang saja.

“Okey korang…ready…go!!” arah Kris lalu mula menghayunkan tali yang agak berat itu. Keluarga Yoon segera melompat melepasi tali. Pelbagai halangan terjadi ketika menyelesaikan cabaran itu. Tali tersangkut pada kaki la, tali diayun dengan laju la. Ada juga tali terlepas daripada tangan pengayun.

“Dah dah! Bagi diaorang rehat dulu!” kata Kris apabila Keluarga Yoon masih gagal melaksanakan cabaran itu. Adik beradik Yoon terus mencapai botol air di tepi bilik perjumpaan untuk berehat. Eunhoon pula mendapat layanan istimewa daripada pekerja-pekerja Kris.

“Eh?? Mana aci…asal Eunhoon dapat special service?!” kata Jongin dengan tak puas hati. 

“Eh, apa aci-2...biar la…kau tak payah nak menyibuk, Jongin…” balas Eunhoon apabila dia ‘dikecam’.  Tiba-tiba dia ternampak Kyungsoo sedang termenung apabila adik beradiknya yang lain kecoh. Eunhoon bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Kyungsoo. “Yah, Kyungsoo…asal termenung?? Ada apa-apa ke??”

“Huh?? Ahh…tak ada apa-2…hehehe…” jawab Kyungsoo seolah-olah dia tersedar daripada mimpi. Dia teringat apa Eunhoon katakan malam tadi tiba-tiba. Dia pula yang risau.

Pada masa yang sama, Kris dengan Tao perhatikan Keluarga Yoon. Tiba-tiba Tao bersuara. “Saya tak pernah nampak Eunhoon gembira macam tu, hyung…”

“Kau baru nampak sekali…aku dah lama dengan diaorang…kalau diaorang terpisah, aku tak tahu la nak cakap apa…” kata Kris dengan jujur. “Dah la…korang! Jom sambung!”

Keluarga Yoon mula beratur semula. Kali ni, mereka bertukar tempat. Pada mulanya, Sehun berada di depan, tukar dengan Jongin. Tempat Eunhoon juga bertukar daripada belakang Sehun, dia berpindah ke belakang Joonmyeon. Baekhyun pula mengambil tempat Eunhoon tadi.

“Okey…korang…kita kena fokus…kau pun Tao…pegang tali kuat-2…” Tao mengangguk apabila diberi arahan oleh Kris. Baru nampak sifat kepimpinan Kris itu. Kalau tak, ikut kepala dia je.

Ready…go!!

Keluarga Yoon menyahut cabaran skipping 30 kali tanpa henti semula dengan penuh semangat kecuali Kyungsoo. Fikirannya masih berserabut.

“18! 19! 20! Lagi 10 guys!!” Kyungsoo tersedar apabila mereka menghampiri penamatnya. Kau tak boleh macam ni, Kyungsoo. Kau buat untuk Eunhoon!

“28! 29! 30!!!! YEAYYY!!” Semua orang dalam bilik perjumpaan bersorak gembira. Akhirnya, Keluarga Yoon berjaya menyahut cabaran Mother’s Goals yang ke-6. Kris dan Tao pula mencampak tali lalu peluk sesama sendiri.

“Goals yang ke-6…CLEAR!!” umum Gain setelah muncul tiba-tiba dalam bilik perjumpaan. Dia pun rasa gembira melihat Keluarga Yoon.

Finally! Kita berjaya!” kata Chanyeol dengan teruja.

“Yah, asal kau nangis?? Hahaha!” Sehun terkejut apabila diterpa oleh Chanyeol.  “Ala! Baekhyun pun sama!” 

“Kau asal tunjuk kat aku?? Sob sob…” kata Baekhyun dengan suaranya yang kurang jelas akibat menangis. Kyungsoo pula ketawa sekuat hati.

“Lega aku! Lepas ni, aku dah tak jumpa muka kau lagi hahaha!” kata Joonmyeon apabila dia bertemu dengan Jongin.

“Eh! Kau dah kenapa?? Tu patutnya aku cakap kat kau hahaha!” kata Jongin. Tangannya gatal untuk belasah Joonmyeon. Walaupun nampak kasar, itu je la cara mereka menunjukkan kasih sayang.

Eunhoon sempat termenung. Kemudian, dia tersenyum seorang diri. Lepas ni, dah tak ada dah macam ni. Aku kena hargainya sekarang.

………………………

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jongin mengemas pakaian ke dalam beg pakaiannya. Dia tinggalkan sedikit pakaian. Mana tahu dia balik semula ke rumah itu. Jongin keluar daripada biliknya setelah siap mengemas. Dia segera menutup pintu biliknya. Tiba-tiba Sehun datang mendekatinya.

“Hah Sehun, kenapa ni??” tanya Jongin. Beg pakaian sudah digalasnya. Dia sudah bersedia untuk melangkah keluar dari rumah itu. 

Sehun menghulurkan sebuah buku motivasi kepada Jongin. “Aku harap…kau tak lupakan kitaorang kat sini…”

“Buku apa ni??” tanya Jongin sambil mengambil buku itu dari tangan Sehun. ”Buku motivasi…kau bagi aku??”

“Kau kena baca…untuk masa depan kau jugak…” kata Sehun lagi. Sebenarnya, dia tak tahu nak bagi apa pada Jongin.

Gomawo…okey, aku gerak dulu…” kata Jongin lalu meninggalkan Sehun di belakangnya. Sehun pula mengekori Jongin.

Semua ahli Keluarga Yoon kecuali Jongin dan Sehun sudah berada di luar. Mereka ingin menghantar Jongin buat kali terakhir.

“Bagus la kau tak ada kat sini lagi…” kata Joonmyeon lalu tersengeh.

“Ha’ah kan…kau mesti bahagia bila aku tak ada kat sini lagi…” kata Jongin yang juga berloyar buruk. Dia segera memakai topi keledarnya lalu menunggang motosikal kesayangannya itu.

Eunhoon pula seolah-olah berada di dalam dunia yang lain. Semua peristiwa antara dia dengan Jongin bermain di dalam kotak fikirannya. Adik beradik Yoon pula melambai ke arah Jongin.

Bye! Jaga diri!” Itulah pesanan Jongin sebelum dia pergi. Sekelip mata dia hilang daripada pandangan Keluarga Yoon.

Eunhoon pula baru tersedar. Dia mencari Jongin tetapi dia dah tak ada. Tanpa berfikir panjang, Eunhoon terus mengejar Jongin.

Joonmyeon ternampak tindakan drastik Eunhoon. Dia terus mengejar gadis itu. “Yah, Eunhoon!”

“Eh?? Eunhoon dengan Joonmyeon nak pergi mana??” tanya Baekhyun. Dia mahu mengejar Eunhoon dengan Joonmyeon tetapi dihalang oleh Kyungsoo.

“Kau ni…jangan buat hal…” kata Kyungsoo. Dia hanya mampu perhatikan dari jauh. Begitu juga dengan Chanyeol.

Bye, Jongin. Kitaorang still tunggu kau kat sini.

........................................

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa