Episode 8 : Family to Lover?? (Last Chapter)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 8 : Family to Lover?  
      Last Chapter  

 

 

 

 

…………………….

Pada keesokan harinya, Joonmyeon kembali ke rumah Manhwa. Dia membawa beg bimbit yang Eunhoon bagi malam tadi.

Cheosohamnidasamcheon??” panggil Joonmyeon. Tiba-tiba dia ternampak seseorang menyorok di sebalik pokok. “Keluar je la kalau nak tengok pun…”

Eunhoon yang menyorok di belakang pokok, terus keluar. Dia perhatikan Joonmyeon dari jauh.

Pemilik rumah itu, Lee Manhwa, terus keluar dari rumah itu. “Oh, Joonmyeon…kenapa datang awal-2 ni??”

“Ni saya nak bagi duit ni…budak-2 mana??” tanya Joonmyeon sambil memanjangkan lehernya untuk mencari budak-budaj di rumah itu.

“Biasa la…waktu macam ni, budak-2 tengah tidur lagi…” kata Manhwa.

“Err…samcheon, kalau samcheon tak jumpa saya…mesti saya tak dapat hidup sampai sekarang…samcheon layan kitaorang, baik sangat…kalau kitaorang buat salah…samcheon mesti tegur kitaorang…kasahamnida, samcheon…” kata Joonmyeon.

“Ish, apa ni Joonmyeon…tak ada apa la…” kata Manhwa lalu tersenyum. Dia ternampak seorang gadis yang berdiri jauh daripada mereka. “Siapa tu?? Yeoja chingu??”

Joonmyeon memandang Eunhoon yang jauh itu. “Tak la…ni samcheon…ambil la…”

Joonmyeon menyerahkan beg bimbit tadi. Manhwa segera menyambutnya. Apabila lelaki berusia itu cuba mengambilnya, Joonmyeon tak lepaskan. Berat hati. Tapi, akhirnya, Joonmyeon lepaskan juga.

“Saya harap…rumah ni dapat bertahan dengan duit yang saya bagi ni…” kata Joonmyeon lalu tersenyum.

“Baiklah…samcheon pastikan…jeongmal kasahamnida, Joonmyeon-ah…” ucap Manhwa lalu masuk ke dalam.

Ketika Joonmyeon dan Eunhoon hendak melangkah pergi, tiba-tiba sekumpulan orang berpakaian kemas berlari ke arah rumah itu.

“Lee Manhwa! Kamu didakwa kerana pecah amanah!”

Dalam sekelip mata, Manhwa sudah digari lalu dibawa keluar dari rumah itu. Seorang pegawai polis telah menunjukkan waran tangkap. Joonmyeon dan Eunhoon pula tergamam.

“Apa ni?! Saya tak bersalah la!” kata Manhwa sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

“Apa semua ni?!” tanya Joonmyeon pula. Dia risau melihat keadaan itu.

“Orang ni dah menipu duit salah seorang anak yatim yang pernah duduk sini…lagipun, dia banyak sangat berhutang…nah, ini kamu punya…” Pegawai polis itu menyerahkan semula beg bimbit tadi kepada Joonmyeon.

Joonmyeon mengambilnya semula. Dia kecewa. “Apa ni, samcheon?? Saya percayakan samcheon…tapi, samcheon buat saya macam ni?! Wae?!”

Manhwa menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Joonmyeon. “Sebab samcheon terpaksa!”

Itulah kata-kata terakhir bekas pemilik rumah anak-anak yatim itu. Akhirnya, Manhwa diheret ke balai polis kerana pecah amanah.

………………………

Eunhoon dan Joonmyeon tiba di rumah pada waktu malam. Semua adik beradik Yoon berkumpul di bilik perjumpaan sambil menunggu keputusan. Joonmyeon melangkah ke bilik perjumpaan dengan perasaan bersalah. Eunhoon pula hanya ikut dari belakang.

Joonmyeon meletakkan beg bimbit itu di atas meja. Jongin pula seronok melihat Joonmyeon meletakkan semula beg itu.

“Aku dah tengok berita tadi…daebak!” kata Jongin.

Kyungsoo terus tepuk bahu Jongin. “Kau ni…tak baik la…”

Mian…jeongmal mianhae…” kata Joonmyeon lalu keluar dari bilik itu. Eunhoon pula hanya melihat Joonmyeon keluar.

Jongin bangun dari tempat duduknya lalu mengambil beg bimbit itu. “Nasib duit ni tak jatuh kat tangan orang tu…okey, jom kita bincang sekarang…”

“Bincang apa??” tanya Eunhoon yang seperti baru tersedar. Dia segera sertai adik beradik Yoon.

“Pasal nak gunakan 10 juta ni macam mana…”

……………………….

Pada keesokan harinya, ramai pemiutang datang semula ke rumah keluarga Yoon semula. Mereka datang untuk menuntut semula wang mereka.

Eunhoon membayar hutang-hutang mereka dengan teratur dengan bantuan Kris. Tiba giliran pemilik kedai mi.

“Nah…bulan depan kitaorang dah tak langgan lagi…” pesan Eunhoon lalu menyerahkan wang kepada pemilik kedai itu.

“Eh?? Kenapa pulak??” tanya pemilik itu lalu mengambil wang tadi.

“Kitaorang kena ikat perut…okey, seterusnya!” kata Eunhoon dengan tegas.

Pemilik kedai mi itu mengeluh lalu pergi. Kali ni, peniaga susu pula.

Ahjushi, lain kali bagi labdiskaun 70 peratus, okey?? Diskaun keluarga tu…okey, ahjushi??” kata Eunhoon lalu menyerahkan wang kepada peniaga itu.

Peniaga itu mengambil wang itu lalu pergi. “Baiklah…”

Sesi itu diteruskan sehingga hutang-hutang keluarga Yoon selesai.

………………………

Joonmyeon kembali ke rumah anak-anak yatim yang dia pernah duduk dulu. Dia ternampak beberapa orang sedang menurunkan papan tanda rumah itu. Dah tiba masanya dia kena terima kenyataan.

Joonmyeon melangkah pergi. Tapi, hatinya tergerak untuk melihat semula rumah itu. Kali ni dia ternampak papan tanda baru diganti. Dia segera mendekati pekerja di situ.

“Rumah ni nak dibuka semula ke??” tanya Joonmyeon dengan teruja.

Kure…ada orang yang menderma…lagipun, budak-2 pun nak rumah ni semula…” kata pekerja itu.

Joonmyeon tersenyum lalu berlari pulang ke rumah keluarga Yoon.

……………………..

Joonmyeon menolak pintu bilik perjumpaan dengan teruja. Dia ternampak adik beradiknya sedang bermain kad Uno.

“Korang…korang yang derma eh??” tanya Joonmyeon kepada adik beradiknya.

“Elektrik tak boleh guna lebih dari pukul 9 malam…” kata Kyungsoo. Dia meletakkan yang sama warna dengan kad yang diletakkan oleh Chanyeol tadi. “Assa!”

“Tak ada alatan AC (alternate current)…” kata Baekhyun lalu meletakkan kad yang sama nombor dengan kad Kyungsoo tadi.

“Tak ada komputer…” kata Sehun pula. Dia juga meletakkan kad yang sama nombor dengan kad Baekhyun tadi.

Kure…hutang, derma tu…semua kerja si pendek tu…” kata Jongin lalu meletakkan 2 kad yang sama warna dengan kad Sehun tadi.

“Eunhoon ada kat luar…kalau kau nak jumpa la…” kata Chanyeol. Dia meletakkan semua kad yang disusunya. “Last card! Uno!”

Hampir semua adik beradik Yoon mengeluh apabila Chanyeol memenangi permainan itu. Joonmyeon pula dengan teruja, terus mencari Eunhoon.

“Huh…kau jugak yang setuju pasal derma tu kan?? Sampai angkat tangan dengan kaki sekali…” kata Baekhyun lalu menolak lengan Jongin. Dia tersengeh.

“Mana ada aku angkat kaki…tapi, okey la kan…derma jugak untuk anak-2 yatim…” kata Jongin. Dia mengemas semula kad-kad tadi lalu susunnya semula.

“Jom main lagi!”

…………………………

Eunhoon menikmati angin sejuk waktu malam di beranda tingkat paling atas rumah itu. Dia rasa tenang apabila semua masalah dapat diselesaikan. Joonmyeon terus mendekati Eunhoon apabila ternampak gadis itu.

“Kalau nak tengok bintang, kita boleh tengok free…” kata Eunhoon. Dia tahu Joonmyeon sedang menghampirinya.

Joonmyeon segera berdiri di sebelah Eunhoon. “Pasal derma tu…”

“Semua orang setuju, awak…kitaorang takkan biarkan tempat yang paling penting dalam hidup awak musnah macam tu je…” kata Eunhoon lagi.

Joonmyeon mendiamkan diri. Dia mengeluh.

“Pasal Manhwa tu…saya rasa awak betul…dia memang seorang yang baik…tapi, dia tersalah pilih jalan…sebab dia tak ada pilihan lain…benda boleh berubah, awak…” sambung Eunhoon lagi.

Joonmyeon tersenyum. “Gomawo, Eunhoon…”

Eunhoon mengeluh lalu pusing menghadap rumah. Dia menyandar di beranda. “Hmm…benda ni mengingatkan saya kat appa saya tu…dia tu susah nak berhenti main judi…makin menyusahkan orang ada la…tapi, masalah tu saya tak boleh nak selesaikan…apa la saya ni…naif sangat…”

“Awak memang naif pun…tak tahu apa…” kata Joonmyeon lalu mendekatkan mukanya pada Eunhoon. Eunhoon lansung tak tak tahu apa-apa. Tiba-tiba saja dia rasa lain pada bibirnya. Uhuk~ ada orang cium dia~

……………………..

Sementara itu, adik beradik Yoon berpindah ke bilik sauna dengan Kris. Mereka berbincang semula punca-punca kejadian yang berlaku di rumah mereka semalam.

“Macam mana rumah kita kena blackout eh??” tanya Kyungsoo.

“Tu hantu punya kerja la tu…” kata Jongin.

“Eh tak la…aku yang tutup tu…nak jimatkan elektrik katakan…” kata Kris dengan selamba. Adik beradik Yoon mengeluh.

“Eyy~ lain kali bagitahu la orang…” kata Baekhyun dengan geram.

Tiba-tiba monitor di bilik itu hidup. Kelihatan Xiumin yang ada di monitor itu.

“Semua ada kat sini kan??” tanya Xiumin. Adik beradik Yoon dan Kris segera berkumpul di hadapan monitor.

“Ni aku nak bagitahu korang…Miracle…DAH JADI AKU PUNYA! HAHAHAHA!” kata Xiumin dengan gilanya.

Adik beradik Yoon terkejut. Lagi-lagi Chanyeol. Monitor itu dipadamkan semula.

“Eyy~ kurang ajar punya orang…” kata Baekhyun lalu dia mengacukan penumbuknya di monitor itu. Tapi, dia ditahan oleh Kyungsoo dengan Sehun.

“Kena bagitau si pendek tu!” kata Jongin lalu keluar dari bilik sauna.

Chanyeol hanya menahan geram. Patutnya dia yang ke sana untuk jelaskan perkara sebenar.

……………………..

“Eunhoon! Kita ada masalah seka…rang ni…” Langkah Jongin terhenti apabila dia tiba di tingkat atas. Dia ternampak sesuatu yang dia tak patut nampak pun!

Eunhoon dan Joonmyeon masih tak sedar yang Jongin berada di pintu. Eunhoon menundukkan kepalanya. Mukanya memerah.

“Ni accident jugak ke??” tanya Eunhoon dengan malu.

Aniyo…” jawab Joonmyeon sambil menggelengkan kepalanya.

“Ohh sebab bulan penuh ke??” tanya Eunhoon lagi. Dia lansung tak memahami apa yang berlaku.

Aniyo…haish, jangan la pabo sangat Eunhoon…” kata Joonmyeon lalu memeluk Eunhoon.

Eunhoon terpandang pintu masuk ke dalam. Dia ternampak Jongin di situ. Dia segera menolak Joonmyeon lalu melangkah ke arah Jongin.

Joonmyeon juga tahu kehadiran Jongin di situ. Dia terus menarik lengan Eunhoon lalu menciumnya semula. Jongin tergamam apabila dia melihat kejadian itu.

...........................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Uhuk~ sebenarnye sye tak tau mcm mne nk describe kiss scene tu...kill me please xD Kbye~ c:

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa