Last Episode : My Boys (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Last Episode : My Boys  
      Chapter 1  

 

 

 

 

…………………….

“Eunhoon, kau pergi buat apa-2 kat mamat mata empat tu…” arah Chanyeol yang masih geram apabila melihat Xiumin lansung tidak berganjak dari tempat itu.

Eunhoon terus memandang Chanyeol di sebelahnya. Dia sendiri pun tidak sediakan apa-apa. “Huh?! Aku kena buat apa??”

“Alaa…kau belasah dia ke??” kata Kyungsoo.

“Tak pun…kau buat magic ke...lenyapkan mamat tak sedar diri tu...” cadang Baekhyun. Eunhoon pula hanya menggelengkan kepalanya.

“Takkan la! Kau tak bawa ke apa-2 ciptaan appa yang dulu??” kata Sehun pula.

“Tak pun…ciptaan appa yang macam vakum boleh sedut manusia ke??” cadang Joonmyeon pula.

“Tak ada! Aku dah cakap tak ada!” kata Eunhoon. Dia sendiri pun panik melihat Xiumin yang masih berdegil untuk berganjak.

“Kau datang sini, tak bawa apa-2 ke, Eunhoon?! Bulldozer tadi?!” kata Chanyeol dengan bengang. Alahai, apa yang boleh dibuat ni??

"Aku tak reti bawa bulldozer tu la~! Masalahnya, Kris dah hilang~! Ada antara korang pandai bawa ke?" tanya Eunhoon. Adik beradik Yoon hanya menggelengkan kepala.

“Korang! Jangan percayakan orang gila tu!” kata Kris kepada para pekerjanya sambil cuba untuk melepaskan diri. Dia telah ditangkap oleh orang-orang Xiumin. “Dia dah tipu aku pasal jam dinding kat rumah tu!”

“Kata, Eunhoon dah tak tinggal sini…” kata Tao. Dia sendiri keliru.

“Yah-2, korang tak payah dengar cakap dia…dengar cakap aku!” kata Xiumin apabila dia dapat tahu segelintir pekerjanya berpaling tadah.

Tiba-tiba satu projector menayangkan video Yoon Seunghwan yang dahulu. Semua orang yang berada di halaman itu terkejut. Adik beradik Yoon segera menoleh ke belakang sebelum terjumpa robot kesayangan mereka itu.

“Haengbok-kae 2.0?!” kata Eunhoon dengan terkejut.

“Fuyoo! Macam star wars!” kata Sehun pula dengan teruja.

Robot yang bernama Haengbok-kae 2.0 terus menayangkan video Yoon Seunghwan. Ia dikawal oleh Minhye yang masih berada dalam rumah itu.

Annyeonghasaeyo, yeoreobun…kalau video ni ditayangkan, maksudnya rumah kesayangan saya nak dirobohkan, betul tak, Kim Minseok-shi??”

Xiumin terkejut apabila namanya diseru. “Eleh! Ingat orang takut ke?!”

Aniyo…saya bukan nak takutkan kamu…Minseok-shi, saya dah tahu apa impian kamu tu…kamu jangan ingat bila kamu robohkan rumah saya, kamu boleh dapat apa yang kamu mahu…kalau kamu nak robohkan juga, tak ada makna, Minseok…sebab ni la satu-2nya tempat yang saya sayang, saya jaga…dan kalau kamu mahu capai impian kamu itu, kamu perlukan tujuh orang hero untuk tolong kamu…”

“Tujuh hero?? Kenapa hero pulak ni??” tanya Eunhoon sendiri.

“Tujuh orang hero itu ialah Eunhoon, Chanyeol, Jongin, Joonmyeon, Kyungsoo, Baekhyun dan Sehun…mereka semua ialah anak-2 saya yang saya sayang…dengan bantuan mereka semua, kamu boleh dapat apa yang kamu nak, Minseok…anak-2 appa semua, appa ada sediakan satu buku panduan untuk kamu semua untuk selamatkan rumah ni…buku itu akan musnah pada hari terakhir kontrak Eunhoon…ingat, pertahankan rumah ni…kalau dia tetap berdegil juga…kamu semua larikan diri…sebab hanya kamu semua je yang appa sayang…ingat Minseok, kamu akan rugi...dan yang terakhir--“

Tiba-tiba video itu terpadam sebelum Yoon Seunghwan dapat menghabiskan kata-katanya. Masing-masing tertanya apakah wasiat terakhir Yoon Seunghwan itu.

“Eunhoon, bila hari last kau punya kontrak??” tanya Chanyeol.

“Uhh…tak silap aku…lagi 2 hari…” jawab Eunhoon. Hampir cukup 3 bulan dia tinggal bersama dengan adik beradik Yoon itu.

“Ah! Apa aku peduli! Korang, serang rumah tu!!” arah Xiumin yang masih berdegil itu. Semua pekerja Xiumin mula ‘menyerang’ rumah keluarga Yoon. Adik beradik Yoon jadi panik semula.

Stop!!” arah Xiumin tiba-tiba. Semua pekerja menghentikan pergerakan mereka. Semua orang di situ hairan dengan arahan Xiumin itu. Tadi bukan main beriya.

“Apa dah jadi ni??” tanya Eunhoon.

“Eyy~ dah agak dah…dia ni bipolar la…” kata Jongin.

“Korang dengar ni, adik beradik Yoon! Aku takkan mengalah…2 hari lagi, aku akan hantar notis rasmi untuk korang semua keluar dari rumah ni!” kata Xiumin lalu meninggalkan perkarangan rumah Keluarga Yoon. Kata-kata Xiumin tadi membuatkan adik beradik Yoon bersorak.

…………………………….

Adik beradik Yoon segera berkumpul di bilik perjumpaan semula. Mereka perlu berbincang untuk selamatkan rumah mereka.

“Okey korang…kita tak boleh nak happy-2 lagi ni…” kata Baehyun yang sudah mengambil tempat duduk.

“Yup…ikut kata appa…kita kena cari buku tu…” kata Joonmyeon pula.

“Hmm…mungkin harta tu...buku yang appa bagitau tadi…” kata Kyungsoo.

Kure…kita mesti kena buat sesuatu untuk dapatkan buku tu…” kata Chanyeol sambil membawa alat ciptaanya yang masih belum siap.

“Ha! Mother’s Goals!” kata adik beradik Yoon serentak.

“Tapi…kita ada masa 2 hari je…” kata Eunhoon dengan nada yang agak sedih.

Adik beradik Yoon hanya mengangguk. Tiba-tiba Jongin bersuara. “So, kita siapakan la Mother’s Goals tu cepat!”

……………………………

2 hari kemudian…

Keutnasseo!!” jerit Chanyeol setelah menyiapkan Mother’s Goals yang ke-7. Dia mengangkat alat ciptaannya itu. Adik beradik Yoon pula mendekatinya.

“Yeay dah siap!” kata Kyungsoo dengan teruja.

“Kau tahu apa ni??” tanya Sehun yang ingin tahu.

Chanyeol hanya menunjukkan creepy smile terkenalnya itu. “Uhh…aku pun tak tahu…”

Adik beradik Yoon yang lain hanya mengeluh. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan cahaya flash kamera.

“Goal yang ke-7…lulus! Chukhae, yeoldeora…” kata Gain sambil mengambil gambar bukti adik beradik Yoon berjaya laksanakan Goal yang ke-7.

“Laa…Gain ahjumma ke…” kata adik beradik Yoon serentak. Wah, serentak lagi.

“Apa ahjumma-2…so, Mother’s Goal yang ke-8 ialah…kuiz tentang Keluarga Yoon…” umum Gain. Adik beradik Yoon jadi bingung. Kuiz adalah perkara yang mereka tidak gemar.

“Chanyeol, kamu letakkan alat ciptaan kamu tu atas robot Haengbok-kae 2.0…” arah Gain. Tanpa membuang masa, Chanyeol meletakkan alat ciptaanya itu di atas robot Haengbok-kae 2.0 yang lama duduk di situ. Robot itu dapat dihidupkan semula.

“Tiba masa untuk kuiz Keluarga Yoon! Kamu semua perlu menjawab 100 soalan mengenai keluarga Yoon dari semua aspek~! Kamu semua dapat lepas Goal yang ke-8 jika kamu semua dapat menjawab semua soalan dengan betul~!” kata robot Haengbok-kae 2.0 itu.

“Okey…jom kita hadap sama-2…” kata Eunhoon lalu mengenggam tangannya dengan bersemangat.

“Sedia…soalan pertama ialah Yoon Seunghwan merupakan presiden yang ke berapa dalam Miracle Company??”

“Ha! Aku tahu!” jerit Baekhyun dengan teruja. Namun, dia dihalang oleh Joonmyeon.

“Jap-2…appa kan presiden ke-10 Gijeog Company…lepas tu, dia tukar nama company tu jadi Miracle Company…”

So, appa la yang pertama!” jawab Sehun.

Robot itu mengeluarkan bunyi xilofon yang menandakan jawapan itu betul. Adik beradik Yoon bersorak dengan gembira. Ala, baru 1 soalan je betul. Ada lagi 99 soalan nak dijawab.

………………………..

Pejabat Presiden Miracle Company…

“Korang…ikut sini…” arah Tao sambil menyelinap masuk ke dalam pejabat Xiumin. Dia dan rakan sekerja cuba untuk menyelamatkan Kris. “Hyung~ Hyung~

“Yah, kat sini~” sahut Kris apabila dia terdengar suara Tao. Dia ditahan di dalam sangkar besar yang terletak di satu sudut pejabat itu.

Tao segera mendekati sangkar itu apabila dia terserempak Kris di dalam itu. Dia arahkan rakan-rakannya untuk membantu dia membuka sangkar itu. Akhirnya, Kris dapat diselamatkan tanpa diketahui oleh Xiumin. Tiba-tiba Tao mendengar perbualan Xiumin dengan seseorang.

“Jadi…diaorang dah dapt tahu apa impian saya…tapi, itu takkan menghalang saya untuk robohkan rumah tu…” kata Xiumin kepada Gain.

“Harta pusaka tu telah diwariskan kepada keluarga Yoon sejak berzaman lagi…kamu dilarang untuk campur tangan dengan perkara itu…”

“Saya tak kesah tentang tu, ahjumma…diaorang akan dapat satu buku kalau diaorang habiskan Mother’s Goals tu…mesti dalam buku tu ada tulis panduan untuk mendapatkan harta tu kan?? Tapi, kalau saya robohkan rumah tu, saya tetap dapat harta tu jugak…jadi, saya nak robohkan rumah tu dengan segera!”

Gain mengeluh menghadap kedegilan pemangku presiden itu. “Xiumin, kamu ni…suka ke atau benci pada Seunghwan-sanjangnim??”

“Kalau nak saya pilih antara suka atau benci…saya suka Seunghwan-sanjangnim…cuma, ada benda yang saya tak puas hati! Kenapa dia nak ambil budak-2 tu jadi anak angkat dia dan pewaris harta dia?! Saya kan ada…” kata Xiumin yang di hujungnya berbaur tidak puas hati.

“Xiumin, kalau la sebab-2 Seunghwan-sanjangnim buat macam tu, ada kat buku tu…kamu nak buat apa??”

Kata-kata Gain membuatkan Xiumin terdiam. Apa aku nak buat kalau sebabnya dah tertulis kat buku tu?

……………………………

Ketika adik beradik Yoon berehat sebelum menyelesaikan Mother’s Goals ke-8, pekerja-pekerja Kris menyerbu rumah Keluarga Yoon. Mereka segera meminta maaf kepada Eunhoon.

“Eunhoon! Kitaorang minta maaf!”

Eunhoon terkejut apabila dia diserbu oleh pekerja-pekerja Kris. “Eh? Tak apa…korang bukan sengaja pu--“

Tiba-tiba mereka semua diganggu oleh jeritan Kris yang dibelasah oleh Minhye. Kris dengan bengang terus bangun setelah jatuh tergolek.

“Kris, kau buat apa ni??” tanya Eunhoon yang terkejut buat kali kedua apabila melihat kecederaan Kris itu.

“Uhh sebenarnya…aku nak ambil memory card yang ada video Yoon Seunghwan malam tu…so, kita dapat tahu apa yang dia nak cakap sebenarnya…tadi, Minhye ingat aku ni penceroboh…tu yang dia belasah aku tu…” jawab Kris lalu ketawa bengang.

Eunhoon menghela nafas lega. Nasib baik kawan baiknya itu tidak apa-apa. “Oh okey…lain kali hati-2…”

“Okey…aku gerak dulu eh, Eunhoon…guys, jom blah!” kata Kris lalu dia pulang bersama pekerja-pekerjanya.

Bye, Eunhoon!” ucap pekerja-pekerja tadi.

Eunhoon hanya tersenyum lalu melambai ke arah mereka. Dia sendiri bingung lalu masuk semula ke bilik perjumpaan.

…………………………

Kris membawa para pekerjanya di sebuah bangunan makmal yang agak asing bagi mereka. Mereka semakin bingung melihat apabila Kris hanya rileks ketika masuk ke bangunan itu.

“Kris hyung, kita ni kat mana??” tanya Tao.

“Korang semua ada kat rumah aku~” kata Kris dengan bangganya, membuatkan pekerja-pekerjanya terkejut beruk.

Tiga orang penyelidik mendekati Kris setelah mereka mendapat maklumat yang ketua mereka akan datang. “Annyeonghasaeyo, Wu-sanjangnim~”

Annyeong~ Yahh, kan saya dah kata jangan panggil saya sanjangnim…saya nak korang tolong selidik apa yang ada dalam memory card ni…pastikan siap hari ni…kasahamnida~” kata Kris lalu menyerahkan kad memori kepada salah seorang penyelidik di situ.

Nae, Yifan-shi…” kata penyelidik itu lalu tunduk hormat kepada Kris. Pekerja-pekerja Kris tadi hanya dapat mengangakan mulut saja.

Rupa-rupanya itu rahsia terbesar yang Kris pernah simpan dalam hidupnya. Dia seorang pakar R&D di makmal teknologi milik keluarganya. Kris ditugaskan untuk menguruskan makmal cawangan di Seoul dan dia ialah pewaris syarikat keluarganya. Sebab itu la dia mampu membuka Net Café. 

Kris hanya tersenyum bangga. Baru korang tahu siapa aku sebenarnya.

…………………………

 

END OF CHAPTER


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa