Episode 2 : Sakit hati (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 2 : Sakit Hati  
      Chapter 1  

 

 

 

 

..........................

Eunhoon keluar dari bilik perjumpaan lalu ke pintu keluar.
 

"Kenapa awak nak pergi??" Tiba-tiba ada suara menegur Eunhoon dari atas. Eunhoon pusing ke belakang dan berdepan dengan pemilik suara itu.
 

"Sebab saya benci dengan tempat ni! Dah la tak reti nak tepati janji...saya dah tak tahan la dengan keadaan rumah ni..." kata Eunhoon.
 

"Halah...kalau pasal budak-budak tu, biarkan je..awak kan dah dapat wasiatnya..." kata Joonmyeon lalu turun tangga.
 

"Siapa kata?? Saya tak dapat la wasiat tu!" kata Eunhoon lagi.
 

"Pasal tu lagi?? Ahh...pasal 'derma' tu tipu je la~" kata Joonmyeon.
 

"Ada saya kesah?? Annyeong!" kata Eunhoon lalu keluar. Joonmyeon tersenyum mengenangkan perbuatan Eunhoon.

...............................................
 
"Ah~! Sedapnya~ Sedapnya kalau makan sorang-2 daripada makan ramai-ramai..."
 
Ketika Eunhoon turun tangga, dia terdengar suara seperti seseorang yang dia kenal. Eunhoon ternampak pemilik suara itu. Dia melihat pemilik suara itu dengan pelik.
 
Jongin pula terasa dirinya seperti diperhati. Dia terus menoleh ke belakang.
 
"Huh?? Kau dengar aku cakap ke..." kata Jongin. Tangannya memegang cawan mi segera. Eunhoon dengan geram, mendekati Jongin.
 
"Oh ya...Baekhyun demam sebab kau buka aircond kuat sangat...pastu kau blah macam tu je...hahah...kau memang perempuan tak berhati perut...by the way, dia cepat sembuh kalau kau pergi, jadi...tak ada hal la...bye-2 Omma~" perli Jongin lalu sambung makan.
 
Eunhoon tak tahu nak cakap apa. Dia pergi meninggalkan Jongin di situ dengan geram dan bengang. Jongin hanya melihat saja Eunhoon pergi. Senyuman sinis terukir pada wajahnya.
................................................
 
Eunhoon kembali ke Net Cafe. Dia terus ke bilik mandi lalu membersihkan diri.
 
"Jadi, dia betul-2 tak duduk rumah tu la, eh??" tanya Kris tiba-tiba.
 
"Apa hyung cakap ni?? Betul la apa yang dia buat tu...dah la tinggal dengan 6 orang lelaki macam tu...." kata Tao.
 
"Kau..kau..kau series, kan?? Aigoo~ kalau macam ni la gayanya, bertambah la pesaing aku..." keluh Kris. Tiba-tiba ada orang asing datang.
 
"Ada tak Ryu Eun Hoon kat sini??" Orang asing itu sebenarnya ialah Xiumin.
 
Kris dan Tao mula buat tak tahu. Takut-takut orang tu juga mafia. "Molla..."
 
Xiumin tidak endah dengan jawapan Kris dan Tao. Dia segera menuju ke bilik mandi. Kris dan Tao mengejar Xiumin. Akhirnya,Tao sampai dulu lalu menjerit.
 
"Tolong la kahwin dengan saya, Eunhoon~!" Eunhoon terkejut mendengar jeritan itu. Xiumin dengan selambanya berjalan ke bilik mandi.
 
"Yah! Pabo!" kata Kris dekat dengan telinga Tao. Ada seorang wanita di situ, dia mula perasan. Eunhoon keluar dari bilik mandi dengan berlari.
 
"Eunhoon-shi!" panggil Xiumin. Eunhoon segera menoleh ke belakang.
 
"Nae??"
 
"Saya datang nak ambil awak..." kata Xiumin.
................................................
 
"Saya betul-betul nak berhenti kali ni..." kata Eunhoon. Sekarang, dia dan Xiumin di dalam perjalanan ke ibu pejabat Miracle Company.
 
"Anak pertama tu hilang...anak kedua dah macam beruk terlepas dari zoo...anak ketiga pula, cakap tak betul, pastu, cakap pasal derma keuntungan kat rumah anak-anak yatim tu tipu je...pastu, apa-apa je la..."sambung Eunhoon.
 
"Ohh..tu memang tipu pun..." Xiumin mencelah.
 
"Mwo??"
 
"Ani..pasal Seunghwan-sanjangnim derma dia punya keuntungan tu memang tipu je..."
 
"Apa maksud kau??" tanya Eunhoon.
 
"Nanti-nanti kau faham la..." 
 
Eunhoon tidak faham dengan kata-kata Xiumin. Dia hanya mendengus dengan kasar.
.........................................
 
"Baiklah..hari ni kita berkumpul untuk mesyuarat ahli lembaga pengarah..." kata Xiumin. Sekarang pula, Eunhoon berada di bilik mesyuarat. 
 
"Jadi...kenapa saya ada dekat sini??" kata Eunhoon lalu cuba bangun dari kerusi pengarah. Xiumin menarik tangan Eunhoon untuk duduk.
 
"Boleh tak ambil masa sikit??" tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.
 
"Nae..silakan..." kata Xiumin.
 
"Betul ke dia ni pemangku presiden syarikat yang baru??" tanya orang itu.
 
"Mwo??" tanya Eunhoon, hairan.
 
"Nae...Kim Eunhoon-shi ialah pemangku presiden syarikat mulai hari ini..." jelas Xiumin.
 
"Huh?? Apa maksudnya??" tanya Eunhoon lagi.
 
"Ni antara amanat Seunghwan-sanjangnim yang terakhir..." kata Xiumin.
 
"Walaupun ni amanat terakhir, perlu ke kena ikut??"
 
Eunhoon mengangguk tanda setuju kata ahli lembaga pengarah itu. Walaupun, dia tidak faham apa-apa.
 
"Mana boleh kita pertanggungjawabkan masa depan syarikat pada dia...kita tak tahu latar belakang dia..."
 
"Betul tu...apa benda yang dia fikir dalam kepala dia tu??"
 
"Macam mana budak perempuan yang baru umur 20 tahun sesuai dengan semua ni??"
 
"Macam dia biasa dengan industri ni..."
 
"Mungkin dia fikir 'Saya suka lelaki tu'...sebab tu Seunghwan-shi sanggup ambil dia..." Semua ahli lembaga pengarah ketawa.
 
"Jakkamanyo!" Eunhoon terus bangun dari tempat duduk. "Jadi, korang semua ingat saya 'suka' dengan orang tua ke?? Korang ingat saya yang goda dia untuk dapatkan syarikat ni??"
 
Xiumin sekali lagi menarik Eunhoon supaya duduk semula.
 
"Dengan rasa hormat...beberapa banyak video game yang tuan semua tahu??" tanya Xiumin untuk menarik perhatian ahli-ahli lembaga pengarah daripada bercerita tentang Eunhoon.
 
"Apa maksud kamu??"
 
"Syarikat kita telah masuk ke dalam bidang video game sejak 5 tahun yang lepas kan?? Kalau nak bandingkan pemikiran tuan-tuan semua pada masa tu...saya rasa tuan-tuan semua dah memang setuju dengan Seunghwan-sanjangnim..." jelas Xiumin.
 
"Huh?? Sejak bila??"
 
"Kamu ni sengaja ke??"
 
"Macam mana kalau syarikat ni bankrap??"
 
"Kalau macam tu...saya akan..." Tiba-tiba Xiumin menguatkan suaranya, menyebabkan semua orang melihatnya.
 
"Tanggung semua tu..." Suara Xiumin kembali normal. Semua melihatnya dengan rasa ragu-ragu.
…………………………………
 
"Apa semua ni, Xiumin??" tanya Eunhoon sambil mengikut Xiumin ke pejabat presiden.
 
"Hebat tak aku tadi??" tanya Xiumin.
 
"Aku tak maksudkan yang tu! Aku tak nampak pun pasal jadi pemangku presiden dekat dalam kontrak!" jelas Eunhoon.
 
"Sebab aku tak bagitahu dekat kau lagi..." jawab Xiumin dengan selamba.
 
"Okay! Apa-apa je la..tu bukan urusan aku lagi..." kata Eunhoon lalu peluk tubuhnya.
 
"Betul ke kau nak batalkan kontrak tu?? 100 juta won tu....." tanya Xiumin lagi. Sengaja.
 
"Nanti aku bayar la..."
 
"10 ribu helai not 10 ribu won~"
 
"Yela~ nanti aku cari..."
 
"Nae...kalau kau perlukan bantuan visual...mungkin ni membantu...tapi, visual je..." kata Xiumin lalu menarik kain yang melindungi duit kertas tiruan. Mata Eunhoon bercahaya.Dia mendekati duit kertas tiruan itu.
 
"Boleh kau dapatkan macam ni?? Duit macam ni?? Dalam 1 hari??" tanya Xiumin.
 
"Yah, kau memang kedekut...." kata Eunhoon, tidak puas hati. Xiumin hanya melihat Eunhoon sehingga membuatkan Eunhoon bengang.
 
"Gwaenchana! Aku tetap takkan jadi pemangku presiden...sebab tak ada pun dalam kontrak!"
 
"Oh..jinjja??" kata Xiumin.
 
"Semua tu kau kena tanya kat peguam keluarga la!"
 
"Kamu nak pastikan tentang kontrak tu ke??" Tiba-tiba Gain muncul. Eunhoon terkejut lalu menoleh ke belakang. Xiumin hanya mengangkat bahunya.
 
Gain pergi ke meja lalu mengeluarkan kontrak. Eunhoon dan Xiumin segera mendekatinya.
 
"Jika semua syarat-2 ni ditepati...maknanya, hutang 100 juta won secara automatik akan dibayar..." kata Gain sambil menyelak kontrak itu.
 
"Pertama, menjadi isteri kepada Yoon Seunghwan selama sebulan..."
 
"Untuk 3 bulan, tinggal di Trick Heart Castle dan jadi omma kepada anak-anak Yoon Seunghwan..." kata Gain ketika membaca kontrak itu semula.
 
"Tengok?? Tak ada pun pasal jadi pemangku presiden..." kata Eunhoon dengan teruja kepada Xiumin. Tapi, Xiumin tidak ambil peduli. Dia senyum pada Gain. Gain pula menyelak helaian kontrak seterusnya. Eunhoon terkejut.
 
"Jadi pemangku presiden di Miracle Company untuk meneruskan pembangunannya..." kata Gain.
 
"Mwoya..." rungut Eunhoon.
 
"Jadi, kita kena lakukan yang terbaik...." kata Xiumin lalu menggulungkan kontrak itu lalu menyimpannya di dalam sesuatu bekas yang berbentuk silinder. Kemudian, bekas itu diberikan pada Eunhoon. Eunhoon mengambilnya dengan tidak puas hati.
...............................................
 
Eunhoon kembali ke rumah keluarga Yoon. Dia segera menuju ke bilik perjumpaan. Dia menekan butang di dinding untuk membuka pintu bilik perjumpaan dengan betul.
 
"Annyeong~ selamat datang..semula~" kata Joonmyeon yang duduk di atas meja panjang. Eunhoon terkejut.
 
"Tengok?? Pasal dia derma keuntungan dia tu...tipu je kan?" tanya Joonmyeon lagi.
 
"Saya tak kesah pasal tu pun!" kata Eunhoon. Dia menuruni tangga kecil di dalam bilik itu.
 
"Kenapa la aku kena jadi pemangku presiden juga??" rungut Eunhoon, sendirian. Joonmyeon bangun lalu mengikuti Eunhoon.
 
"Jigeum, jigeum..saya tolong awak, okay??" tanya Joonmyeon lalu menepuk bahu Eunhoon. Langkah Eunhoon terhenti lalu menoleh menghadap Joonmyeon.
 
"Lepas tu apa??" tanya Eunhoon.
 
"Duit...mesti la...duit! Apa yang ada untuk awak : Wa-si-at dan du-it!" kata Joonmyeon dengan teruja.
 
"Walaupun pasal derma tu tipu..itu tak bermakna saya dapat wasiat tu..." kata Eunhoon lagi.
 
"Siapa je yang cuba dapatkan tu?? Nobody....so, tak ada hal la..." Joonmyeon terus mengambil kontrak dari tangan Eunhoon.
 
"Kha-ja...kita kena siapkan 'A Mother's Goals' ni cepat...jom kita tengok..." kata Joonmyeon sambil mengeluarkan kontrak itu lalu diletakkan di atas meja. Eunhoon hanya memeluk tubuhnya.
 
"No 1....semua orang mesti makan bersama-sama di bilik perjumpaan..." kata Joonmyeon ketika membaca kontrak itu. Dia meletakkan tangan kanannya di bawah dagu. Manakala tangan kirinya, menyokong tangan kanan. Dia memikirkan sesuatu. Eunhoon masih memeluk tubuhnya.
 
"Dah tak ada cara lain dah nak kumpulkan diaorang ni..." keluh Eunhoon.
 
"Yah!" Tiba-tiba tangan Joonmyeon menghalang untuk Eunhoon berhenti mengeluh.
 
"Saya ada satu idea..." kata Joonmyeon lagi lalu tersenyum. Eunhoon melihatnya dengan pelik.
................................................
Anak Pertama..
 
"Huh?? Makan?? Yelah-2...araso...araso..." kata Chanyeol dalam henset.
................................................
Anak Kelima...
 
Baekhyun keluar dari biliknya. "Uhuk-3"
 
Dia melihat sekeliling. Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Eunhoon.
 
'Kalau kau melangkah ke depan...dunia kau akan berubah...mungkin'
 
Dia tersenyum. Dia terus ke bilik perjumpaan dengan lemah.
 
"Uhuk-3..ubat~" kata Baekhyun lalu menekan butang di dinding.Apabila pintu terbuka,dia terus masuk.
 
"Yah~!!!!!"
.............................................
Anak Keempat...
 
"Kyungsoo, esok kamu kena ambil gambar dengan artis ni..." kata pengurusnya lalu menunjukkan gambar artis perempuan.
 
Matanya membulat. "Tak nak la..batalkan je..."
 
"Eh...mana boleh..gila la kalau kamu lepaskan...susah nak dapatkan dia tau..."
 
"Ada saya kesah?? Saya kata batalkan.."
 
"Kyungsoo, kamu dengar ni...jangan tolak..nanti musnah karier kamu..fikir-fikirkan ye..." kata pengurusnya lalu menepuk bahunya. Kyungsoo tidak mengatakan apa-apa tapi dia memegang bahunya.
...........................................
Anak Kedua dan Keenam...
 
"Ah~ sakit la!" Sehun mengerang kesakitan akibat ditendang oleh budak-budak nakal.
 
"Yah! Yah! Yah!" Tiba-tiba suara Jongin muncul.
 
"Alamak...cabut!" Budak-budak itu segera  lari. Sehun terus bangun.
 
"Yah! Datang sini balik la! Budak-budak ni nak kena ajar sorang-sorang..." kata Jongin sambil lari ke tempat kejadian.
 
"Eh, Sehun-ah~!" Sehun sudah berjalan.
 
"Aku tak terfikir pun kau kena buli..." kata Jongin lalu patah balik.
 
"Diaorang jealous sebab aku pandai dengan aktif sukan..." kata Sehun selamba.
 
"Apa-apa je la...Yah, 100 ribu won sebab aku selamatkan kau..." kata Jongin lagi.
 
"Aku tak suruh pun kau selamatkan aku..." 
 
"Aisey...kau ada simpan 100 ribu won banyak-2 setiap bulan kan?? Come on...jangan la kedekut" kata Jongin lagi lalu menepuk bahu Sehun. 
 
Langkah Sehun terhenti. Jongin terus menghulurkan tangannya. Nak tak nak, Sehun keluarkan juga dompetnya lalu diberikan kepada Jongin. Jongin mengambil sekeping not 100ribu won lalu memulangkan dompet kepada Sehun semula. Sehun menyimpan kembali dompet di dalam koceknya lalu dia beredar.
 
"Yah, jakkaman-yo..." kata Jongin lalu menarik bahu Sehun.
 
"Kha-ja...aku bawa kau naik motor..." kata Jongin lalu ke motornya. Sehun hanya mengikutinya.
 
"Ha...cho ah yo...bayar 100ribu lagi...sebab kau naik motor aku..."kata Jongin lagi setelah Sehun menaiki motornya. Pak! Akhirnya, kepala Jongin menjadi mangsa tangan Sehun.
.......................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hii~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa