Episode 9 : Goodbye (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 9 : Goodbye  
      Chapter 1  

 

 

 

 

……………………………

Eunhoon terus menolak Joonmyeon lalu masuk ke dalam rumah. Kehadiran Jongin lansung dia tidak hiraukan. Dia terus ke bilik perjumpaan. Hampir semua adik beradik Yoon sudah berada di situ.

“Mana dia??” tanya Kyungsoo sebaik saja Eunhoon melangkah masuk.

Eunhoon masih bengang, terus mengambil tempat dengan cepat. “Siapa?? Joonmyeon?? Dia kat atas lagi la…”

“T-Tadi Jongin cari kau sekali la…” kata Baekhyun pula.

Eunhoon rasa pelik. Tapi, dia segera memulakan perbincangan. “Apa hal ni sampai korang berkumpul kat sini??”

“Si Xiumin tu…nak rampas syarikat Miracle…” kata Chanyeol.

“Apa?! Dah kenapa dengan mamat tua tu??” tanya Eunhoon dengan terkejut.

……………………………….

“Yah, macam aku tak nampak kau kat situ, Jongin…” tegur Joonmyeon ketika mahu melangkah masuk ke rumah.

Jongin bersembunyi di sebalik tingkap. Ketara sangat. Jongin segera menolak tingkap itu. “Eheh, kau nampak aku rupanya??”

Obivious sangat…kau nampak kan tadi??” tanya Joonmyeon lalu mendekati Jongin.

Jongin pula menjauhkan diri dari Joonmyeon. “Eh, mana ada…”

Joonmyeon hanya memerhatikan Jongin yang mengundur ke dalam rumah. “Heol, tak payah tipu…tengok muka kau pun dah tahu…”

“Bukan la weyh…kau tau kan kita kat negara mana…come on, kau nak buat scene tu…tch--“ luah Jongin. Oh tu yang dia tak puas hati sebenarnya. “Dah la, Chanyeol nak semua berkumpul…”

Joonmyeon hanya ketawa mendengar luahan Jongin. Dia segera mengikut Jongin.

…………………………

“Apa maksud kau ha?!” tanya Eunhoon lalu menepuk meja presiden yang sepatutnya dia duduk.

Xiumin menunjukkan plat di atas meja. “Kau baca tu..”

Eunhoon mengambil plat itu. “Acting president, Kim Min Seok…Minseok?? Nama kau??”

Xiumin mengangguk lalu bangun. Dia menunjukkan maskot baru syarikat Miracle. “Ni maskot baru untuk syarikat ni…nama dia Baozi…”

Eunhoon melhat robot yang menyerupai Xiumin sendiri. “Omaigadd…Baozi?? Muka macam kau??”

“Lagipun, kau kena tahu…aku dengan bekas presiden syarikat ni dah buat agreement…” kata Xiumin lagi.

Agreement apa?? Pasal kau nak buat maskot Baozi ni??” tanya Eunhoon.

“Tak…kau salah tu…aku dengan bekas presiden dah buat agreement…kalau kau tak berjaya laksanakan Goals tu…syarikat ni jatuh ke tangan aku…” jelas Xiumin lalu duduk di tempatnya semula.

“Aku tengah usahakan nak habiskan Goals tu la…” kata Eunhoon dengan geram.

“Kau jangan risau…agreement antara kau dengan bekas presiden masih berjalan macam biasa…” kata Xiumin dengan selamba dia.

…………………….

Eunhoon kembali ke rumah dengan geram. Dia menekat butang lalu membuka pintu bilik perjumpaan dengan ganas. Sebaik saja pintu terbuka, orang pertama yang dia jumpa, Joonmyeon.

“Hai…” kata Joonmyeon sambil bermain dengan kucing.

Eunhoon buat muka lalu mengambil tempatnya di hujung meja. Banyak soalan diajukan sebelum dia sempat duduk.

“Apa yang Xiumin cakap weyh??” tanya Jongin.

“Dia cakap kalau aku tak habiskan Goals tu, Miracle akan jatuh ke tangan dia…dia dah buat agreement dengan Seunghwan-shi dulu…” jawab Eunhoon.

“Ish…kita kena tipu dengan orang tua tu rupanya…” kata Jongin dengan geram.

“Habis tu, rumah ni macam mana??” tanya Sehun pula.

“Tak ada apa-2…dia kat agreement aku dengan Seunghwan-shi masih berjalan macam biasa…” kata Eunhoon lalu duduk.

“Patut la aku rasa pelik bila aku dilantik jadi pemangku presiden sebelum ni…tapi, kenapa sekarang Xiumin tu sibuk pula mengaku dia tu bakal presiden?? Aduh…macam-2 la…aku rasa macam semua beban, aku yang kena tanggung…” sambung Eunhoon lagi.

“Hmm…nasib baik kitaorang tak boleh usik syarikat tu…” kata Kyungsoo dengan lega.

“Betul tu…lagipun, pewaris sebenar kita tak tahu lagi…” kata Baekhyun pula. Adik beradik Yoon setuju dengan pendapat Baekhyun. Kecuali Chanyeol.

“Tak boleh! Kita tak boleh ambil ringan pasal ni…kemungkinan besar, Xiumin akan tutup sektor pembuatan mainan sebelum fokus pada permainan video…jadi, semua barang ciptaan yang diwariskan setiap generasi ke generasi akan hilang macam tu je~!” jelas Chanyeol setelah mengetuk meja.

“Maksudnya, impian appa akan terkubur??” tanya Joonmyeon.

“Mungkin, tapi sebelum tu, korang tengok ni…” kata Chanyeol lalu meletakkan sepucuk surat atas meja. Semua adik beradik Yoon meluru ke arah Chanyeol untuk melihat surat itu.

“Surat apa tu??” tanya Eunhoon.

Chanyeol segera mengeluarkan isi kandungan sampul surat itu. “Ni…surat yang appa bagi sebelum ni…”

“Asal surat ni pelik sangat?? Mana mukadimahnya??” tanya Jongin pula.

“Korang baca ni…” Chanyeol menunjukkan sebaris ayat. “Dia cakap yang Xiumin ada plan nak rampas syarikat tu…”

“Maksudnya, Xiumin tu cuma tipu kita…nak buat kita cuak??” tanya Baekhyun.

“Macam tu la…ni, korang baca lagi…” Chanyeol menunjukkan lagi satu baris ayat yang membawa banyak kemungkinan.

Eunhoon membaca ayat itu. “Kalau kamu jumpa harta pusaka saya, mungkin kamu boleh selamatkan benda yang penting…”

“Kalau yang penting tu…Miracle--“

“Maknanya, ada harta pusaka lain la??” kata Baekhyun lagi dengan teruja.

“Betul juga…kita pun tak jumpa lagi duit sebenar dia…” kata Joonmyeon.

“Kita kena cari harta pusaka lain ni…” kata Kyungsoo dengan bersemangat.

Tiba-tiba Jongin bersuara. Dah terlalu lama dia mendiamkan diri. “Korang ni bodoh ke apa?? Sampai bila nak main permainan yang orang tua ni cipta?? Bila kita boleh dapat jumpa harta pusaka yang banyak sangat tu??”

“Mana tahu kali ni betul ke??” kata Baekhyun.

“Harta pusaka tu tak wujud la…kalau dah tahu siapa pewaris Miracle tu, kenapa orang tua tak nak bagitahu awal-2?? Kenapa nak menyusahkan kita semua?? Dah la korang, berpijak pada bumi yang nyata…” kata Jongin panjang lebar.

“Eh, yang kau menggelibas kenapa??” tanya Joonmyeon kepada Jongin.

Jongin terus buat muka. “Aku tak kesah apa jadi kat Miracle tu…nak jadi apa, jadi la…aku still tak maafkan appa lagi…”

Eunhoon hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba loceng rumah itu berbunyi. Eunhoon segera membuka pintu rumah. Dia terjumpa seorang lelaki yang lebih kurang 50-an.

“Nae, ahjushi cari siapa??” tanya Eunhoon sebaik saja keluar.

“Err saya Kim Manshik--“ Sebelum lelaki tua itu menjawab soalan Eunhoon, tiba-tiba Jongin pula memunculkan diri.

“Eunhoon! Buat apa kat sini?? Baik kau pergi siapkan makan tengahari diaorang…” kata Jongin. Tetamu di hadapannya lansung tidak hiraunya.

“Jongin…” panggil Manshik tadi. Jongin pula segera memberikan respon dengan memandang orang tua itu. Jongin terkejut.

Appa??” tanya Jongin. Eunhoon juga terkejut apabila mendengar panggilan Jongin itu.

“Kamu macam mana sekarang??” tanya Manshik kepada Jongin.

“Saya macam biasa la…” jawab Jongin acuh tak acuh. “Kenapa appa datang sini??”

“Sekarang, appa kerja dengan syarikat kenalan appaappa dengar cerita yang Yoon Seunghwan dah meninggal dunia…jadi, appa risau pasal kamu…” kata Manshik lagi.

“Buat apa appa sibuk pasal saya?? Saya pun tak nak ambil tahu pasal appa lepas appa jual saya dulu…” kata Jongin.

“Bukan maksud appa masa tu…”

“Dah la appa…baik appa pergi dari sini…” kata Jongin lalu keluar rumah untuk pergi kerja.

“Yah, Jongin!” panggil Eunhoon. Tapi, lansung tak ada respon. “Saya minta maaf atas pihak Jongin…”

“Tak apa…saya faham…kalau macam tu, boleh tak kamu bagi ni kepada Jongin?? Ni nombor telefon saya…” kata Manshik lalu menghulurkan sekeping kad.

Eunhoon mengambil kad itu. Kenapa dia rasa berat hati pula??

Nae…saya bagi dia nanti…” kata Eunhoon. Dia sempat tunduk hormat lalu hanya melihat lelaki tua itu pergi.

……………………..

Jongin menghabiskan masanya di taman. Kepalanya kusut dengan pelbagai persoalan. Kenapa appa datang rumah tu?? Appa nak tuntut aku semula ke?? Macam mana ni?? Macam mana ni??

Jongin mengosok rambutnya dengan kasar. Tiba-tiba dia teringat suatu masa dulu ketika pertama kali dia melawat bapa kandungnya di penjara.

……………………….

Flashback~

“Jongin-ah…pergi rumah keluarga Yoon Seunghwan…jadi anak angkat dia…appa dah bagitahu dia…”

“Kenapa pulak?? Jongin boleh hidup sendiri, appa…”

“Sebab lepas aku keluar dari sini…aku perlukan duit…jadi, aku boleh dapatkan duit daripada kau…lagi satu, jangan datang sini lagi!”

……………………………..

Ish! Tak guna punya orang tua! Dia buat anak dia macam barang pulak. Huh! Jongin terus bangun lalu pulang ke rumah dengan segera.

…………………………..

“Eunhoon-2, sini jap…” kata Kyungsoo lalu menarik Eunhoon menghadap satu papan putih. Pada papan putih terdapat isi kandungan surat khas daripada Yoon Seunghwan untuk Chanyeol.

Eunhoon meneliti setiap perkataan yang terdapat di situ. Perkataan di situ disusun dari atas ke bawah menyebabkan adik beradik Yoon yang lain buntu. “Ohh…araso…”

Perhatian adik beradik Yoon berubah kepada papan putih. Eunhoon mengambil marker daripada Kyungsoo lalu membulatkan perkataan pertama setiap ayat. “Kan perkataan pertama setiap ayat kanji, kan?? So, korang tukarkan jadi hangul…”

Sehun segera membaca perkataan-perkataan itu. “Petunjuk…kepada…harta pusaka itu…10 Mother’s Goals??”  

“Ohh jinjja?? Patut la…lagipun, Haengbok-kae 2.0 ni tak benda sangat…cuma surat-2 tu je…” kata Joonmyeon di samping robot yang sudah hampir terlerai itu. Dia punya kerja la tu sampai robot tak bersalah jadi mangsa. Yang lain mengangguk.

Tiba-tiba Jongin masuk ke dalam bilik perjumpaan. Eunhoon mengambil peluang itu untuk memberikan kad Manshik kepada Jongin. “Jongin, appa kau bagi kad ni…”

“Eh?? Appa Jongin dah keluar penjara??” tanya Kyungsoo dengan hairan.

Eunhoon lagi la hairan. “Penjara??”

“Dia masuk penjara…sebab bunuh polis…dah la, kau buang je kad tu…” kata Jongin lalu naik ke bilik.

Semua yang berada di situ memandang Kyungsoo. Sejak bila Kyungsoo reti jadi mulut tempayan ni??

Kyungsoo pula rasa cuak. “Apa?? Aku cuma tanya je…”

…………………………..

“Yah, Jongin…buka la pintu ni…” Eunhoon tidak berhenti mengetuk pintu bilik Jongin. Dia cuma nak sampaikan amanat, itu je.

Jongin pun dah rasa annoying mendengar ketukan itu. Dia terus buka pintu. “Kan aku dah kata…buang je la…”

“Ehh…takkan kau nak biarkan appa kau macam tu je??” tanya Eunhoon.

“Yah, dia jual aku tahu tak?? Macam barang kat pasar tu haa…pembeli dengan penjual…sama je…hey, Seunghwan-shi pun bersalah la dalam hal ni…”

“Eh kau ni…Seunghwan-shi baik lah…kau jangan la salah sangka…”

“Mana ada…kau tu salah sangka sebenarnya…dah la…kharago~!” Jongin terus menghempas pintu di hadapan Eunhoon. Terkejut Eunhoon dibuatnya.

Eunhoon menuruni tangga dengan berat hati. Sambil-sambil itu, dia mengeluh juga. “Kenapa la dia degil sangat??”

“Eunhoon! Palli-2!”

Eunhoon kembali ke alam realiti setelah dia terdengar namanya dipanggil oleh salah seorang adik beradik Yoon. Dia terkejut dengan kehadiran Gain di bilk perjumpaan.

Waegurae, Gain-shi??” tanya Eunhoon dengan hairan. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Sehun.

Gain hanya melemparkan senyuman. “Saya dengar kamu semua sebut tentang Mother’s Goals…sebelum tu, Jongin mana??”

“Err…dia hilang mood….” Eunhoon tersengeh, bengang. “Boleh teruskan??”

“Okey…so, untuk goals yang ke-4, korang semua kena gotong-royong bersihkan rumah ni…”

Semua ahli keluarga Yoon terkejut kecuali Jongin. Mereka dikehendaki untuk membersihkan rumah banglo yang besar ni??

“Terserah kepada korang macam mana nak bersihkan rumah ni…untuk pengetahuan korang, rumah ni lebih kurang saiz Stadium Piala Dunia tau…saya akan cek keseluruhan rumah ni…walaupun sebesar zarah je, araso??” jelas Gain.

Masing-masing dah ternganga. Sebesar stadium tu woi. Guana nak buat tu??

“Kalau macam tu…saya keluar dulu…” kata Gain lalu keluar dari bilik perjumpaan.

Eunhoon seolah-olah mendapat satu idea. Dia terus mendekati peguam rasmi keluarga Seunghwan.

“Gain-shi! Jakkaman~!”

…………………………..

Chanyeol sempat menyinggah ke pejabat syarikat Miracle. Dia terus masuk ke pejabat presiden syarikat itu untuk berjumpa dengan Xiumin.

“Xiumin, boleh kau jelaskan apa yang dah jadi sekarang??” tanya Chanyeol lalu menyandar di meja tulis.

“Nak jelaskan apa lagi??” tanya Xiumin seolah-olah tak faham apa yang dikatakan oleh calon pewaris syarikat Miracle.

Chanyeol tersenyum sinis. “Huh, saja buat tak tahu…Eunhoon bagitahu kitaorang, kau yang pegang jawatan presiden pula…agreement Eunhoon belum habis lagi…kau tahu kan??”

“Ehh memang…aku tahu tu…” kata Xiumin lalu membetulkan kedudukan cermin matanya. “Aku buat semua ni ada 2 sebab…”

“Okey, bagitahu aku apa sebab-2nya tu…” kata Chanyeol lalu memeluk tubuh.

“Satu, Seunghwan-sanjangnim pernah minta aku jagakan syarikat ni…”

Lagi sekali, Chanyeol lemparkan senyuman sinis. Tipu je tu. Dia mengambil keputusan untuk kononnya percaya. “Okey, lagi satu??”

“Yang kedua, sebab Eunhoon…makin ramai mula nak sokong dia!” kata Xiumin dengan geram.

Chanyeol bangun daripada terus bersandar lalu duduk di kerusi presiden pula. “Jinjja?? Tapi, aku pelik, ada orang setuju ke kau jadi pemangku presiden yang baru??”

“Eh…mesti la…takkan aku main jadi je…”

“Kau tahu kan…appa ada 70% share dalam syarikat ni…kitaorang bila-2 masa je boleh jatuhkan kau…”

“Tapi, share kau…cuma separuh daripada share appa kau…35% je, Chanyeol…adik-2 kau masih tak ada lagi share dalam syarikat ni…so, macam mana kau nak jatuhkan aku??” sindir Xiumin.

Tiba-tiba Chanyeol rasa ada betulnya cakap Xiumin. Dia terus bangun untuk balik ke rumah. Bengang pula rasanya. “Kau ingat…aku belum habis lagi dengan kau…”

……………………………….

Chanyeol kembali ke rumah dengan tidak puas hati. Dia membuka pintu bilik perjumpaan dengan kasar sebelum terkejut melihat bilik itu kecoh dengan suara adik-adik angkatnya.

“Haa…Chanyeol…kau kena bersihkan balkoni dengan Jongin, okey??” kata Eunhoon sambil menghadap papan putih tadi.

Chanyeol yang tidak faham apa-apa, hanya mengangguk. Dia mengambil tempat di belakang Joonmyeon. “Oh okey…”

Bilik itu kecoh dengan suara-suara yang tak berpuas hati. Eunhoon menepuk tangannya dengan kuat untuk menarik perhatian mereka. “Shikeuro yeoldeura~! Kita kan dah setuju nak undi~ so, apa lagi?! Shijak!”

Adik beradik Yoon terus bangun dengan malas. Mulut tak henti-henti merungut. Mereka terus pergi ke tempat yang ditetapkan.

Ireona yeoldeura~! Jangan malas sangat~!” kata Eunhoon dengan tegas. Eunhoon ternampak Jongin orang terakhir yang gerak. Dia terus mendekati Jongin.

“Jongin-2, kau tahu tak…Gain-shi ada saudara kat satu syarikat rakaman ni…nanti, kau contact-2 dia tau…” kata Eunhoon lalu menyerahkan kad nama seseorang.

Jongin mengambil kad nama itu dengan teruja. “Jeongmal?! Aku pergi sekarang jugak!”

Sekelip mata Jongin keluar dari bilik perjumpaan. Tadi punya la malas dia nak bangun. Eunhoon tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Yah, Eunhoon...apa niat sebenar awak haa??”

Eunhoon terdengar suara sumbang dari Joonmyeon yang berada di tingkat atas. Dia hanya tidak menghiraukan pertanyaan itu lalu bergerak ke dapur.

“Eh?? Awak lansung tak pedulikan saya lagi??” tanya Joonmyeon dengan hairan. Kesian.

...............................................

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Yo! I'm back xD okno xD actually, nk promote fanfic je...hewhewhew x) please support us! Lagi-2 kwn sye ;; give her more support ;;A;;

 - fanfic kwn sye ヽ( ̄▽ ̄)ノ

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa