Last episode : My Boys (Last Chapter)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Last Episode : My Boys  
      Last Chapter  

 

 

 

 

………………………..

Bilik perjumpaan…

Adik beradik Yoon berkumpul semula di dalam bilik perjumpaan itu. Mereka sedang terpaksa menikmati makan tengahari dengan cepat kerana masa semakin suntuk.

“Ish…aku tak ada selera la nak makan…” rungut Baekhyun.

“Alaa, banyak cakap pulak…makan je la…” kata Eunhoon yang jadi serius tiba-tiba.

“Okay-2…guys…ready…” kata Chanyeol. Yang lain mengangguk.

Jal mogetsumnida~!” kata adik beradik Yoon dengan serentak. Robot Haengbok-kae 2.0 terus memberikan tindak balas.

“Woah…dia react bila kita sebut tu tadi…” kata Chanyeol dengan teruja.

Robot Haengbok-kae 2.0 segera memadam lampu utama bilik perjumpaan itu. Kemudian, dia menyuluh satu-satunya potret Yoon Seunghwan. Kelihatan plan rahsia muncul di sebalik potret itu.

“Apa benda tu??” tanya Jongin dengan hairan. Mereka berenam melihat plan itu dengan hairan.

“Ni…plan bilik ni…” jawab Chanyeol.

“Tapi, dia letak meja kat tempat lain…” kata Baekhyun pula.

“Okay…korang…kita ikut je apa yang dia tunjuk kat situ…ppali-2~!” arah Eunhoon. Adik beradik Yoon terus mengubah dekorasi bilik itu mengikut plan yang tertera di situ.

“Okay, sekarang kita berdiri ikut apa yang dia suruh…” kata Eunhoon setelah selesai mengubah dekorasi bilik. Mereka berenam berdiri mengikut urutan sambil memandang ke arah potret Yoon Seunghwan.

Palli…lagi 30 minit je ni…” kata Sehun. Adik beradik Yoon terus berdiri tegak yang telah ditetapkan.

Tiba-tiba robot Haengbok-kae 2.0 menyatakan sesuatu. “Pintu terakhir rumah Kelurga Yoon telah dibuka~!”

Bilik itu bergegar secara tiba-tiba, membuatkan adik beradik Yoon panik. Tangga yang menghubungkan beranda di dalam bilik itu terpisah secara tiba-tiba. Kelihatan pintu kecil berada di antara tangga itu.

Tanpa membuang masa, adik beradik Yoon meluru ke arah bilik rahsia itu. Joonmyeon pula segera membuka pintu bilik itu lalu masuk ke dalam. Kemudian, diikuti Eunhoon dan yang lain dari belakang. Bilik rahsia itu penuh dengan habuk-habuk dan sawang-sawang akibat terlalu lama tersimpan. Chanyeol pula memeriksa keadaan bilik itu. Dia terjumpa satu garisan yang mencurigakan.

“Korang…aku dapat rasa angin la kat sini…aku rasa ada benda dalam ni…” kata Chanyeol sambil meletakkan tangannya di garisan berudara itu.

“Apa lagi…jom la kita buka~!” kata Jongin lalu cuba membuka pintu itu. Dia juga dibantu oleh Chanyeol, Joonmyeon dan Baekhyun untuk membuka pintu itu.

“Eunhoon, tinggal 10 minit je ni…” kata Sehun lalu memandang ke arah Eunhoon yang sedang memikirkan sesuatu. Sudah lama mereka cuba buka, tapi tidak boleh.

“Oh ye! Aku rasa…kita kena pakai handprint yang kita pernah buat dulu~!” kata Kyungsoo setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

“Yelah~! Jom kita pergi ambil~!” kata Eunhoon lalu keluar dari bilik itu. Begitu juga adik beradik Yoon yang lain.

“7 minit lagi~!” Sehun memberikan amaran masa yang tinggal untuk mereka.

Adik beradik Yoon segera menurunkan bingkai cap tangan mereka semua lalu dibawa ke arah ke bilik rahsia itu. Mereka meletakkan bingkai itu mengikut giliran mereka menjadi anak angkat Yoon Seunghwan pada tempat yang disediakan di sebelah pintu itu.

Alright…dah siap…” kata Chanyeol. Tetapi, pintu itu tetap dibuka. Mereka terpandang bingkai warna putih yang kosong itu.

So, ada orang yang tak buat lagi benda ni…” kata Baekhyun. “Eunhoon??”

“Aku ke??” Eunhoon memandang semua adik beradiknya. Mereka hanya mengangguk. Dia terus meletakkan tangannya di atas tanah liat berwarna putih itu.

Setelah Eunhoon melepaskan tangannya, pintu itu segera memberikan tindak balas. Mereka bersorak gembira. Tiba-tiba satu soalan menegur adik beradik Yoon supaya tidak terlalu gembira.

“Apakah nama buku panduan Yoon Seunghwan??”

“Ha?? Nama buku?!”

“Cepat! Lagi 1 minit je lagi~!” kata Sehun dengan panik. “Jawab je la!”

“Ahh…Family!” jawab Eunhoon. Tetapi, jawapan Eunhoon ditolak.

“Ha! Yoon Family Mansae!” jawab Jongin. Jawapannya juga ditolak. Kemudian, dia dikecam oleh adik beradiknya.

Pada masa yang sama, Kris tiba di rumah Keluarga Yoon. Dia hairan melihat adik beradik Yoon tiada di dalam bilik perjumpaan itu. Kemudian, dia ternampak pintu kecil di antara tangga yang terbuka itu. Dia terus meluru ke arah pintu itu.

“Eunhoon-shi! Eunhoon-shi!”

Panggilan itu mengejutkan adik beradik Yoon di dalam bilik rahsia itu. Joonmyeon segera mendekati pintu itu untuk mendengar dengan lebih jelas.

“Tajuk buku tu…A Castle with 7 Heroes!” kata Kris dengan sekuat hati.

“A Castle with 7 Heroes??” kata Joonmyeon lalu dia sampaikan maklumat itu kepada Eunhoon.

“Cepat korang…tinggal 20 saat je ni…” kata Sehun.

“A Castle with 7 Heroes!!” jawab Eunhoon ke arah pembesar suara yang berada di sebelah pintu itu. Akhirnya, pintu itu terbuka dengan perlahan.

“10 saat lagi! 9…8…7…6--“

Sehun tidak sempat menghabiskan kiraanya kerana pintu itu telah terbuka. Adik beradik Yoon terpegun melihat apa yang terdapat di sebalik pintu itu. Rupa-rupanya, harta warisan Keluarga Yoon tersimpan rapi di dalam bilik itu.

Eunhoon ternampak sebuah buku di atas jongkong emas yang tersusun di tengah-tengah bilik itu. Dia segera membuka buku itu.

……………………………………

Sementara itu, Xiumin telah tiba di hadapan rumah Keluarga Yoon. Dia bersama para pekerjanya bersedia untuk merobohkan rumah itu. Setelah jam tepat pukul 12:40 tengahari, dia segera mengarah ke arah pekerjanya.

“SERANGGG!!!”

Semua pekerja Xiumin mula menyerang pintu rumah Keluarga Yoon. Tiba-tiba pintu utama rumah itu terbuka. Eunhoon keluar daripada rumah itu. Xiumin segera melihat perkara apa yang berlaku menyebabkan pekerja-pekerjanya terdiam.

“Kim Minseok-shi…aku ada benda nak cakap dengan kau sorang je…” kata Eunhoon.

Tanpa membuang masa, Eunhoon membawa Xiumin ke dalam bilik rahsia. Xiumin dengan bertambah teruja apabila terserempak dengan harta-harta yang terdapat di dalam bilik itu.

“Minseok…ni harta warisan Keluarga Yoon…kitaorang dah decide nak bagi semua harta ni kat kau…tapi dengan syarat, kau jangan robohkan rumah ni…jebal…” kata Eunhoon lalu menunduk di hadapan Xiumin.

Jebal~!” kata adik beradik Yoon lalu tunduk secara serentak.

Xiumin pelik mendengar permintaan Eunhoon itu. Tiba-tiba je diaorang nak bagi aku semua harta ni. “Kenapa korang nak bagi aku harta-2 ni??”

“Semuanya dah tercatat dalam buku ni…” Eunhoon buka buku yang setebal kamus itu lalu dia keluarkan buku yang lebih kecil. “Dalam buku kecik ni…ada tulis sebabnya…”

“Ohh…boleh kau tolong bacakan??” pinta Xiumin dengan lagaknya.

Eunhoon hanya menurut permintaan Xiumin. Dia membuka buku itu lalu membaca cerita yang terdapat dalam buku itu.

“Pada suatu hari, ada seorang raja yang pelik tinggal di dalam sebuah istana. Apabila raja itu mengetahui bahawa dia ada enam bulan untuk hidup, dia mengambil enam orang anak angkat untuk menjadi hero dan pewaris takhtanya. Dia juga mengambil anak perempuan tunggalnya yang sudah lama berjauhan, untuk menjadi hero juga. Tujuh hero itu tinggal bersama di dalam istana itu. Namun, setiap hari tujuh hero itu selalu bergaduh dan tidak sehaluan. Enam bulan kemudian, raja itu meninggal dunia. Salah seorang daripada orang suruhannya menjadi raja yang seterusnya. Raja yang baru itu sangat benci akan tujuh hero itu. Tetapi, tujuh hero itu mengetahui bahawa raja yang dulu menyimpan harta karun. Mereka bersatu dan bekerjasama untuk mendapatkan harta karun itu. Mereka sedar bahawa apabila mereka bekerjasama dan bersatu, mereka saling tak tumpah seperti adik beradik kandung. Mereka juga sedar mereka seperti keluarga. Mereka berjaya dapatkan harta karun itu lalu ditukarkan kepada istana yang penuh memori indah mereka. Akhirnya, mereka hidup bersama bahagia selama-lamanya…”

The end…” kata Eunhoon lalu menutup semula buku itu.

“Oh…rupa-rupanya, selama ni…aku cuma digunakan orang tua tu…apa yang dia rancang selama ni, betul-2 terjadi…jadi, korang pilih ‘keluarga’ daripada harta…” kata Xiumin yang timbul cahaya-cahaya keinsafan. Dia segera keluar dari bilik harta itu dan diikuti oleh adik beradik Yoon.

Pintu bilik harta itu ditutup. Xiumin mengambil bingkai cap tangan Eunhoon tadi lalu dia campakkannya di atas lantai. Adik beradik Yoon terkejut melihat tindakan Xiumin. “Mulai saat ni, tak ada sorang pun dapat harta dalam bilik tu…dan aku akan tukar tapak pembinaan Family Hunter…”

Xiumin segera keluar dari bilik rahsia itu. Adik beradik Yoon bersorak kegembiraan setelah mendengar pengumuman daripada Xiumin.

So, kita berjaya selamatkan rumah ni??” tanya Joonmyeon dengan tidak percaya. Yang lain hanya mengangguk dengan gembira.

“Yeayyy!!!”

………………………………

“Jadi, Minseok…kamu dah faham semuanya??” tanya Gain apabila terserempak Xiumin di bilik perjumpaan.

“Saya dah faham kenapa orang tua tu tak nak ambil saya jadi anak angkat….” kata Xiumin.

“Seunghwan-sanjangnim percayakan kamu untuk pegang Miracle…” kata Gain lagi.

“Jangan nak tipu, ahjumma…”

Aniyo…saya tak tipu…” kata Gain menyebabkan Xiumin menghentikan langkahnya.

“Seunghwan-sanjangnim nak kamu bekerja dengan keluarga Yoon…dia percaya yang kamu dapat majukan syarikat tu…saya pun rasa yang sama…sampai sekarang…”

Gain terus memandang ke arah Xiumin yang masih berdiam diri. “Minseok-shi, dengan diri kamu yang sekarang, dengan masa yang akan datang, sanggupkah kamu buat keputusan walaupun Seunghwan-sanjangnim dah tak ada lagi?? Kamu seorang saja tahu jawapannya…”

Xiumin mendiamkan diri. Dia hanya berfikir layak kah dia untuk mengambil alih syarikat itu.

…………………………….

Pada malamnya…

Adik beradik Yoon berkumpul semula di bilik perjumpaan. Dekorasi bilik itu juga kembali seperti biasa. Eunhoon menuangkan jus oren ke dalam tujuh buah gelas lalu diagihkan gelas itu. Kalau nak diikutkan, yang bawah umur saja minum jus. Tetapi, Eunhoon mahu semua dapat yang sama.

“Rupa-rupanya…itu plan appa…” kata Baekhyun.

“Dia boleh agak kan apa yang Xiumin buat kat kita bila dia dah tak ada…” kata Kyungsoo pula.

“Tu la pasal…menyusahkan je…” kata Jongin. Kali ini, dia tidak dikecam.

“Dia nak kita jadi satu keluarga…” kata Joonmyeon lalu tersenyum.

“Okay-2…yeoldeora, jom kita sambut kejayaan kita selamatkan rumah ni~!” kata Eunhoon lalu menghulurkan gelasnya.

Mansae!!!” kata adik beradik Yoon lalu melagakan gelas masing-masing.

Adik beradik Yoon berasa gembira kerana dapat menyelamatkan rumah kesayangan mereka. Ruangan bilik itu dihiasi dengan gurauan dan gelak tawa mereka. Tiba-tiba deringan telefon mengejutkan mereka.

Jakkaman…” Eunhoon terus mengangkat telefon itu. “Yeoboseyo, rumah keluarga Yoon...”

Suara seorang wanita kedengaran di seberang sana. “Yeoboseyo, boleh saya bercakap dengan Sehun??”

“Uhh…ni siapa??” tanya Eunhoon dengan sopan.

Omma nya Sehun…”

Eunhoon terdiam apabila mendengar jawapan daripada wanita itu. Adik beradik yang lain berasa hairan. “Jakkaman…Sehun-ah, omma…”

Eunhoon menghulurkan ganggang telefon itu dengan senyuman. Tetapi, hatinya mula menangis. Sehun teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Namun, abang-abangnya menyuruh dia untuk menjawab.

Sehun mendekati Eunhoon lalu mengambil ganggang telefon itu. “Yeoboseyo, omma??”

“Sehun-ah…bogoshipeo…Sehun-ah, omma dah ada kat Seoul ni…omma ingat omma nak ambil kamu sekali…kamu ikut ya…”

“Uhh…” Sehun mengalami dilema untuk kembali bersama ibunya atau tidak. Dia memandang Eunhoon di sebelahnya. Eunhoon hanya tersenyum lalu memberi kebenaran. “Nae…Sehun ikut…”

Araso…nanti omma tunggu dekat stesen keratapi…pukul 9 pagi…annyeong…”

Sehun meletakkan semula ganggang itu di tempatnya. Dia kembali ke tempatnya dengan Eunhoon.

Omma kau nak apa, maknae??” tanya Jongin.

Omma aku nak ambil aku…maknanya, aku kena keluar dari rumah ni…” jawab Sehun.

Jawapan Sehun telah menyebabkan adik beradik Yoon terdiam. Keadaan menjadi muram. Eunhoon pula cuba menjernihkan keadaan. “Yelah kan…kontrak aku pun dah habis…kita dah selamatkan rumah ni…so, kita dah tak ada benda nak dibuat…korang dah boleh kembali ke kehidupan normal korang…bukan ke korang lagi suka??”

Adik beradik Yoon hanya mendiamkan diri. Eunhoon mengeluh melihat keadaan itu sambil menahan air matanya. Tiba-tiba Baekhyun bersuara.

“Korang…sebenarnya, parents aku dah keluar penjara minggu lepas…diaorang pun nak ambil aku semula…bila aku tengok Jongin dapat terima appa dia semula, aku dah rindu kat parents aku semula…so, aku decided nak balik semula dengan parents aku…mianhae…” jawab Baekhyun.

Chanyeol pula mengeluh. “Kalau macam tu, aku guna kuasa aku sebagai anak angkat yang pertama…aku isytiharkan yang kita dah tak ada apa-2…jadi, korang boleh keluar dari rumah ni…dan balik la kepada orang yang masih perlukan korang…esok, kita keluar…”

Adik beradik Yoon bersetuju dengan tindakan Chanyeol. Begitu juga dengan Eunhoon. Esok adalah hari terakhir untuk mereka bersama.

……………………………..

Keesokan harinya…

Adik beradik Yoon berkumpul di bilik perjumpaan untuk mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir. Hanya anak-anak angkat Yoon Seunghwan saja yang bawa beg bersama.

“Eh, Eunhoon…kau tak bawa beg ke apa??” tanya Kyungsoo yang pelik dengan Eunhoon yang tangan kosong itu.

“Tak…aku nak pergi mana je…ni kan rumah aku…aku boleh tinggal dengan Minhye…” kata Eunhoon dengan bersahaja.

Hyung…”

Adik beradik Yoon terkejut apabila Sehun membahasakan mereka semua sebagai abang. Sehun hanya tersenyum.

Hyung…Eunhoon nuna…saya kena gerak ni…saya janji pukul 9…sekarang dah pukul 8:20…” kata Sehun dengan panjang lebar. Kemudian, dia peluk adik beradiknya untuk kali terakhir.

“Sehun-ah, jaga diri~!” kata Eunhoon lalu melambai ke arah Sehun. Begitu juga Sehun. Kemudian, dia menghilang.

“Haa…aku minta maaf lagi sekali…aku kena balik rumah parents aku ni…terima kasih atas memori yang indah ni…” kata Baekhyun. Kemudian, dia juga peluk adik beradiknya untuk kali terakhir.

Semua melambai ke arah Baekhyun yang mahu menuju ke jalan kebahagiaan yang baru. Eunhoon hanya mampu tersenyum.

“Hmm…aku pun…hari ni, baru dapat kunci apartment aku tu…korang jaga diri ya…jangan lupa support aku…aku takkan lupa kenangan kita…” kata Kyungsoo lalu tersengih. Dia juga peluk adik beradiknya yang lain. Mereka juga melambai ke arah Kyungsoo.

“Haa, aku pun ada rumah lain sebenarnya…dah lama sangat aku tak balik rumah tu…so, jalga…jaga diri, Eunhoon…” kata Joonmyeon lalu tersenyum. Dia sudah bersedia dengan beg-begnya.

“Eceh-2…nak usha Eunhoon lagi la tu…mentang-2 rival dia dah tak ada kat sini…” usik Jongin.

Mwo-2?? Tumbuk karang…hahaha! Bye guysbye Eunhoon…” kata Joonmyeon lalu melambai ke arah mereka bertiga.

“Haih…tinggal kita je la ni ye…” kata Jongin seolah mengeluh. “Aku pun nak minta maaf la…sebab asyik keluar masuk rumah ni…lagipun, aku janji kat appa aku…aku tinggal sini seminggu je…so, aku gerak dulu…”

“Tak apa la, Jongin…jaga diri kau tu…kirim salam kat appa kau…” kata Eunhoon lalu melambai ke arah Jongin.

Akhirnya, tinggal Eunhoon dan Chanyeol saja di situ. “Chanyeol, awek kau tak cari kau ke??”

“Eh, siapa kata tak cari…” Chanyeol mengangkat beg pakaiannya lalu diletakkan di atas meja.

Eunhoon hanya memandang beg itu. “Oh kure…”

“Okay la…aku gerak dulu…jangan lupa jaga rumah ni, jaga diri juga…ada apa-2, call aku…awek aku tak marah la…hehehe…bye~” kata Chanyeol lalu melambai ke arah Eunhoon.

Kha~!” kata Eunhoon lalu ketawa. Dia hanya melihat Chanyeol pergi. Tiba-tiba Gain muncul di sebelahnya.

“Tahniah, Eunhoon…disebabkan kamu, anak-2 angkat Seunghwan-sanjangnim dapat rasa apa itu keluarga…saya kagum dengan kamu…” kata Gain dengan bangga.

Eunhoon hanya tersenyum sambil melihat ke arah pintu yang tertutup itu. “Saya pun rasa gembira…gomawo, Gain ahjumma…”

Thanks, my boys

………………………

-THE END-

 

END OF CHAPTER


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa