Episode 1 : Permulaan Hidup Baru (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 1 : Permulaan Hidup Baru  
      Chapter 2  

 

 

 

 

.................................

Sebulan kemudian....

Eunhoon mengeluh kecil. Sekarang dia dalam pesawat peribadi yang dimiliki oleh Yoon Seunghwan. Dia melihat gambarnya bersama Seunghwan dalam smartphone . Kemudian, dia meletakkan smartphone nya di tepi. Sebuah pasu kecil diambil lalu Eunhoon membuka kain yang membalut pasu itu dan penutup pasu itu.
 
Eunhoon segera bangun dari tempatnya lalu membuka tingkap pesawat itu. Dia mengeluarkan debu-debu dari pasu itu lalu dilepaskan di udara. Debu-debu itu adalah mayat Yoon Seunghwan.
......................................
 
Pesawat yang dinaiki Eunhoon selamat mendarat. Dia turun dari pesawat lalu segera ke arah kereta. Di situ ada seorang lelaki yang sedang memegang gambar Seunghwan. Dia adalah setiausaha Seunghwan, Xiumin.
 
"Macam mana dengan debu dia?" tanya Xiumin pada Eunhoon.
 
"Aku dah lepaskan tadi...tapi ada sikit yang kena pada muka saya...aku tak tahu pulak Seunghwan-shi nak lepaskan debu dia kat udara..." jawab Eunhoon sambil menyelak rambutnya yang ditiup angin.
 
"Dia betul-betul dah meninggal...kan?" sambung Eunhoon seolah tidak percaya sambil melihat gambar Seunghwan.
 
Xiumin mengeluh. "Tulah...dah cukup seminggu dah upacara pengebumian dia..."
 
Eunhoon menoleh ke arah pesawat. "Mesti dia tak senang sampai dia meninggal..kan?"
 
Kemudian, Eunhoon memandang gambar Seunghwan lagi. Dia teringat kata-kata lelaki pertengahan 50-an itu.
 
'Bermula hari ini...kita adalah keluarga'
 
"Hmm...dia betul-betul...dah meninggal" kata Eunhoon lagi, sendiri. 
........................................
 
Eunhoon dibawa ke suatu tempat dengan menaiki kereta tadi. "Wah...kita nak pergi mana ni?" tanya Eunhoon. Tetapi tiada siapa yang jawab.
 
Mereka berhenti di hadapan rumah agam yang mewah. Xiumin terus keluar daripada kereta lalu membuka pintu untuk Eunhoon keluar. Eunhoon ternganga melihat keadaan rumah itu.
 
"Ni rumah kedua Seunghwan-sanjangnim..Trick Heart Castle...nama je castle tapi dia cuma rumah je..." jelas Xiumin.
 
"Trick Heart Castle?"
 
"Kha-ja" kata Xiumin lalu pergi ke arah loceng rumah besar itu.
 
"Annyeong..." kata Xiumin pada loceng rumah itu.
 
"Hasaeyo..." Suara itu keluar daripada loceng itu.
 
"Annyeonghasaeyo.." kata lagi Xiumin.Pintu itu terbuka. Eunhoon masih lagi tidak berganjak.
 
"Kha-ja" Xiumin terus masuk ke dalam. Eunhoon membawa gambar Seunghwan lalu mengikuti Xiumin dari belakang.
.......................................
 
"Awak tahu kan Seunghwan-sanjangnim ada anak??" tanya Xiumin ketika mereka berdua berjalan di dalam rumah itu.
 
"Nae...dia kata dia ada 6 orang anak..." jawab Eunhoon.
 
"Sepatutnya anak-anak itu ambil tempat bapanya dalam keturunan keluarga Yoon...tapi, macam yang awak tahu...Seunghwan-sanjangnim bujang, jadi dia ambil 6 orang anak angkat lelaki sebagai calon untuk mewarisi perniagaan keluarganya..." kata Xiumin.
 
Eunhoon melihat sekeliling rumah itu seperti rusa kampung masuk bandar. Akhirnya,mereka berhenti di depan sekeping kertas tebal yang tertulis 'Yoon Seunghwan Family Tree'. Eunhoon melihatnya dengan teliti. Manakala Xiumin pula, tak habis bercakap. Daripada kanan terpampang nama Chanyeol, Jongin, Joonmyeon, Kyungsoo, Baekhyun dan Sehun.
 
"Seunghwan-sanjangnim suka buat benda yang pelik....diaorang disatukan dalam satu rumah ini dulu, kemudian baru meletakkan nama mereka di dalam wasiatnya..."
 
"Jeongmal??" Tiba-tiba Eunhoon terjumpa sesuatu yang menarik. Dia menoleh ke belakang.
 
"Kebanyakan mereka masih tinggal di rumah ni,tapi..."
 
Eunhoon pelik melihat gambar yang besar. Seorang orang gaji sambil membawa dulang yang berisi cawan. Tiba-tiba gambar itu bergerak dengan sendirinya. Dia terkejut melihat gambar itu.
 
"Waeyo?? Ada benda tak kena ke??" tanya Xiumin setelah perasan yang Eunhoon terkejut.
 
"Ah...aniya..." kata Eunhoon dalam keadaan bengang. Kemudian, dia menunjukkan senyumannya.
 
"Sini ialah bilik perjumpaan..." kata Xiumin lalu menunjukkan pintu di sebelah kirinya.
 
Eunhoon terus buka satu pintu di situ. Ketika dia membuka pintu itu, hanya dinding saja yang ada.
 
"Mwoya??" kata Eunhoon. Bengang untuk kali kedua. Xiumin ketawa melihat keadaan Eunhoon.
 
"Sini la..." kata Xiumin lalu menekan satu butang di dinding sebelah kanan. Satu pintu lagi muncul. Xiumin membuka pintu itu lalu masuk. Eunhoon masih lagi tidak berganjak. Xiumin keluar dari bilik itu.
 
"Kha-ja~!" pelawa Xiumin. Eunhoon terus masuk ke dalam setelah dikejutkan dengan pelawaan Xiumin..
 
Bilik itu sangat mewah. Terdapat satu meja panjang seperti meja di bilik mesyuarat, dua kerusi mewah, beberapa bangku, tempat unggun api sebagai pemanas suhu dan tangga dua arah. Di tengah-tengah tangga itu, terpampang potret Seunghwan. Eunhoon sekali lagi kagum melihat keadaan bilik itu. Xiumin segera menutup pintu bilik.
 
"Kejap lagi peguam keluarga Seunghwan-sanjangnim nak jumpa awak..." kata Xiumin.
 
"Peguam??" tanya Eunhoon lalu menoleh ke belakang. Tiba-tiba wanita berusia 40-an muncul.
 
"Annyeonghasaeyo...saya peguam keluarga Yoon Seunghwan-sanjangnim, Jang Ga In-imnida..."
 
Eunhoon sekali lagi terkejut. Xiumin pula ketawa melihat reaksi Eunhoon. Kemudian, dia terus senyap apabila ternampak Gain serius.
 
"Eunhoon-shi...hari perjanjian awak dengan Seunghwan-sanjangnim dah tiba..." kata Xiumin.
 
"Kure..tapi sebenarnya...perjanjian itu berlaku sejak sebulan yang lalu..." kata pula Gain sambil berjalan mengelilingi bilik itu.
 
"Sebab awak la..Seunghwan-sanjangnim dapat hidup aman pada hari-hari terakhir dia...jeongmal kasahamnida..." kata Xiumin lagi lalu dia menunduk hormat kepada Eunhoon.
 
Eunhoon hanya tersenyum lalu melambai tangannya. "Gwaenchana...tu baru sikit je..."
 
"Ohh bagus la~! Boleh la kita bincang tentang masa depan..." kata Xiumin lalu tersenyum penuh makna.
 
"Mwo?? Masa depan??" tanya Eunhoon dengan hairan. Masa depan apa ni??
 
"Awak masih ingat lagi tak tandatangan ni??" tanya Gain lalu mengeluarkan kontrak dan diletakkan di atas meja. Xiumin pula mendekati Gain.
 
Eunhoon juga mendekati mereka. "Oh..kontrak ni ada Borang Permohonan Perkahwinan..."
 
Gain menyelak helaian lain. Eunhoon membaca isi kandungan helaian itu. "Jika kamu mengikuti syarat ini...hutang 100 juta won kamu akan langsai serta merta..." 
 
Gain menyelak lagi helaian lain. "Jadi isteri kepada Kim Seunghwan selama sebulan..." 
 
Gain menyelak helaian seterusnya. "Dalam masa 3 bulan,tinggal di Trick Heart Castle dan jadi ibu kepada 6 orang anak lelakinya..."
 
Eunhoon terkejut membaca syarat yang terakhir. "Mwo?! Saya kena jadi omma untuk anak-anak dia?!"
 
"Jadi...mulai dari sekarang...awak kena tinggal di sini sebagai ibu kepada 6 orang anak lelaki Seunghwan-sanjangnim..." kata Gain lagi.
 
"Mwoya?! Mustahil!" kata Eunhoon. Dia tidak percaya hidupnya bertukar 360 darjah. Tiba-tiba saja dia menjadi ibu.
 
"Saya sepatutnya jadi isteri dia selama sebulan je!" kata lagi Eunhoon.
 
"Dan...perjanjian kamu sebagai isteri dia selama sebulan dah tamat...jadi,mulai hari ini...kamu akan jadi omma kepada 6 orang anak lelaki dia..." jelas Xiumin.
 
"Saya tak setuju tu!" kata Eunhoon yang mula panas hati. Gain menyelak helaian lain.
 
"Ada lagi?! Jika tidak mengikuti semua syarat-2 tersebut...maka, kamu dikehendaki membayar balik 100 juta won dengan serta merta..." Eunhoon
membaca syarat seterusnya.
 
"Kalau awak nak batalkan, awak kena bayar balik 100 juta won pada kami sekarang..." kata Xiumin.
 
"Yah, ahjumma...ni semua tipu kan?!" tanya Eunhoon tidak puas hati.
 
"Perkara ini akan lagi susah kalau jadi kes mahkamah...sementara itu, memang betul setiap anak-anak Seunghwan-sanjangnim tu perangainya  pelik-pelik, tapi mereka semua handsome-2 tau" jelas Gain.
 
"Tu bukan masalah nya!" kata Eunhoon dengan geram.
 
"Tambahan, 100 juta won tu kena bayar secara tunai..." kata lagi Xiumin.
 
"Korang memang kedekut.." rungut Eunhoon. Xiumin hanya mengangguk sambil tersenyum.
 
Eunhoon hanya mampu melihat mereka dengan tidak puas hati. "Okay fine...jadi saya kena tinggal kat sini selama 3 bulan la, kan??" 
 
"Kalau macam tu, mari ikut sini..." kata Xiumin lalu pergi ke suatu bilik. Eunhoon hanya mengikutnya dari belakang. Gain hanya tersenyum.
..................................
Bilik sauna...
 
"Sini~" kata Xiumin lalu membuka pintu bilik sauna. Eunhoon terkejut melihat keadaan di situ. Di situ terdapat empat orang anak lelaki Seunghwan.
 
"Ahhh!!!" Eunhoon menjerit lalu menoleh ke dinding.
 
"Yahhh!!!! Siapa perempuan tu?!" jerit Kyungsoo lalu memanjat ke tempat duduk atas.
 
"Kenapa diaorang pakai tuala je?!" tanya Eunhoon.
 
"Siapa perempuan tu??" tanya semua yang berada di dalam bilik itu.
 
"Dia...isteri kepada Seunghwan-sanjangnim...Ryu Eunhoon-shi..." Xiumin segera memperkenalkan Eunhoon kepada anak-anak Seunghwan yang berada di dalam bilik sauna itu.
 
"Ehh...nak pulak dia dengan orang tua tu..." perli Jongin, anak kedua Seunghwan.
 
"Mana-2?? Orang tua yang tak sedar diri tu??" kata Baekhyun. Dia hanya muncul di sebalik skrin LED bilik itu dan dia merupakan anak kelima.
 
"Kau ada dapat harta kitaorang sikit, tak??" tanya Sehun, anak terakhir Seunghwan. Eunhoon mampu hanya mendengar apa yang mereka katakan itu.
 
"Nampaknya...korang akan tinggal bersama sekarang..." kata Xiumin.
 
"Buat apa dia ada kat sini?? Kitaorang bukan kenal dia pun..." kata Jongin lagi.
 
"Lagipun kitaorang bukannya adik beradik pun..." kata pula Joonmyeon. Dia pula anak ketiga Seunghwan.
 
"Bukan adik beradik??" tanya Kyungsoo lalu menoleh ke arah Joonmyeon. Kyungsoo pula anak keempat.
 
Xiumin segera memandang ke arah Eunhoon yang masih menghadap dinding itu. "Diaorang ni merupakan antara anak-2 Seunghwan-sanjangnim..."
 
Dengan beraninya, Eunhoon terus berpaling menghadap mereka. "Oh~ jadi kaorang ni, anak pungut la kan??"
 
Jongin terus bangun setelah mendengar perlian gadis kecil itu. Eh, sedap rasa je cakap orang. "Eh..jaga sikit mulut kau tu, monyet...!" 
 
"Apa monyet-2?? Aku manusia la..." kata Eunhoon lalu mendekatinya.
 
"Entah...kitaorang bukannya anak dia lagi..." kata Baekhyun.
 
"Yup...hidup kitaorang aman sejak dia meninggal..." kata Jongin lagi.
 
"Sampai hati kau cakap macam tu kan..." kata Eunhoon lagi. Dia kecewa mendengar kata-kata itu.
 
"Ada apa je dengan orang tua tu...menyusahkan orang ada la..." kata Jongin lalu mendekati Joonmyeon.
 
Joonmyeon terus menolak Jongin supaya jauhkan diri. "Kau ni, Jongin...jaga la sikit mulut tu..."
 
"Entah dia tu!" Kyungsoo bersuara. Tanda setuju dengan Joonmyeon.
 
"Eh, kau diam la pondan!" kata Jongin pada Kyungsoo lalu bangun.
 
"Kurang ajar kau!" balas Kyungsoo dengan geram.
 
"Aish! Sambung je la!" kata Joonmyeon dengan tegas.
 
"Sebenarnya, Eunhoon-shi akan tinggal di sini dan jadi omma korang bermula dari hari ni.." jelas Xiumin yang dari tadi duduk diam.
 
"Mwo?!" Semua terkejut dengan kenyataan Xiumin.
 
"Siapa suruh ni??" kata Jongin pula.
 
"Kalau ada perempuan tinggal kat sini...maknanya,Kyungsoo jadi..." kata Sehun.
 
Kyungsoo sudah pusing ke belakang lalu buat-buat muntah. Eunhoon tidak tahan di situ lalu keluar. Kemudian dikuti Xiumin.
 
"Apasal ha dengan adik beradik tu?" rungut Eunhoon.
 
"Sebab tu awak kena jaga diaorang" kata Xiumin lagi.
 
"Andwae! Mustahil saya nak jaga macam haiwan dalam zoo!" kata Eunhoon.
 
Tiba-tiba smartphonenya berbunyi. Eunhoon terus angkat dan berlari ke luar rumah. "Mwo?? Kau dah jumpa appa aku??" 
 
"Iya! Dia buat kerja pelik dekat sebuah pub kat sebelah cafe aku..." kata Kris di dalam talian.
 
"Araso-2! Aku pergi sana..." Eunhoon terus berlari menuju ke pub yang dikatakan oleh Kris.
................................
 
Xiumin masuk semula ke bilik sauna setelah Eunhoon menghilangkan diri. Dia menghadap adik beradik Yoon.
 
"Sekarang apa?" tanya Jongin setelah terserempak Xiumin masuk semula ke dalam bilik sauna.
 
"Chanyeol tu anak sulung kan?" tanya Xiumin.
 
"Kure..buat apa nak cari dia...dia mesti tak berminat pasal ni.." kata Joonmyeon.
 
"Tulah...dia jarang ada kat rumah ni..." kata Kyungsoo.
 
"Ha! Kata nak bagi wasiat dia...apa wasiatnya??" tanya Joonmyeon. Tiba-tiba Gain muncul lagi. Kali ini, dia 
 
"Arghh!!!!" jerit Kyungsoo. Baik-baik tadi duduk, dia terus menutup muka.
 
"Ni lah wasiatnya..." kata Gain sambil memberikan barang ciptaan Kim Seunghwan pada Jongin,Joonmyeon,Kyungsoo,Baekhyun dan Sehun.
 
"Letak je kat situ! Letak je situ!" kata Kyungsoo apabila Gain memberikan barang ciptaan. Gain meletakkan barang itu di sebelah Kyungsoo.
 
"Sampah ni wasiatnya??" rungut Joonmyeon sambil membelek barang itu."Tak ada duit ke??"
 
Gain mengeluarkan sekeping kertas lalu ditunjukkan kepada adik beradik itu. Jongin segera mengambil kertas itu
 
"Duit-duit saya telah didermakan pada rumah anak-anak yatim??" Jongin membaca isi kandungan kertas itu. "Mwoya?!"
 
"Sabar...mungkin antara korang dapat jugak nanti..." kata Xiumin.
 
"Alah...baik tak payah..." kata Joonmyeon. Yang lain mula bising.
 
"Eh! Korang ni tak reti nak bersyukur ke ha?! Dia bagi lagi korang tinggal kat sini lagi! Korang kena ingat, korang tu siapa sebenarnya!" Tiba-tiba saja Xiumin naik angin. Joonmyeon pula terus bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Xiumin.
 
"Habis tu..kau ingat...kau tu siapa??" kata Joonmyeon. Xiumin lansung tidak memandang Joonmyeon.
 
"Yah-2...aku ada kat sini je..." kata Joonmyeon. Xiumin hanya mengelap cermin matanya yang terkena wap di bilik sauna itu.
.....................................
 
Eunhoon pergi ke sebuah pub yang dikatakan Kris tadi. Namun, keputusannya amat menghampakannya.
 
"Hei, kan aku cakap dia tak ada kat sini la!" kata salah seorang pondan lalu menolak Eunhoon dari pub. Dia masuk ke dalam semula.
 
"Ish! Tak guna! Dia ni mesti lari...Damn punya,orang tua!" keluh Eunhoon lalu menendang tiang pub.
................................................
 
"Ah! sakit nya!" kata Joonmyeon selepas menendang tempat duduk di bilik sauna tadi. Dia memegang kakinya lalu duduk semula. Xiumin pula sudah lama keluar dari rumah keluarga Yoon.
 
"Padan muka kau! Nampak sangat kau nak duit.." perli Jongin.
 
"Ah~Kau diam la~" kata Joonmyeon.
 
"Habis tu, macam mana dengan perempuan tu?" tanya Kyungsoo.
 
"Ntah-2 dia nak halau kita tak??" teka Sehun.
 
"Ish! Tak nak la aku..." kata Baekhyun.
 
"Mana tau dia dah dapat wasiat itu..." kata Kyungsoo lagi. Joonmyeon pula termenung.
 
"Gwaenchana...kita kena bersatu...untuk halau dia..." kata Jongin.
 
"Ah~ apa kau merepek ni...aku tak nak masuk campur.." kata Joonmyeon lalu bangun untuk keluar.
 
"Yelah...nampak sangat nak duit sebab.." Belum sempat Jongin menghabiskan katanya, Joonmyeon dah bersuara.
 
"Tak payah nak kecoh la.." Joonmyeon terus keluar dari situ.
................................
 
Eunhoon dan Joonmyeon bertembung di depan pintu luar. Mereka hanya memandang lalu berjalan untuk ke destinasi masing-masing. Eunhoon pergi ke arah loceng rumah. Joonmyeon pula menuju ke perkarangan rumah.
 
"Annyeong..." ucap Eunhoon.
 
Seperti biasa, loceng itu juga berbunyi. "Hasaeyo~!"
 
"Annyeonghasaeyo"
 
"Siapakah anak sulung Yoon Seunghwan??"
 
"Huh??" Pertama kali Eunhoon kena soal begitu. Nasib menyebelahi Eunhoon.  Joonmyeon masih tak berganjak untuk keluar.
 
"Yoon Chanyeol..." kata Joonmyeon. Eunhoon menoleh ke belakang kerana terkejut mendengar suara Joonmyeon.
 
"Err...Yoon Chanyeol" kata Eunhoon pada loceng itu. Akhirnya, pintu terbuka. Eunhoon terus masuk ke dalam. Joonmyeon hanya memerhatikan Eunhoon.
 
Tiba-tiba Gain muncul lagi. "Kamu jangan benci dia..sebab dia akan jadi omma kamu..."
 
Joonmyeon terus menoleh ke belakang. Gain pula mula berjalan ke pintu masuk.
 
"Eh...gitu pulak...suka hati aku la..." kata Joonmyeon. Langkah Gain terhenti ketika dia hendak masuk ke dalam. Joonmyeon mendekati Gain.
 
"Saya dah tukar kelab baru ahjumm...meh la datang...cerita la apa masalah ahjumma kat saya..." kata Joonmyeon lalu meninggalkan Gain di situ.
...................................
Bilik perjumpaan...
 
"A Mother's Goals??" kata Eunhoon ketika membaca kontrak baru yang dikeluarkan oleh Gain di bilik perjumpaan.
 
"Untuk 3 bulan ni, kamu akan tinggal di sini sebagai omma mereka...kamu perlu siapkan sepuluh tugasan ini pada masa yang ditetapkan..." jelas Gain.
 
"Mwo??" kata Eunhoon dengan terkejut.
 
"Jika kamu tak dapat semua adik-beradik Kim untuk mengaku kamu sebagai Omma mereka,kontrak ini akan batal serta merta" kata Gain lagi.
 
"Andwaeyo..." kata Eunhoon dengan tidak puas hati.
 
"Buku panduan ni,mengandungi profil setiap adik beradik Yoon dan peta rumah ni sekali...jadi sila gunakan ia dengan baik..." kata Gain lalu meletakkan buku panduan itu di atas meja. Eunhoon hanya melihat buku itu.
 
"Okay la..saya pun ada hal lain..so,annyeong~" kata Gain lagi lalu menuju ke pintu.
 
"Ni memang..." 
 
"Pelik kan??" kata Gain lalu keluar. Eunhoon hanya mampu mengeluh.
...............................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hii~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa