Episode 3 : Mengatasi Ketakutan (Chapter 3)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 3: Mengatasi Ketakutan  
      Chapter 3  

 

 

 

 

………………………………

"Lupakan la benda tu...tak ada cerita yang lagi best ke??" kata Joonmyeon pada Gain.

"Hmm...sebenarnya...ada harta yang tersorok dalam Heart Trick Castle...dengar, benda tu ada ada dekat Bilik ke-12…" kata Gain. Joonmyeon mengangguk.

"Ke 12 eh...eh?? Kenapa ahjumma cakap pasal tu kat saya??" tanya Joonmyeon. Gain terus menoleh, melihat Joonmyeon.

"Waeyo??"

"Pelik la...ahjumma bagitahu kat saya..masa-2 macam ni...tak pelik ke??"

Gain mula panik. "Kamu...masih tak faham lagi ke??" kata Gain lalu menyilang kakinya. Dia terkejut melihat pehanya terdedah. Dia terus menarik skirtnya untuk menutup pehanya itu.

"Kenapa tiba-tiba rasa lain eh??" kata Joonmyeon.

………………………

Eunhoon kembali ke Net Cafe. Dia terus duduk di kerusi urut automatik. Kris dan Tao pula menemaninya.

"Aku tak boleh tidur lansung...jam tu menakutkan la…bising pulak tu…" rungut Eunhoon sambil memejamkan matanya. Tangannya pula menggerakkan kerusi itu supaya ke bawah.

"Jadi...awak tak nak ke duduk kat rumah saya??" tanya Tao.

"Eh-2, mana boleh…dia tak nak la…" Kris cepat-cepat menyampuk.

"Kalau kau tak ada tempat tinggal...kau duduk kat rumah aku je la…" sambung Kris lagi.

Tiba-tiba Luhan berdiri sambil menjerit."Kawan-2! Berbaris sekarang!"

Semua pekerja Kris berkumpul. Eunhoon bangun daripada menyandar.

"Hish! Menyibuk je!" rungut Hyoyeon.

"Kitaorang dah siap kumpulkan maklumat tentang Yoon Baekhyun!" kata Luhan lagi.

"Oh...kasahmnida…" ucap Eunhoon dengan perlahan.

"Awak tau tak...sebelum dia masuk ke Keluarga Yoon...dia pernah muncul kat tv dalam rancangan Genius Magician (A/N: anggap je la program ni wujud xD) dia pakai nama...Byun Baekhyun??" kata Lay pula.

"Saya tahu lah yang dia tu magician…" kata Eunhoon lagi.

Eunhoon duduk di depan komputer. Kris,Tao dan pekerjanya mendekati Eunhoon.

"Ni lah videonya…" kata Lay lagi. Eunhoon terus menekan tetikus di sebelah kiri apabila anak panah dalam komputer berada di satu video. Video itu menayangkan persembahan magic Baekhyun.

"Daebak~!!" kata Eunhoon, kagum.

"Tapi lepas beberapa tahun video ni dirakam...dia dah tak muncul kat tv lagi..." kata Chen pula. Yang lain mengangguk.

"Eh??" Eunhoon terus menoleh melihat Chen. Chen terus memberikan satu majalah pada Eunhoon. Eunhoon mengambilnya lalu membaca satu artikel.

"Ibu bapa Genius Magician, Byun Baekhyun, telah ditangkap kerana tidak membayar cukai kerana kehidupan mereka penuh dengan perjudian!"

"Ibu bapa dia yang tanggung semua bayaran persembahan dia…kena tangkap sebab tak bayar cukai…" kata Chen lagi. Eunhoon terkejut.

"Dia diharamkan untuk muncul kat tv...dia pun kena bash dengan netizens…" jelas Chen.

"Semua tu bukan salah dia...tapi dia yang merana sebab kecaman tu...jadi, magician ialah satu perkara yang dia nak lupakan…" kata Kris pula.

"Teruknya aku...kenapa lah aku cakap semua tu kat dia…" kata Eunhoon. Tiba-tiba Tao berdiri di sebelah Eunhoon lalu memegang bahunya.

"Gwaenchana...okay, jom duduk kat rumah saya…" kata Tao.

"Eh, kenapa mesti dia?!" kata Kris sambil menarik Tao ke tepi.

"Kalau ada apa-apa yang terjadi dekat dia...dia pergi tempat aku lah…" kata Kris lagi kepada Tao.

"Oh...ni-2, dengar cerita, ada penjenayah tak kena tangkap lagi…" kata Tao.

"Mwo?!" tanya Kris.

"Tu~" Tao memuncungkan mulutnya ke arah monitor komputer.

"Pencuri yang mensasarkan rumah orang kaya yang tiada orang...dapatkan dia mencuri?"

"Sejak kebelakangan ni...banyak kes curi, merompak dekat kawasan sini…" kata Tao lagi.

Kris tersenyum. "Kalau kau takut...kenapa kau tak datang je kat...." kata Kris lalu melihat tempat Eunhoon duduk tadi. Dia terkejut. Rupa-rupanya, Eunhoon sudah pergi melarikan diri.

Kris bengang. "Eh, dah-2…pergi sambung kerja la!"

…………………….

“Wah! Choah-yo, Kyungsoo~! Teruskan, Kyungsoo~! Kure, macam tu!”

Sekarang, Kyungsoo berada di studio untuk shooting jenama baju. Pelbagai pujian dicurahkan kepada Kyungsoo daripada jurukamera.

Setelah shooting itu habis, Kyungsoo segera keluar dari studio itu ditemani oleh P.A dan perunding imej dia.

Sekumpulan peminat Kyungsoo menjerit-2. Biasa la, siapa tak happy nampak artis yang diaorang suka depan mata :3

Pada mulanya, Kyungsoo gembira mendengar jeritan peminatnya. Tiba-tiba--

“Eii~ dah la pendek…”

“Perasan comel…”

“Dah la kecik…perasan handsome…

Kata-kata itu bermain di dalam fikiran dia. Sebenarnya, peminat dia tak cakap pun. Tapi, itu la sebab dia fobia dengan perempuan. Dia fikir semua perempuan bercakap buruk pasal dia.

“Arghhh!! Korang tolong diam boleh tak?!!” jerit Kyungsoo lalu pergi dari situ.

P.A dengan perunding imej dia terus mengejarnya. “Kyungsoo-shi!!”

………………………..

*DING~! DING~! DING~! DING~!*

Eunhoon keluar dari biliknya dengan keadaan mengantuk. Disebabkan bilik itu berdekatan dengan jam loceng,  jam itu akan berbunyi pada pukul 12 tengah malam. Macam biasa, Eunhoon tak tahan mendengar bunyi itu lalu turun ke bilik perjumpaan sambil membawa bantal.

“Ngantuknya…” keluh Eunhoon sambil menekan butang untuk membuka pintu bilik perjumpaan.

Pintu itu terbuka lalu dia melangkah masuk. Tiba-tiba dia ternampak Kyungsoo duduk. Ketika itu, Kyungsoo sedang memegang kertas yang bernama ‘Hwang Mijin’. Di bawah kertas itu, ada satu patung diperbuat daripada kayu.

Eunhoon mendekati Kyungsoo. “Buat apa kau--”

Belum sempat Eunhoon tanya, Kyungsoo dah potong. Eunhoon terus berhenti mendekati Kyungsoo. “Kau tak payah nak menyibuk…”

Eunhoon terus mengundur ke belakang. “Oh…mian…”

Eunhoon duduk di kerusi paling hujung di meja sambil memerhati Kyungsoo.

“Sebagai seorang idol…fobia dengan perempuan…memang tak masuk akal…” kata Kyungsoo sambil mengetuk patung kayu itu dengan penukul.

“Eh?? Mana ada…” kata Eunhoon.

“Memang la kau cakap macam tu…tapi dalam hati…kau pun fikir…memang tak masuk akal…” Kyungsoo menyambung mengetuk patung kayu tadi.

“Semua orang berpura-pura simpati kat aku…tapi…diaorang takkan boleh tolong…sebab…diaorang tak faham perasaan aku…” Kyungsoo meletakkan kembali penukul di tepi patung tadi. Dia menekan patung itu dengan geram.

Wae?? Kenapa aku kena rasa semua ni?? Wae?? Wae?? Wae, wae, wae?!!” Suara Kyungsoo mula bergetar, menandakan dia nak nangis.

Eunhoon hanya dapat melihat Kyungsoo dengan sedih. “Kyungsoo-yah…”

Kyungsoo terus bangun dari tempat duduknya. “Kenapa mesit aku??”

Kyungsoo terus meninggalkan Eunhoon. Eunhoon hanya melihat Kyungsoo keluar dari bilik. Dia mengeluh perlahan.

……………………….

“Peliknya…” kata Xiumin ketika dia ternampak Kyungsoo berdiri di hadapannya. "Apasal kau datang sini??"

Kyungsoo menunduk hormat kepada Xiumin.

…………………..

Eunhoon dan Gain berada di bilik sauna. Eunhoon termenung sambil melihat papan yang digantung.

‘Yeoja tak boleh. Cuma Jongin, Joonmyeon, Kyungsoo, Baekhyun dengan Sehun je boleh.’

“Kenapa…namja-2 itu terpilih sebagai calon perwaris Yoon Seunghwan??” tanya Eunhoon kepada Gain.

“Sebab diaorang…hensem…” jawab Gain.

Mwoya??”

“Tak ada la...menurut Seunghwan-sanjangnim…calon perwaris untuk menjadi presiden syarikat yang berkarisma…mestilah hensem…” jelas Gain dengan serius. Eunhoon memandang tempat lain sambil berkerut kening.

“Saya gurau je…” kata Gain. Eunhoon memandang Gain kembali.

“Tolong la jangan bergurau time-2 macam ni, ahjumma…” rungut Eunhoon.

“Sebenarnya…dia pilih melalui mata diaorang…”

“Mata??”

…………………..

“Orang yang pernah melalui kesusahan…dia senang bangkit ketika kesusahan…kekuatan itu dapat dilihat melalui mata mereka…itu yang Seunghwan-sanjangnim cakap…” kata Xiumin sambil berjalan di pejabat syarikat. Kyungsoo hanya mengikut Xiumin dari belakang.

“Jadi…apa yang kau cakap ni…kitaorang semua ni ada ‘kekuatan’??” tanya Kyungsoo.

“Itulah yang Seunghwan-sanjangnim percaya…korang semua…ada sesuatu yang lain daripada lain…”

…………………….

“Walaupun seseorang itu berbeza…sesiapa yang tinggal kat sini ialah seseorang yang membesar dalam kesusahan…mungkin Seunghwan-sanjangnim rasa macam tu juga pada kamu…” kata Gain pada Eunhoon. Eunhoon hanya mendengar saja.

“Seunghwan-sanjangnim tu…ada kebolehan untuk melihat kelebihan seseorang tau…” kata Gain lagi.

…………………..

“Tak mungkin la…” kata Kyungsoo lalu menghadap Xiumin. “Aku selalu nampak Jongin dengan Joonmyeon bergaduh sebab pasal harta tu…walaupun kitaorang semua dijadikan anak angkat…”

“Seingat aku…parents kau meninggal dunia masa kau kecil…pastu, halmeoni kau yang jaga kau, kan??” tanya Xiumin kepada Kyungsoo lalu menyambung perjalanannya.

“Aku pernah dengar sebelum halmeoni aku meninggal…halmeoni aku pernah minta kat Seunghwan…Seunghwan tu anak murid dia masa sekolah tinggi dulu…untuk jaga aku…aku pasti…Seunghwan tak setuju…nak jadikan aku anak angkat dia…” kata Kyungsoo sambil mengikuti Xiumin dari belakang.

“Aku rasa…kau salah faham sesuatu ni…Seunghwan-sanjangnim bukannya nak buat rumah kebajikan…dia takkan ambil kau jadi anak angkat dia kalau dia tak nampak sesuatu dalam diri kau…” kata Xiumin lalu berhenti dari berjalan

Mwo??”

“Dia pernah cakap pasal kau kat aku…’kalau Kyungsoo ni…dia cuma perlu…keyakinan yang tinggi dalam diri dia…’” Xiumin terus memandang Kyungsoo sambil tersenyum. Kyungsoo hanya mendiamkan diri sambil memikirkan apa yang dikatakan Xiumin tadi.

………………….…………

Eunhoon terdiam apabila dia mendengar cerita daripada Gain.

“Nampaknya…kamu dah tertarik dengan budak-2 tu…” kata Gain.

Aniya~” kata Eunhoon.

“Tapi…saya tengah memerhati Chanyeol dengan Joonmyeon ni…” kata Gain dengan serius.

Jebal…jangan la bergurau lagi…”

“Saya tak bergurau…”

“Oh…okey…”

……………………….

Eunhoon kembali ke bilik jam yang menakutkan. Dia membuka satu kotak yang berisi barang ciptaan Seunghwan.

Mwoya?? Banyak barang sampah je…” kata Eunhoon. Tiba-tiba dia terjumpa satu barang ciptaan yang bentuknya seperti remote control tapi ada dua butang je.

…………………

~~Flashback~~

“Inilah ‘High Power Voice Device’…kalau kamu rakam suara kamu dengan benda ni…kamu boleh dengar pelbagai suara…daripada penyanyi opera sampai la suara paling buruk korang pernah dengar…” kata Seunghwan.

“Maldo andwae…” kata Eunhoon dengan teruja. Kamera diletakkan di atas meja lalu mengambil barang ciptaan yang dipegang Seunghwan.

“Hmm…micheosseo…” Eunhoon mencuba barang ciptaan itu. “Nak tukar suara lanun la...”

Barang itu mengulang balik suara Eunhoon.“Micheosseo…”

“Yah, ni suara Seunghwan-shi…ni cuma alat tukar suara je la…”

“Kamu tahu??”

“Kure…dah ada orang canggihkan alat macam ni…” Eunhoon pulangkan barang ciptaan itu kepada Seunghwan.

“Jeongmal?? Saya berharap sangat suara saya sampai pada anak-2 saya…” kata Seunghwan dengan sedih.

………………………

Eunhoon melihat barang ciptaan itu lalu mengeluh.

………………………

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa