Episode 8 : Family to Lover?? (Chapter 3)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 8 : Family to Lover?  
      Chapter 3  

 

 

 

 

…………………..

“Okay fine…biar aku cari sendiri…” kata Joonmyeon lalu keluar dari bilik perjumpaan. Adik-beradik Yoon yang lain buat muka.

“Biar la dia keluar…jom kita lantik ketua keluarga!” kata Jongin. Semua adik beradik Yoon mengangkat tangan sukarela untuk menjadi ketua.

Eunhoon memikirkan nasib duit itu ke mana kalau ada di antara adik beradik Yoon dapat jadi ketua keluarga. Dia terus mengangkat tangan. “Saya!”

“Eh, pendek…kau nak jadi ke?? Ke kau dah tertarik dengan duit-2 semua tu??” kata Jongin.

“Tak…aku kena selamatkan duit ni…kalau korang nak jadi ketua, semata-mata nak dapatkan duit ni, untuk kepentingan sendiri…baik tak payah!” kata Eunhoon.

Tiba-tiba Joonmyeon menerjah masuk ke bilik perjumpaan semula. “Yah, korang!”

“Kau kenapa datang sini balik??” tanya Chanyeol.

“Pintu…pintu tak boleh buka woi!” kata Joonmyeon sambil termengah-mengah.

“Apa?!” jerit ahli keluarga Yoon serentak.

……………………

Ahli keluarga Yoon dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka ditugaskan untuk membuka setiap pintu yang ada di rumah itu. Kemudian, mereka berkumpul semula di bilik perjumpaan.

“Tak boleh buka?? Serius? Kunci dah terbuka kot…” kata Jongin setelah cuba buka pintu utama dengan Joonmyeon.

Kyungsoo dan Sehun dari dapur juga muncul. “Pintu belakang tu pun tak boleh buka!”

“Yelah…laluan rahsia pun tak boleh buka…” kata Eunhoon ketika melangkah masuk ke bilik perjumpaan dengan Baekhyun.

“Aku rasa, kita dah terperangkap dalam rumah ni…” kata Chanyeol yang sudah berada di dalam bilik perjumpaan. Dia telah cuba buka pintu di beranda.

“Ish! Jangan la main-2 dengan aku!” Tiba-tiba je Joonmyeon melenting. Masa semakin suntuk.

Eunhoon dan Chanyeol perasan dengan perubahan Joonmyeon. Eunhoon teringat sesuatu.

“Tak apa la…macam ni, aku call Gain-shi, okey??” tanya Eunhoon.

Semua adik beradik Yoon mengangguk. Eunhoon segera membuat panggilan kepada Gain. Setelah beberapa minit kemudian, Eunhoon menyimpan semula smartphone nya.

“Dia kata apa??” tanya Kyungsoo.

“Dia kata sistem keselamatan kat rumah ni rosak…tu dia automatik terkunci tu…nanti, Gain-shi cari apa masalah dia…dia pesan kat kita, duduk je kat dalam rumah…” kata Eunhoon.

“Kalau macam tu, kita sambung la lantik ketua…” cadang Jongin.  Semua bersorak gembira kecuali Joonmyeon. Eunhoon mengeluh.

“Yah-2, kan aku kata jangan kacau duit tu…tu nak buat bayar hutang korang la…” Eunhoon terus menolak tepi Kyungsoo lalu mengambil beg bimbit yang ada di tangan Jongin. Dia meletakkan semula beg itu di atas meja semula.

Tiba-tiba bekalan elektrik di rumah itu terputus, menimbulkan rasa panik kepada ahli keluarga Yoon.

“Woah blackout!” kata Jongin.

“Tapi, mana ada report pasal blackout kat kawasan ni…” kata Sehun sambil melihat hensetnya. Dia mencari maklumat tentang hal itu menggunakan internet.

So, ni mesti hantu punya kerja…” sambung Jongin lagi.

“Kau jangan merepek la…” kata Kyungsoo yang takut.

Baekhyun menjeling ke arah Kyungsoo. “Yang kau takut apasal??”

“Kau tu…yang kau pegang baju aku tu kenapa??” tanya Kyungsoo sambil melihat bajunya ditarik oleh Baekhyun. Baekhyun melepaskan genggamannya daripada baju Kyungsoo. Uhuuu takut jugak rupanya…

“Rasanya, sebab breaker ni…” kata Chanyeol pula.

“Tapi, kitaorang tak usik breaker tu…” kata Kyungsoo lagi.

“Kerja hantu la tu…” sakat Jongin lagi. Kyungsoo dan Baekhyun semakin takut. 

“Ish, kau jangan mengarut boleh tak??” kata Baekhyun.

Eunhoon pula segera tenangkan keadaan. “Okey dah-2…kita pergi betulkan breaker tu…korang tahu tak breaker tu kat mana??”

Adik beradik Yoon memandang antara satu sama lain, mengharap sesiapa tahu.

Eunhoon pelik melihat adik beradik itu. “Sorang pun tak tahu?!”

…………………………

“Plan Z berjaya dilaksanakan...” kata Robot Haengbok-kae 2.0 lagi kepada Xiumin.

Xiumin segera matikan robot itu dengan alat kawalan jauh. Kebetulan, dia sibuk menghubungi seseorang.

“Naib presiden…ya, kita ada mesyuarat hari ni…ya, jap lagi saya datang…tolong kumpul--“

Kata-kata Xiumin terhenti apabila Gain berdehem. Rupa-rupanya dia sudah lama berada di depan meja Xiumin. Xiumin pula kelam-kabut menyimpan hensetnya.

“Kenapa ahjumma datang sini??” tanya Xiumin lalu bangun dari tempat duduknya.

“Mesyuarat ya??” tanya Gain pula.

“Yelah…mesyuarat penting ni…saya pergi dulu…” Xiumin segera melangkah keluar.

“Tanpa Eunhoon, pemangku presiden??” tanya Gain lagi.

Xiumin menghentikan langkahnya lalu pandang belakang. Dia panik. “Ahjumma ni sebenarnya berpihak pada siapa??”

Gain mendekati pemuda itu. “Tak ada siapa…kamu macam lain je…kamu tengah panik, kan??”

“Saya panik?? Mana ada…dah la, saya pergi dulu…” Xiumin segera dari pejabat. Gain pula dapat mengesan apa yang dirancang oleh Xiumin.

………………………..

“Yah, Sehun! Kau kat mana?? Sehun!” Jongin segera mencari Sehun yang tiba-tiba hilang.

Sebenarnya, semua ahli keluarga Yoon ditugaskan untuk mencari breaker. Mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan. Jongin pula terpaksa dipasangkan dengan Sehun. Sekarang, dia buntu mencari pemuda itu.

Tiba-tiba Jongin terjumpa seseorang yang terbaring di tengah laluan ke dapur. Dia mendekati orang itu lalu menyuluhkan lampu suluh ke arah muka orang itu.

“Laa…Sehun rupanya…” Jongin segera melihat jam di tangannya. “Laa! Patut la…dah pukul 10!”

…………………………

Pada masa yang sama, Kyungsoo dan Baekhyun ditugaskan mencari breaker di bilik sauna. Kyungsoo mencarinya di belakang tempat duduk.

“Saya rasa di sini la petunjuknya…” bebel Kyungsoo sorang-sorang. Bukannya apa, sebenarnya dia berlatih berlakon untuk drama terbarunya.

“Apa-2 je la…baik cari cepat…” kata Baekhyun. Dia menyuluh setiap sudut bilik itu.

Kyungsoo segera mendekati Baekhyun lalu menunjukkan buku skrip drama terbarunya. “Yah yah, kau tengok ni…aku dapat berlakon drama detektif tau…”

“Kesah pulak aku…tahu la kau banyak berlakon drama…” kata Baekhyun lagi.

“Yelah…kalau tak, mana dia nak pandang manly side aku…” kata Kyungsoo.

Baekhyun mencangkung lalu menyuluh tempat yang lebih rendah. “Dia?? Siapa?? Eunhoon?? Kau suka lagi kat dia??”

Kyungsoo juga mencangkung di sebelah Baekhyun. “Eleh…kau pun sama…kau pun suka dia…kau jugak kata kalau kau dapat 10 juta tu, kau nak melancong satu dunia untuk dua orang…jadi, lagi seorang tu, Eunhoon la kan??”

Baekhyun terus tolak Kyungsoo ke tepi lalu bangun. “Mana ada…tu untuk bakal isteri aku la…”

Kyungsoo segera merangkul leher Baekhyun. “Yelah tu…aku teringin nak tahu…apa yang dia fikir pasal kita…”

“Dah-2 jangan cerita pasal dia…baik kita cari breaker cepat…” kata Baekhyun lalu menyuluh lagi.

“Agak-2nya…dia suka kat siapa eh??” bebel Kyungsoo sorang-sorang lagi.

……………………..

“Ish Baekhyun ni…dia yang membazir elektrik ada la…” keluh Joonmyeon sambil tanggalkan plak dari suis.

Sekarang, dia dengan Eunhoon berada di dalam bilik Baekhyun untuk mencari breaker. Eunhoon juga tanggalkan plug dari suis. Dia terus bangun.

“Joonmyeon, yang pasal awak kata tadi…sebenarnya, awak nak bagi 8 juta tu, bukan untuk pelanggan awak kan?? Awak nak bagi kat orang lain kan??” tanya Eunhoon tiba-tiba.

Joonmyeon segera menoleh ke arah Eunhoon. “Eyy~ awak suka saya eh?? Mesti awak fikir, mustahil saya boleh date dengan pelanggan saya kan kan??”

“Jangan ngarut la…saya cuma tanya je…” kata Eunhoon. Sakit pula hati.

“Haa saya gurau…memang duit tu saya nak bagi kat orang lain…bukan kat pelanggan saya…” kata Joonmyeon. “Cuba awak tengok atas…bulan penuh…”

Eunhoon terus mendongak. Cahaya bulan penuh menerangi bilik Baekhyun memandangkan bilik Baekhyun mempunyai bumbung lutsinar.

“Kalau awak nak tahu…masa bulan penuh la, ada seseorang jumpa saya…saya ni bayi yang terbuang…orang tu sebenarnya, Pakcik Manhwa…dia la pemilik rumah Manhwa…tempat saya dibesarkan…” kata Joonmyeon lagi.

Eunhoon menggangguk. Joonmyeon sambung lagi ceritanya.

“Nak jaga rumah tu sorang-2 memang susah…masa saya umur 12 tahun, appa datang…dia la yang support Pakcik Manhwa selama ni…sebagai balasan, Pakcik Manhwa serahkan saya kat appa…macam tu la ceritanya…haish, kenapa la saya cerita pasal ni?? Hahaha…”

Eunhoon senyum sedikit. “Tak ada salahnya…kadang-2 kita kena kongsi masalah tu dengan orang lain…”

“Hmm yelah…eh jom cari kat bilik la--“ Tiba-tiba Joonmyeon tersadung sesuatu sebelum jatuh di atas Eunhoon.

Eunhoon membulatkan matanya. Joonmyeon panik lalu beralih daripada Eunhoon. Dia terus tunduk minta maaf banyak kali.

Mian! Mian! Saya tak sengaja! Saya tak berniat pun!”

Eunhoon terus bangun. Dia bersihkan bajunya daripada kotoran. Sejujurnya, dia berdebar tadi. “Tak apa…”

“Saya minta maaf…bila saya dengan awak je, mesti benda ni terjadi…saya tak berniat pun…mungkin ni accident je kot…benda ni tak disengajakan berlaku…” kata Joonmyeon lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Accident??” kata Eunhoon seorang.

“Eh dah la…jom pergi bilik sebelah…” kata Joonmyeon lalu keluar dari bilik Baekhyun.

Nae…” Eunhoon segera mencapai lampu suluh lalu keluar.

Tanpa mereka sedari, ada seseorang terdengar perbualan mereka. Kebetulan, Jongin baru saja lalu di hadapan bilik Baekhyun sambil menggendong Sehun ke bilik perjumpaan.

………………………

“Apa semua ni, ahjumma??” tanya Chanyeol melalui hensetnya kepada Gain. Dia berehat di tingkat atas rumah itu.

“Saya pun tak tahu, Chanyeol…” balas Gain.

“Tak payah la nak tipu bagai…rumah kena kunci, tiba-2 blackout…korang plan apa ni??” kata Chanyeol lagi.

“Ya, kami tengah siasat ni…kamu jangan la risau…” kata Gain pula.

“Huh…hari ni ada mesyuarat ahli lembaga pengarah Miracle kan??” tanya Chanyeol. Dia segera keluarkan surat yang dihantar oleh Seunghwan dari poketnya.

“Ya…baru je mula tadi…” balas Gain lagi.

“Saya nak sangat tunjuk surat ni kat semua ahli lembaga pengarah…tapi, saya rasa, ahjumma takkan biarkan saya tunjuk, kan??” kata Chanyeol.

Gain mengeluh. “Saya takkan buat macam tu--“

Belum sempat Gain menghabiskan kata-katanya, Chanyeol putuskan panggilan itu. Baru tadi dia terdengar bunyi pelik.

Chanyeol segera bangun dari tempat duduknya lalu mencapai lampu suluh. Dia menyuluh ke arah tempat bunyi pelik itu. Dia mendekati bar yang menyimpan pelbagai jenis arak. Dia terdengar seseorang menghirup sesuatu.

Tiba-tiba Kris terpandang lampu suluh tadi. Dia sedang menikmati ramyun dalam cawan.

“Kau…buat apa kat situ??” tanya Chanyeol.

“Ramyun…oh aku takkan bagi kau…” kata Kris dengan selamba.

Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan jeritan nyaring Kyungsoo. “Aku dah jumpa breaker!!!”

………………………..

Semua ahli keluarga Yoon berkumpul di tangga yang berdekat bilik perjumpaan. Nampaknya Kyungsoo yang berjaya jumpa breaker.

“Ohh kat situ rupanya…” kata Eunhoon.

Kyungsoo segera buka kotak yang tersimpannya breaker tadi lalu menekan suis yang dimatikan. Akhirnya, elektrik di rumah keluarga Yoon kembali. Semua ahli keluarga Yoon bersorak gembira.

Mereka kembali ke bilik perjumpaan. Tiba-tiba Kyungsoo mendapati beg bimbit yang mengandungi duit 10 juta hilang.

“Dah hilang?!” jerit Kyungsoo lagi. Dia menyentuh tempat beg bimbit diletakkan tadi.

“Eh?! Yelah! Dah hilang!” kata Baekhyun pula. Yang lain pula tergamam.

“Ni mesti ada orang ambil masa blackout tadi…” keluh Kyungsoo. Baekhyun pula menoleh ke arah Kyungsoo.

“Ni mesti kau yang ambil…yelah, sebab kau kata kau nak guna buat pergi spa…kau kan nak buat rawatan kulit sebelum kau shooting drama baru kau…” kata Baekhyun sambil menunding jari kepada Kyungsoo.

“Bila masa aku cakap gitu pulak...kau yang ambil duit tu sebab kau nak melancong satu dunia dengan Eun--“ Baekhyun terus menutup mulut Kyungsoo apabila pemuda itu ingin memberitahu rahsia Baekhyun.

“Korang diam dulu…” kata Jongin. Dia pula menunding jari kepada Joonmyeon. “Makhluk ni haa yang ambil duit tu…”

“Aku tak ambil la…” kata Joonmyeon, bela dirinya sendiri.

“Yelah tu…macam la aku tak tahu yang kau nak duit tu sebenarnya bukan nak tolong pelanggan kau…tapi, kau nak tolong rumah anak yatim daripada terus ditutup kan??” kata Jongin.

Joonmyeon tersentak tapi dia kembali tenang. Buat apa lagi dia sembunyikan tentang tu lagi. “Kure…untuk rumah anak yatim...tempat aku membesar nak ditutup…”

“Eh?? Jadi kau tipu la ni??” kata Baekhyun.

“Aku ingat kau nak tolong pelanggan kau tu…” kata Kyungsoo pula.

Kure…dia tipu…dia yang ambil duit tu…” kata Jongin lagi.

“Memang aku perlukan duit…tapi, aku tak ambil beg tu…” kata Joonmyeon lagi.

“Betul tu…dia tak ambil pun beg tu…dia dengan aku sebelum ni…” kata Eunhoon pula.

“Memang Joonmyeon tak ambil duit tu…tapi, makhluk ni yang ambil duit tu…”

Tiba-tiba Chanyeol muncul sambil menunjukkan beg bimbit di tangannya. Dia menarik Kris masuk ke dalam bilik perjumpaan.

“Dia ambil duit tu sebab kau, Joonmyeon hyung…” kata Chanyeol kepada Joonmyeon.

“Sebab aku??” kata Joonmyeon.

Kure…dia pernah stalk rumah anak yatim tu…” jelas Chanyeol lagi.

“Betul tu…sebenarnya, rumah anak yatim tu dah tutup…pemilik rumah tu gunakan kau untuk bayar hutang-2 dia…” kata Kris.

“Merepek la…takkan la dia nak buat gitu…aku nampak la budak-2 main kat halaman rumah tu…” kata Joonmyeon seolah tidak percaya.

“Tapi, budak-2 tu dari kawasan kejiranan kat situ…” kata Kris lagi.

Joonmyeon geram lalu mendekati Kris. “Kau tipu!”

“Aku nampak sendiri la! Dia yang upah budak-2 tu! Rumah tu dah tutup dah pun!” kata Kris dengan kuat.

“Betul tu, Joonmyeon hyung…rumah tu dah tutup lama dah…orang tu gunakan kau je…” kata Chanyeol.

“Tak mungkin la!” kata Joonmyeon dengan tidak puas hati.

“Orang tu perbodohkan kau…dia nak duit kau sebenarnya…dia buat la cerita yang rumah tu nak ditutup…” kata Jongin pula.

“Takkan la! Pakcik Manhwa takkan buat aku gitu!” Joonmyeon tetap dengan pendirian.

“Yelah…memang la kau percayakan orang tu…tapi, kau kena la terima kenyataan…” kata Kyungsoo pula.

“Tak mungkin! Korang semua tipu! Pakcik Manhwa bukan macam tu la!” kata Joonmyeon lalu melutut. “Tolong la…aku minta sangat korang bagi pinjam 8 juta tu…”

Semua ahli keluarga Yoon melihat Joonmyeon yang melutut itu. Eunhoon yang mendiamkan diri dari tadi, mengambil beg bimbit itu lalu menyerahkan beg bimbit tadi kepada Joonmyeon.

“Nah, awak bawa berbincang dulu….baru bagi duitnya, okey??” kata Eunhoon dengan lembut.

Joonmyeon memandang Eunhoon dengan matanya yang berair lalu mengambil beg itu. “Gomawo, Eunhoon…”

Eunhoon tersenyum lalu bangun. Tiba-tiba rumah keluarga Yoon bergegar lagi. Sama apabila semua pintu rumah itu dikunci tadi.

“Eh kenapa pulak ni??” Kyungsoo segera berlari ke pintu rumah.

Jongin pula mendekati Eunhoon. “Kau buat apa ni, Eunhoon??”

Eunhoon lansung tidak menjawab soalan Jongin.

“Pintu rumah dah boleh buka!!” jerit Kyungsoo tiba-tiba apabila pintu rumah mereka berjaya dibuka.

Akhirnya, Joonmyeon dapat bantu pakciknya itu.

………………………..

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa