Oh Tidakk!!

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Di Kediaman WooGyu

 

 

Woohyun sedang membetulkan tali lehernya di hadapan cermin. "Segak juga aku ni! Hehe!" dia tersengih-sengih sendirian. Kemudian, dia mencapai briefcasenya dan berjalan menuju ke pintu. Sebaik saja dia membuka pintu, dia terkejut melihat Sunggyu dah tercegat di situ dengan senyuman manis. "Ish, awak ni! Nasib baik saya takda lemah jantung, kalau tak, jadi janda la awak." gurau Woohyun sambil mengurut dadanya.

 

 

"Tapi awak still berdiri lagi, kan? So, jangan nak mengarut. Berani awak nak tinggalkan saya ngan baby? Saya tumbuk kang!" Sunggyu menunjukkan penumbuknya.

 

 

"Eh, jangan la!" Woohyun menurunkan tangan Sunggyu. "Tak padan ngan pregnant la awak ni. Jangan la kasar sangat. Terkejut baby tu nanti."

 

 

"Dia dah bangun la. Kalau tak, saya mesti dok tidur lagi. Dia makin buas la akhir-akhir ni. Penat saya." rungut Sunggyu sambil mengusap-usap perutnya.

 

 

"Iya? Patut la mata awak nampak lebam. Tak cukup tidur rupanya. Kenapa awak tak gerakkan saya? Boleh saya temankan awak." Woohyun membelai pipi isterinya sambil memandangnya dengan penuh simpati.

 

 

"Awakkan kerja pagi, so awak kena cukup tidur. Kalau tak, tentu awak mengantuk kat ofis nanti. Lepas tu awak tentu stress. Bila awak stress, tentu awak cepat melenting. Ha, nanti saya juga yang susah. Kan?"

 

 

"Alolo, prihatin juga ya awak ni?" Woohyun mencubit manja pipi Sunggyu.

 

 

"Aduh, sakit la!" Sunggyu mengaduh manja sambil mengusap pipinya.

 

 

"Tapi, kalau baby bangunkan awak lagi, awak kejut saya. Maybe saya boleh tenangkan dia."

 

 

"Yer la tu. Entah-entah dia lagi excited bila dengar suara papa dia. Macam sekarang ni."

 

 

"Iya? Mana?" Woohyun meletakkan tangannya di perut isterinya. Tak berapa lama bila dia merasa baby menendang. "Amboi, kuatnya dia! Nak jadi pemain bola sepak agaknya."

 

 

"Pemain bola sepak apanya. Dia perempuan la. Mengarut la awak ni."

 

 

"Ya tak ya juga. Oh ya, lupa plak saya! Yang awak tersenyum-senyum manis tadi, kenapa? Buka-buka pintu jer awak dah terpacak sambil tersenyum. Awak okey, ke?" Woohyun menyentuh dahi Sunggyu dengan belakang tangannya. "Tak panaspun."

 

 

Sunggyu menurunkan tangan Woohyun. "Saya sihat la. Tak demampun. Cuma..."

 

 

"Cuma apa?"

 

 

"Jom!" Sunggyu mengambil briefcase dari tangan Woohyun, lalu diletakkannya ke tepi dan dia menarik Woohyun.

 

 

"Jom pi mana? Saya dah lewat ni."

 

 

"Lagi 3 bulan baby dah nak lahir. So, sekarang la kita kena siapkan bilik dia. Kita pergi beli katil dan barang-barang keperluan dia. Jom!" jelas Sunggyu.

 

 

"Sekarang?"

 

 

"Ya, sekarang! Kita ni dah dikira lewat tau untuk buat persiapan macam ni."

 

 

"Mana ada lewat. Kita still ada masa lagi 3 bulan. Banyak yang kita boleh buat lagi dalam tempoh tu. Tapi, sekarang..."

 

 

Langkah Sunggyu terhenti di luar rumah dan dia perlahan melepaskan tangan Woohyun. Muka Woohyun direnungnya. "Apa maksud awak, Hyun? Kenapa banyak sangat alasan awak. Awak tak sudi nak temankan saya, atau kerja awak tu yang lagi penting dari saya dan baby?"

 

 

"Tak, bukan tu maksud saya. Cuma hari ni, saya ada klien yang sangat penting untuk syarikat kita. Dia pelabur terbesar dalam..."

 

 

"Awak taknak pi sudah. Saya boleh pi sendiri." rajuk Sunggyu lalu dia mencapai kunci keretanya dan beredar. (P/S: Woohyun dan Sunggyu mempunyai kereta masing-masing.)

 

 

"Gyu, jangan la macam ni." Woohyun mengekori Sunggyu. "Gyu, esok saya akan temankan awak, ya? Please..."

 

 

"Tak payah! Saya boleh pi dengan kawan-kawan saya macam selalu! Bergembira la dengan klien awak tu!" marah Sunggyu sebelum dia masuk ke dalam kereta dan mengunci dari dalam.

 

 

"Gyu, please!"

 

 

Sunggyu mengerling tajam ke arah Woohyun dengan berlinangan air mata sebelum dia mula memandu pergi.

 

 

"Gyu!"

 

 

><><><><><

 

 

Di Kediaman Junyoung

 

 

"Aku kena beli semua barang keperluan untuk Gyu. Tak lama lagi, dia nak tinggal sini dengan aku, so semuanya kena lengkap untuk dia. Baik aku pergi shopping mall." ngomel Junyoung sendirian.

 

 

"Awak dok berleter apa tu?" soal Sunny yang tiba-tiba muncul.

 

 

"Yah, kau buat apa kat sini?! Kan aku suruh kau duduk diam-diam kat pondok usang tu. Yang kau mai sini buat apa? Bahaya tau tak! Kau tu dah la wanted. Kalau orang nampak macam mana?"

 

 

"Relaks la, Jun! Saya tak bodoh, okey? Takda siapa yang nampak. Saya bosan la duduk sorang-sorang kat sana." Sunny melihat sekeliling. "Wah! Besarnya dan cantiklah rumah awak ni! Boleh la saya tinggal sini, ek? Boleh la..."

 

 

Junyoung terfikir sesuatu, lalu dia bersetuju. "Baiklah. Kau tolong kemaskan bilik kosong yang ada kat tingkat atas tu. Sapu sampah, dan buang sawang-sawang yang ada. Pokoknya, aku nak bilik tu bersih. Arasseo?"

 

 

"Untuk apa?"

 

 

"Esok pagi, lepas Woohyun pergi kerja, senang la aku nak culik Gyu. Aku nak dia tinggal kat bilik tu. Dah, jangan banyak tanya, cepat kemaskan bilik tu sementara aku gi beli apa yang patut."

 

 

"Excuse me! Gyu tu musuh saya, so takkan la awak fikir yang saya akan kemaskan bilik untuk dia? Please la..." balas Sunny dengan angkuhnya.

 

 

Mendengar itu, Junyoung menghunuskan pisau lipatnya kepada Sunny. "Kau nak kemas bilik tu, atau aku rodok perut kau, ha?!"

 

 

Sunny menggigil ketakutan. 'Dia ni memang psiko la!' "Okey, saya akan bersihkan!" ucap Sunny lalu dia segera berlari menuju ke bilik di tingkat atas.

 

 

"Taupun takut." Junyoung tersenyum sinis lalu dia menyimpan pisau itu ke dalam poket jaketnya sebelum dia beredar.

 

 

><><><><><

 

 

Di pusat membeli-belah

 

 

"Gyu, awak okey tak? Kenapa muram?" soal Heecheol.

 

 

"Takda apa la." balas Sunggyu.

 

 

"Apa yang takda apa? Awak gaduh ngan Hyun, ke?" soal Hyunseung pula.

 

 

"Takda apa la. Saya nak ke tandas sekejap." ucap Sunggyu sambil dia menyerahkan barangan bayi yang dibelinya kepada mereka berdua sebelum beredar ke tandas.

 

 

"Jom, kita duduk kat bangku tu. Sakit dah kaki ni berjalan tak berhenti dari tadi." ajak Hyunseung dan Heecheol mengikut.

 

 

Belumpun Sunggyu sempat masuk ke dalam tandas, seorang lelaki telah keluar dengan lajunya dan melanggarnya. Sunggyu hampir jatuh apabila lelaki itu segera menyambutnya. Masing-masing saling berpandangan dan terkaku.

 

 

'My Gyubaby! Ini peluang yang baik untuk aku culik dia! Haha! Pucuk dicita, ulam mendatang. Kau macam serahkan diri kat aku jer. Thanks! Senang kerja aku macam ni!' getus hati Junyoung.

 

 

'Junyoung?! Kecilnya dunia ni. Macam mana aku boleh terserempak dengan dia kat sini? Aku cuba mengelak dari dia beberapa tahun yang lalu, lepas kes pengakuan cinta dia yang aku tolak. Dia ni psiko! Lepas aku tolak cinta dia, dia still cuba nak dapatkan aku. Gila la! Eotteokhae? Harap-harap dia tak macam dulu.' getus hati Sunggyu.

 

 

"Junyoung, lepaskan saya!" teriak Sunggyu dengan suara yang bergetar. Dia takut. Dia masih ingat kejadian masa mereka masih bersekolah dulu. Junyoung meluahkan cinta kepadanya, tapi ditolak olehnya. Lepas itu, Junyoung tak habis-habis ganggu dia. Nasib baik, keluarga Junyoung terpaksa pindah ke tempat lain. Baru la hidup Sunggyu tenang. Tapi sekarang...

 

 

"Oh sorry!" Junyoung melepaskan Sunggyu, bila Sunggyu dah berdiri stabil semula. "Gyu, lama tak jumpa! Awak makin berisi la!" ucap Junyoung dengan kekok sambil menggosok belakang lehernya.

 

 

"I'm pregnant, okey! Bukan gemuk!" marah Sunggyu. "Now, excuse me!" Sunggyu segera beredar.

 

 

Api kemarahan di mata Junyoung semakin membara. 'You're pregnant with his child already?! Cis! Sepatutnya aku biar saja kau jatuh tadi! Aku hanya nak kau seorang, Gyu! Without you guys baby! It's okey. Ia boleh diuruskan.'

 

 

Sunggyu menuju ke arah Hyunseung dan Heecheol yang sedang berborak di bangku. Dia kelihatan gelisah.

 

 

"Korang, jom balik!" ajak Sunggyu.

 

 

"Kenapa ni? Gyu, awak berpeluh ni! Awak okey?" soal Hyunseung.

 

 

"Saya okey. Saya rasa kurang sihat. Saya nak balik rehat. Jom!" dalih Sunggyu.

 

 

"Okey, okey. Jom!"

 

 

Setibanya di tempat parking, mereka berpecah sebab kereta mereka tak diparking bersama. Tempat parking penuh, so mereka terpaksa parking berjauhan. Sunggyu merasa seram sejuk lalu dia cepat-cepat membuka pintu keretanya, namun belum sempat dia masuk ke dalam kereta, dia diserang oleh seseorang dari arah belakang. Mulutnya ditekup dengan sapu tangan yang disapu sejenis cecair. Sebaik saja terhidu cecair itu, dia mulai tak sedarkan diri.

 

 

'Kau milikku...'

 

 

.....................................................................................................................................................................

A/N: Tu dia, Gyu dah diculik! Apa akan jadi seterusnya? *grinned*

Sorry la kalau chapter ni terlalu cepat dirungkaikan...sy excited terlebih benaknya hehe

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk