Life With My Prof. Husband
Description
Jeon Dayeon, 21, gadis yang baru sahaja menapak dalam alam dewasanya, tidak pernah sekali pun terfikir untuk mendekati professornya sendiri di kampus. Jatuh cinta? Jauh sekali!
Professor Park Chanyeol, 25, lelaki yang digilai wanita di Seoul University kerana ketampanan, ketinggian dan kekayaannya. Tiada seorang pun terlepas daripada menggilai lelaki itu.
Namun, apabila semua gadis mengerumuni lelaki kacak itu, tidak sedikit pun terdetik di dalam hati Dayeon untuk menyertai perkara yang sia sia. Baginya, professornya hanyalah lelaki biasa yang boleh dicari dimana-mana.
Suatu hari, dia dikhabarkan dengan satu berita yang tidak dijangkanya.
Saudara rapatnya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat!
Dayeon gembira bukan kepalang walaupun hatinya masih tertanya-tanya, siapakah pilihan saudara yang sudah dianggap kakaknya sendiri itu.
Dalam keraguan itu, akhirnya dia digemparkan bahawa bakal abang iparnya ialah professornya sendiri, di kampus.
Walaupun terkejut dengan semua kebetulan yang ada, namun dia masih gembira dan menerima dengan hati terbuka.
Tetapi, disebabkan satu kejadian malang, dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan bakal abang iparnya sendiri di detik-detik akhir akad nikah yang berlaku.
Dia buntu.
Tiada persediaan mental. Tiada persetujuan. Dan paling penting, tiada kerelaan hatinya.
Dengan berat hati, dia menerima segalanya demi menjaga maruah keluarga dan sahabat, serta maruah saudaranya yang pergi tanpa sebab yang logik.
Bagaimanakah dia harus menjalani kehidupan yang pastinya akan berubah sekelip mata?
Bagaimanakah dia harus merahsiakan bahawa professor yang digilai itu ialah suaminya daripada pengetahuan semua orang di kampus?
Dan, bagaimanakah dia harus hidup bersama lelaki yang tak pernah terlintas di fikirannya untuk hidup bersama?
Dia dan professornya sendiri? Suami isteri? Oh Tidak!
Foreword
HI GUYS, IM BACK FOR GOD SAKE. So, i've been sleeping on asianfanfic for such a long time so im gonna make another simple story so please read it!!!!! Im really sorry for the late update because this year im busy with lots exam. lmao (Story cover picture will be updated soon)
Comments