12 : This is happening.
Life With My Prof. Husband(Ps: Longer chapter than previous chapters)
Para tetamu sudah memenuhi ruang persandingan untuk dua mempelai. Puan Shin, selaku ibu kepada Jihyun dan Puan Nara, selaku ibu kepada Chanyeol, sungguh mesra menyambut tetamu di muka gereja. Manis saja mereka mengenakan hanbok kembang berwarna pink pastel yang menjadi tema untuk hari perkahwinan untuk Jihyun dan Chanyeol.
"Eotteoke?!!!" Jihyun yang berada di sebuah bilik yang disediakan khas untuk pengantin sudah berpeluh sakan sambil mengenggam jambakan bunga itu sekuat hatinya, mahu lunyai bunga rose putih itu dibuatnya. Dia sudah lengkap berpakaian gaus putih kembang, sarung tangan dan sedikit calitan mekap. Rambutnya yang digulung rapi menyerlahkan lagi wajahnya yang cantik dan tirus.
"Cuba relax kejap. Minum air ke, joget ke. Tak adalah gelabah gini," Dayeon yang sedang mengunyah pelam hanya berkata selamba tanpa mengendahkan riak wajah gementar separuh mati Jihyun itu. Dia tak faham. Apa yang mahu ditakutkan. Chanyeol itu manusia, bukannya hantu. Pabo!
"Eee, nanti kau kahwin, kau tahulah rasa dia macam mana," wanita yang tua beberapa tahun daripada Dayeon itu meluahkan kata hatinya. Dia benar2 seram sejuk.
Dayeon mengangkat kening.
"Aik. Aku pulak? Kau yang kahwin. Aku lambat lagi," dia membetulkan gaunnya yang agak berkedut di hujung. Dia sudah dicop untuk menjadi pengiring Jihyun. Hanya sedikit dandanan rambut dan gaun yang cantik, sudah cukup menjadi saingan si pengantin. Ewah ewah.
"Mana tau kau tetiba kahwin ke,"
"Kau makan apa ni? Baik pergi berak dulu, buang anasir jahat. Merepek benau," ujar Dayeon selamba. Jihyun hanya ketawa manja sebelum membaling sponge muka ke arah Dayeon yang selenga.
"Kau tenang aje. Entah-entah, Chanyeol pun nervous," dia dengan selambanya, memanggil Chanyeol tanpa panggilan Prof.
Sejak peristiwa seminggu yang lalu, persepsinya terhadap Chanyeol sudah sedikit berubah. Sikapnya sebagai haters Chanyeol juga berubah. Sedikit-sedikit, dia dapat menerima keadaan yang tejadi. Cuma, tidaklah dia begitu selesa dengan lelaki itu. Lagipun, dia harus menunjukkan teladan yang baik kerana dua mempelai itu akan berpindah ke Jeju setelah hari perkahwinan mereka tamat. Jadi, Dayeon ingin membuat baik sebelum dia berpisah dengan Jihyun.
"Aku keluar dululah. Nak tengok-tengok, mana tahu si suami cik Jihyun tak datang lagi ke," usiknya sebelum bangkit untuk keluar, memandang juru hias dan beberapa rakan karib Jihyun masuk ke dalam bilik itu.
Sebaik Jihyun bersetuju, dia keluar dan mendapatkan ibunya di muka pintu gereja.
"Tak sangka kan, dorang nak kahwin," Puan Nara berkata kepada Puan Shin. Senyumannya tak lekang daripada bibir. Dayeon hanya mendengar, memasang telinga.
Puan Shin hanya mengangguk.
"Itulah. Masa kecik dulu, Jihyun tulah yang kuat menangis, tak pandai jaga diri. Tengok-tengok, dia dah nak kahwin,"
Mereka berdua gelak ketawa sesama sendiri tanpa perasan kehadiran Dayeon disitu.
"Jihyun tu baik orangnya. Saya berkenan betul dengan sikap lemah lembut dia. Chanyeol pun nampak bahagia dengan dia. Memang boleh jadi isteri dan mak yang baik Jihyun ni," tambah Puan Nara lagi. Wajahnya yang agak berumur itu hanya tersenyum. Mungkin, dia benar2 suka dengan Jihyun yang bakal menjadi menantu kesayangannya.
"Eh? Ini Dayeon ke?" tiba-tiba, Puan Nara tersenyum sebaik melihat kelibat Dayeon yang muncul macam hantu. Mujur orang tu tak ada penyakit dalaman. Mau dia dibuatnya.
Dayeon tersentak sebelum menunduk hormat.
"Oh inilah anak perempuan yang saya cakap tu. Dayeon.," ujar Puan Shin . Dayeon hanya tersenyum kekok.
"Amboi. Sama cantik dengan Jihyun ni. Bolehlah kenan kenan dengan anak makcik. Banyak lagi yang single tu," Puan Nara ketawa ahjumma style. Puan Shin juga ketawa sambil menepuk2 belakang badan Dayeon. Mau termuntah dia dibuatnya. Sabo jelah dengan emak ni.
"Tak lama lagi lah ni, Puan Shin. Anak dara dah besar panjang, mesti dah ada calon ni. Boleh lah ikut langkah Jihyun lepas ni,"
Mau terkentut berdas-das Dayeon jadinya sebaik mendengar kata-kata puan Nara. Apasal lah ramai betul nak aku kahwin ni? Kalau mendoakan tak a
Comments