06 : Talking to you ( a bit closer?)
Life With My Prof. HusbandDayeon menghela nafas sebaik anak matanya terpandang figura lelaki yang sedang sibuk menelaah sesuatu dengan timbunan buku yang menggunung.
Sesiapa saja yang kurang daya tumpuan, pasti akan menyangka Prof. Park seorang mahasiswa di kolej itu. Mana tak nya, sudahlah tidak berpakaian formal, duduk pulak dalam library yang memang majoritinya para mahasiswa dan mahasiswi.
Dia menggeleng kepala. Dia harus cepat beredar dari sini. Dia risau saja moodnya boleh rosak akibat berada di satu tempat dengan lelaki itu.
Segera dia mengatur langkah, melewati meja Chanyeol yang berada di kanannya. Tanpa menoleh kiri kanan, dia mengatur langkahnya ke arah History Section, iaitu 3 rak yang agak jauh dari meja-meja.
Dengan berhati-hati, dia membaca satu persatu senarai buku di cebisan kertas itu sebelum matanya bertukar-tukar ke rak-rak yang tinggi dan sarat dengan buku.
The History Of South Korea and North Korea IV
Dia menggaru kepala. Panjang beno tajuknya. Jari jemarinya sudah gigih membelek-belek setiap buku yang setebal buku telefon. Sudahlah berat macam tong gas, satu hal pulak nak susun balik.
Tup-tup, akhirnya dia menjumpai satu buku yang pertama.
"Yes, jumpa pun!" bisiknya perlahan. Buku yang tebal macam anak gajah itu ditariknya perlahan sebelum meletakkannya di atas kabinet yang terdekat sebelum mencari buku yang seterusnya.
The Journey of Life in United States (1890)
Semakin kuat dia menggaru kepala. Apalah pelik-pelik sangat Puan Eunkyung ni nak buku? Tadi pasal korea, sekarang pasal Amerika. Dia membebel sambil mencari dengan gagah perkasa.
Sedang dia sibuk dengan kerjanya, dua orang gadis yang mungkin sebayanya berborak di hujung rak sambil mencari buku kesukaan mereka.
"Eh Ahyoung, prof kesayangan kau ada dalam satu library dengan kitalah," ujar gadis berambut coklat cair itu kepada kawannya yang sedang muncung sedepa. Entah apa yang dimarahkan sangat pun Dayeon tak tahu.
Dayeon hanya memasang telinga.
"Tak payah sebut nama dia lah. Aku benci dia. Benci!" balas pula gadis bernama Ahyoung itu, separuh menjerit. Terlompat jantung Dayeon dibuatnya.
"Eee, aku tak sebut nama dia pun. Aku sebut prof je." Balas rakannya semula. Dayeon terasa nak tergelak.
"Eee, apa-apa jelah. Aku malas dah nak dengar pasal dia. Sampai hati dia buat macan ni dekat aku," balas si Ahyoung dengan penuh dramatik dan syahdu. Mulutnya yang muncung, dimuncungkan lagi, tanda protes.
Dayeon ternganga sebentar. Apa bendalah budak berdua ni dok cakap? dia menggaru kepala tak gatal.
"Kau ni. Biar jelah dia nak kahwin, lagipun lelaki yang hensem dan bergetah macam tu, ofkos lah dah ada girlfriend. Kalau muka kau, yelah, takda boyfriend manjang" pedas berdesing si rambut coklat itu membidas si Ahyoung dengan sekali tembakan membuatkan Dayeon yang mendengar terasa peritnya.
Dia menutup mulut melihat reaksi si Ahyoung yang terkesima sampai terdiam seribu bahasa.
"HAHAH"
tiba-tiba, entah dari mana, dia mengalunkan gelak tawa yang agak kuat sebelum menutup mulutnya semula.
Habislah. Si Ahyoung dan Si coklat memandangnya tepat dan tajam. Luluh betul jantungnya melihat pandangan menyeramkan mereka itu.
Muka Ahyoung yang merah bertukar biru dan kehijauan apabila melihat Dayeon menahan mulut dari tergelak. Cepat-cepat dia berpaling dan berkemas.
Mencapai buku di atas kabinet, segera dia menapak ke belakang tanpa melihat halangan di belakangnya.
Tiba-tiba....
Gedebuk!
Badannya terlanggar badan seseorang. Dia sangat berharap, itu bukan salah seorang daripada geng si coklat dan si Ahyoung.
Kalau ya, habislah, dia sudah dikepung.
Mesti dia panggil kawan dia yang gemuk, suh belasah aku!!!! bisik hatinya apabila badannya yang kecik itu seakan-akan tersandar di dada seseorang.
Pasti orang yang dilanggarnya itu gemuk, tinggi dan belajar karate. Habislah, habislah!!!!
Dayeon mula overthinking.
Dia terkaku sendiri dengan kakinya terpijak kaki seseorang itu.
"Berapa lama lagi awak nak pijak kasut saya?" soal suara itu tiba-tiba. Dayeon mengangkat kening. Eh, suara garau.
Perlahan-lahan, dia mengangkat kakinya dari kasut kulit lelaki itu. Dengan langkah yang lemah, dia menoleh ke belakang dan sungguh, dia terasa mahu menyelam dalam parit, sedalam-dalamnya.
Prof. Park sedang memandangnya dengan wajah yang keliru bercampir serius. Dayeoj mati kata-kata.
Tak guna, tak guna!
Comments