28 : You're here

Life With My Prof. Husband
Please Subscribe to read the full chapter

Dayeon menggeliat di atas katil apabila alarm nya berbunyi kuat, bingit betul telinganya di pagi hari itu. Dia memandang sekeliling. Biliknya kosong dan sunyi. Sudah pastilah sunyi, bukannya ada orang lain selain dia yang duduk dekat bilik tu. Dia segera duduk dan menguap sebesar alam. Gajah pun muat. Selepas episod ngerinya melayan karenah Sunmi dan Seola semalam, dia betul-betul penat sehingga tertidur setelah habis bergayut dengan Jaehyun di telefon. Dia tersengih macam kerrang busuk apabila teringatkan semalam.

 

“Ada apa awak telefon saya ni?”, soalnya di hujung telefon. Sedikit pun dia tak pelik dari mana si Jaehyun dapat nombornya kerana tak penting itu semua.

 

“Sorry kalau kacau. Saya teringatkan awak tiba-tiba, sebab tu saya call,”. Dayeon menjungkitkan kening dengan jawapan lelaki itu. Mimpi apa dia tetiba teringatkan aku? Mimpi basah ke? Harap jangan lah. Dayeon duduk di atas katilnya sebelum terus berbaring.

 

“Teringat kat saya? Saya ada hutang awak pape ke?”, soalnya dengan penuh kebengapan. Jaehyun ketawa di hujung telefon.

 

“Takdelah, saja saja je. Kalau awak busy, saya tutuplah. Soryy tau,” ujar Jaehyun membuatkan Dayeon menggeleng kepala laju.

 

“Eh takpe, takpe. Saya okay je Cuma peliklah sebab tak pernah lelaki call saya macam ni,” balasnya pula, tersengih busuk. Badannya mula menggeliut macam cacing kena simbah minyak panas. Orang tengok pun boleh buta mata.

 

“Esok nak lunch sama-sama tak? I mean, saya ada benda nak tanya awak pasal assignment Economy ni. Tu pun kalau awak okay,”

 

“Lunch? Oh okay wow. Awak ajak saya ke?”. Dayeon masih blur tahap kerbau.

 

“Iye itupun kalau awak okay lah. Ke awak ada plan lain? Lagipun sebab awak pandai subject tu, jadi saya nak mintak tolong,” suara Jaehyun yang beralun alun itu membuatkan Dayeon jadi serba salah. Dia ada plan nak makan dengan Sunmi dan Seola, sebagai pra-sambutan hari jadi Seola yang akan tiba nanti tapi tulah, hanya mampu merancang.

 

“Okay boleh je. Saya tak ada masalah”, Dayeon berguling di atas katil macam pocong. Dia sedikit pun tak sedar dengan tingkah laku peliknya itu.

 

Dia tersengih lagi sambil memeluk bantal busuk. Matanya dikerling ke arah jam. Hampir pukul 9 pagi, matanya terbeliak, segera dia bangkit dari katil dan bersiap siap ke kelas.

 

**

 

Sebaik saja Dayeon sampai di kampus, semuanya tenang-tenang saja. Harini dia jadi tenang kerana dia tak lagi datang ke kampus Bersama sang suami merangkap si professor. Bukan apa, Chanyeol sudah berangkat awal pagi kerana dia harus menyiapkan beberapa kerja di pejabat jadi dia harus pergi ke kampus dengan menggunakan perkhidmatan Grab. Tak kisahlah bayar lebih, janji nyawanya selamat. Takdelah kena baham dengan singa singa kampus.

 

Dia berlari masuk ke dewan kuliah dengan pantas apabila hanya berbaki 5 minit saja lagi. Seperti biasa, dewan kuliah sudah penuh dengan mahasiswa dan mahasiswi yang pastinya datang nak belajar. Tapia da kemungkinan datang sebab satu perkara. Professor Chanyeol. Dayeon melangkah masuk dengan muka biasa walaupun dia agak nervous apabila ini kelas pertamanya dengan Chanyeol semenjak dia bernikah.

 

Sunmi dah Seola sudah memanggil-manggil Dayeon dari tempat duduk biasa mereka iaitu bahagian tengah. Dia hanya menurut.

 

“Tak demam pulak korang” perlinya apabila melihat mereka berdua teruja seperti biasa. Yelah, mana taknya, bukan main menggigil semalam kononya ada hantu. Seola yang menyapu gincu di bibirnya hanya menggeleng kepala.

 

“Kalau demam pun, aku datang jugak kelas ni. Kau tahu kan kenapa,” balasnya ringkas. Dayeon yang mencebik.

 

“Aku rindu la dekat dia, dah berapa hari tak Nampak,” Sunmi monyok membuatkan Dayeon mahu ketawa. Aku ni hari hari tengok dia, getus hatinya.

 

“Ye sabar. Nanti hilang kerinduan yang berputik itu,”. Sunmi tersengih busuk.

 

Tak lama selepas itu, Chanyeol masuk dengan wajah ketat nya seperti biasa. Di tangannya terdapat beberapa kertas yang membuat semua jadi tertanya-tanya.

 

“Good morning semua,” ujarnya sambil membetulkan cermin mata di hidungnya.

“Good morning, sir,” satu dewan balas.

 

Chanyeol berdiri di tengah dewan sambil memerhati satu persatu pelajarnya. Kehadiran penuh seperti biasa. Dia hanya angguk sebelum berlalu ke mejanya.

 

“Okay, jadi seperti semua tahu, saya akan memulakan chapter baru harini tapi disebabkan beberapa kesulitan yang terjadi, saya terpaksa membatalkan perkara itu,” dia berkata sambil tangannya ligat menyelak kertas kertas yang banyak itu. Semua berbisik-bisik, pelik dengan perkara itu. Dayeon, Seola dan Sunmi saling berpandangan.

 

“Untuk pengetahuan semua, pihak university baru saja melancarkan satu agenda terbaru bagi semua pelajar di university ni. Perkara yang tak pernah lagi ada dalam contents pembelajaran kamu,”

 

Semua tekun mendengar.

 

“Dalam masa kurang dari 2 minggu, kamu semua akan dihantar ke satu perkampungan untuk menjalani aktiviti yang mencabar fizikal kamu. Nak taknak, kamu semua harus pergi demi mendapatkan merit yang tertinggi,” dia menjelaskan lagi bagi memberi pemahaman kepada 130 pelajar di dewan kuliah itu.

 

Semua sudah menjadi bising. Ada yang teruja, ada yang mengeluh dan ada juga tak beri apa apa reaksi, seperti Dayeon. Mindanya jadi kosong. Mungkin tak faham apa yang lelaki itu perkatakan.

 

“Jadi maksudnya, itu dikira project akhir tahun kami lah kan, sir?” soal Hyunbin, sang lelaki yang paling nerd dalam dewan itu. Chanyeol mengulum bibir.

 

“Lebih kurang. Kamu masih perlu membuat thesis berdasarkan apa yang kamu hadapi dari aktiviti itu.Setiap orang mestilah mempunyai idea yang berlainan dan asli. Jadi, kamu semua harus mengambil bahagian demi melaksanakan thesis kamu,”

 

Semua mengangguk faham. Kecuali Dayeon.

 

“Ada apa apa soalan lagi?” ujarnya apabila melihat semua sudah bertenang dan memahami selok belok tugasan mereka itu.

 

“Kau tanya lah. Aku malulah,” Seola berbisik kepada Dayeon dan Sunmi walaupun masih jelas kedengaran dek kerana mereka sudah mendiamkan diri.

 

Sunmi menggeleng kepalanya.

 

“Taknaklah. MUka aku macam penyu harini. Aku malu nak tanya, Kau lah tanya Dayeon,” Sunmi berbisik walaupu dah macam meraung dah bunyinya. Dayeon yang terkebil-kebil menggeleng kepalanya, enggan.

 

Sudahnya, mereka berbisik macam ular mabuk di tengah tengah itu tanpa menyedari satu dewan memandang mereka.

 

“Dayeon, ada masalah ke kat sana?” tiba-tiba, chanyeol yang memang dari tadi memerhatikan mereka, membuka mulut membuatkan Dayeon terperanjat. Dia tergamam melihat Chanyeol dan pelajar yang lain sedang memandang mereka.

 

“Err- tak, taka da sir. Semuanya okay,” balas Dayeon, hatinya berdebar cemas. Dua ekor ni lah punca Namanya naik dalam dewan ni. Dahlah ramai orang!!

 

Chanyeol mengulum bibir

 

“Nampak macam ada soalan je nak tanya,” balasnya. Dayeon menggeleng laju. Nak tanya soalan apa?Satu hapak pun dia tak faham sangat pasal tugasan mereka ni. Dia sendiri tak pasti dia takt ahu apa.

 

Sunmi dah Seola mencuit lengannya, memberi sign untuknya bertanya soalan mereka. Dayeon mengetap bibir. Dua ekor ni kan.

 

“Er ya ada. Masa hari aktiviti tu, sir ada sekali ke?” dia membuka mulut walaupun dia malas sekali mahu tahu kebenarannya. Berada dekat dengan Chanyeol di Kawasan kampus adalah bahaya baginya

 

Chanyeol tersenyum kecil.

 

“Bagus soalan tu. Betul, saya akan jadi mentor kamu semua bagi kuliah ini. Pensyarah lain juga ada tapi mereka jaga dewan kuliah yang lain,” sebaik saja dia menghabiskan kata katanya, semua bersorak gembira. Yelah mana taknya, professor kesayangan ikut sama. Para gadis sudah bersorak sorai dengan penuh getik apabila memikirkan Chanyeol akan Bersama mereka di menikmati alam

Sunmi dan Seola pulak hampir dirasuk dengan jin. Mujur ada Dayeon yang mengawal mereka yang semakin mengganas.

 

Dayeon mengeluh perlahan. Nampaknya betullah sangkaannya. Entah penipuan apa lagi yang dia harus cipta bagi menyelamatkan diri dari ketahuan.

 

“Kenapa? Awak tak suka ke saya ikut sama?” ujar Chanyeol, tiba-tiba sebelum memandang tepat kearah Dayeon. Gadis itu tercengang. Matanya tepat memandang Chanyeol. Seakan hanya mereka berdua di dewan itu.

 

“Gila tak suka, prof kesayangan kot,” balas Irene, gadis cantik kampus itu dengan penuh berani sebelum semua pelajar membuat bisinglagi. Dia ketawa manja. Chanyeol hanya tersenyum nipis.

 

Dayeon yang mendengarkan kata nya itu mencebik. Ingin saja dia mengetuk kepala perempuan itu dengan payungnya. Sibuk aje! Dayeon hanya muncung.

 

“Kamu akan berada di sana selama 3 hari. Jadi pers

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
oppabimbap
hi guys. i’ll be updating this fanfic once i got my new laptop today. cant wait to write stories using laptop because ive been using phone to update. stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
loco79 #1
Chapter 28: Author-nim, update juseyooooo ><
yeolmyheart
#2
Chapter 28: WOW JIHYUN
what about yeol dayeon then later if yeol knows shes there sjsjskskk
nana_kwon
#3
Chapter 27: eeeee cepatlah update lagi tak sabar nak tau pasal chanyeol dgn dayeon >< palli updatee!! <3
yeolmyheart
#4
Chapter 27: eeehhhhh omg hahahaha
chanyeol dayeon moments uwu

cant wait to see yeol reaction when he knew jaehyun called his wife XD
yeolmyheart
#5
Chapter 25: OH GOD WHAT TO DO DJDJSKSKKS
yeolmyheart
#6
Chapter 24: huhu dayeon chanyeol moment TT
yeolmyheart
#7
Chapter 23: OOO I MISS THIS STORY SO MUCH HUHU
pikahbajet #8
Chapter 22: lawak la jugak ....update soon
BaeBacon__L #9
Chapter 22: Even kekurangan idea pun and late updated still lagi best. Tapi bagi saya idea author dh bagus dan sesuai. Keep update authornim :) fighting!!!
sya_chocolate
#10
Chapter 22: bored? nahhhh this chapter is really interesting and funny. Im like a madwoman right now, grinning while staring on my phone.

BUT, I had to say that the romance between Dayeon and Chanyeol is quite slow here. They're nice to each other. BUT THAT'S JUST IT! nothing/not very much indicates any developing of feelings.

This story, all/most of it was from Dayeon p.o.v. Yet...we cant detect if she started to develop any feelings towards her husband(except the end of this chapter that she may or may not started to like Chanyeol). Well...I dont mind it as I assumed that you might want to make Chanyeol to fall in love first to his wife.

Im forgot already if maybe you had done a chapter using Chanyeol's p.o.v before. It might be good to tell us their development from Chanyeol's p.o.v this time

This kind of pace is quite good, however, as you said from your author's note that you kinda have a 'writer-block- syndrome', Im afraid that you might lost your interest for your own story or getting this story somehow lost without any direction towards it supposed ending, you might want to quicken the pace. BUT, if you are still doing great and your writer block is kinda for awhile that you just maybe need some times for yourself...then continue with this pace. Either way, its up to you as a writer. You know yourself and your story the best than any of us here.