19 : Going Daegu?
Life With My Prof. HusbandWarning : Long Chapter
Badannya dihempapkan ke atas sofa dengan penuh paksa setelah pulang dari kampus. Kelas hari ini lebih banyak berbanding hari sebelumnya. Dan maknanya, lebih lamalah dia bertapa di sana. Kalau dulu mungkin tiada masalah, tapi sekarang? Berlama-lama di sana, mungkin akan memendekkan jangka hayatnya sudah sedia pendek.
Nafas dihela dengan kuat sebelum dia memandang ke siling.
Masuk hari ini, sudah 5 kali dia terpaksa mencari idea untuk menutup rahsianya di kampus. Mahu gila dia jadinya selama 5 hari ini.
Tak pernah dia menghargai hari Jumaat sebegini rupa. Terasa baru semalam berita sensasi si professor kacak di kampus sudah berkahwin tersebar dengan indah. Tengok-tengok, sudah 5 hari berlalu.
Azabnya, usah diperkatakan lagi.
Sunmi dan Seola pula tak putus-putus bertukar menjadi mafia yang mencari isteri Chanyeol. Gerun tu jangan cakap lah.
Dia menghela nafas sebelum memeluk bantal kusyen. Macam ni ke orang dah kahwin? Kenapa aku tak rasa apa-apa? Kenapa semua benda jadi macam biasa?
Betul-betul pelik. Lagi-lagi, Chanyeol yang langsung tak bagi respon tentang kehilangan misteri Jihyun. Dia bekerja seperti biasa, dia makan macam biasa, dia sarkastik pun macam biasa. Dayeon menggigit bibir. Pelik. Ke memang dia tak ada perasaan?
"Arghh!" Dayeon menutup mukanya dan menjerit. Dia benar-benar tak mampu hidup sebegini. Kehidupannya bertukar serta merta. Dia tak lagi rasa tenang berada di kampus, dikelilingi wanita wanita yang fanatik. Dia juga masih lagi hidup di alam bujangnya. Langsung tak rasa seperti seorang isteri.
Tipulah jika dia tidak terkejut. Dia masih terkejut sehingga tak mampu lagi membiasakan dirinya sebagai isteri orang. Dia masih keliru.
Persoalan yang sering bermain di fikirannya ialah sampai bila dia harus jadi isteri kepada Chanyeol? Sampai bila? Selamanya? Gila kalau selamanya. Dayeon mengerut dahi. Tak mungkinlah selamanya.
Memikirkannya, dia terasa beban yang berat di kepala dan bahunya. Dia terfikirkan Jihyun. Dia sangat berharap Jihyun datang secepat yang mungkin, bertukar tempat dengannya dan menukarkan mimpi ngerinya ini kepada mimpi yang penuh unicorn dan pelangi.
Biarlah nampak seperti hilang akal. Ingat isteri boleh tukar-tukar sesuka hati? Dayeon tak peduli. Dia tak larat. Dia masih muda.
Kalau aku jumpa Jihyun ni , mati dia aku kerjakan. Bentaknya dalam hati.
Dia menutup mata, ingin terlelap sebentar.
"Taklah, Chanyeol busy sikit je nek. Budak baru habis exam kan," tiba-tiba, suara garau Chanyeol memecah hening di ruang tamu itu. Dayeon membuka mata sedikit sebelum menutup matanya semula. Tak mengambil endah.
"Malam ni? Alah nek, Chanyeol tak janjilah," balas lelaki itu lagi dihujung talian, disambut tawa kecilnya. Dayeon masih lagi cuba untuk melelapkan matanya namun dari hujung telinganya, dia dapat mendengar bebelan seorang wanita di talian.
"Ha? Isteri? Oh ada, ada dekat sini. Tengah tidur"
"Tak apalah nek, dia tengah tidur tu. Nanti-nantilah nenek borak dengan dia. Suara dia bila bangun tidur seram sikit, nanti nenek terkejut pulak,"
Dengan cepat, mata Dayeon terbuka luas sebaik saja dia mendengar perkataan itu terkeluar dari mulut Chanyeol. Cepat-cepat dia menukar posisinya dari baring ke duduk. Dengan wajah yang masih mengantuk, dia memandang Chanyeol di hujung tangga.
Kurang asam punya Chanyeol bedebah ni. Aku tengah tidur, sedap pulak dia mengata aku. Suara aku cute macam barbie ni dia kata seram? Dayeon menahan geram.
"Okay, okay. Chanyeol cuba dulu. Nenek tak payah masak teruk-teruk okay?" balas lelaki itu lembut sebelum mematikan panggilan. Dia menghela nafas sebelum bergerak ke meja kecil yang terletak di ruang tamu sebelum mengemas dokumen dan kertas-kertas assignment. Dayeon masih lagi mamai.
"Siapa tu?" soal Dayeon, masih masam mencuka. Chanyeol mengalih pandangan ke arahnya.
"Nenek. Dia tanya khabar kita," balas Chanyeol. Dia bersandar di kerusi. Dayeon hanya memandang suaminya itu. Setelah berjam-jam b
Comments