16 : How to survive?
Life With My Prof. Husband"Annyeong chingu," balas Seola sambil melambai ke arah Dayeon dengan matanya masih memandang Chanyeol yang sedang mengemas kini keretanya. Wajah Seola dan Sunmi masih lagi kerut seribu.
Dayeon tersenyum paksa sebelum berdiri di hadapan mereka, menghalang pandangan mereka ke Chanyeol. Bilalah mamat ni blah? Lama sangat nape, bisiknya.
"Tunggu apa lagi? Jomlah ke kelas, menuntut ilmu yang mulia," ujar Dayeon, dengan penuh gaya bahasa yang jarang digunakan pada zaman milenial ini. Si Shakespeare pun boleh pencen.
Sunmi menggeleng kepala sambil menunjukkan tapak tangannya, menyuruh Dayeon berhenti. Seola masih lagi terpaku, memandang Chanyeol.
"Kejap, kejap. Prof Park buat apa tadi? Kenapa kau ada dengan dia?" soal si rambut pendek dengan matanya yang helang. Kejap muka Dayeon dipandang, kejap Chanyeol ditenungnya. Dayeon terasa mahu terkencing. Sudahlah dia melantak jus oren tak ingat dunia tadi. Dia benar-benar mahu mencekik diri sendiri.
"Err apa? Oh tadi tu? Tadi Prof Park terkehel kaki, lepastu dokumen dia terjatuh. Aku tolonglah dia, dia kan pakcik-pakcik dah," balas Dayeon dengan yakin. Dia benar-benar lega kerana tidak tergagap-gagap.
Sunmi mengulum bibir sebelum menggaru dagu.
"Iya ke? Lemahnya dia. Kau rasa kaki dia okay tak? Patut tak aku beli ubat untuk dia?" soal Sunmi. Seola mengangkat kening.
"Apa? Kenapa? Siapa sakit kaki?"
Sunmi menghela nafas.
"Uri oppa yaaaa," balasny gedik dan kesedihan. Dayeon yang tadi mahu terkencing, terus tak jadi nak kencing. Perangai gedik dua rakannya ini benar-benar mencabar kesabarannya yang setebal roti popia.
Seola terkejut.
"Tak, tak. Dia okay je aku tengok tadi. Biasalah, orang berumur ni memang senang terkehel. Korang jangan risaulah. Dah-dah, jom menuntut ilmu yang mulia," Dayeon menggeleng kepala sebelum melingkarkan kedua lengannya di lengan kedua wanita itu.
Sunmi dan Seola yang masih lagi konfius dan sedih dengan berita itu, hanya akur dan mengikut langkah Dayeon.
****
"Good morning," Dayeon menoleh ke belakang apabila mendengar seseorang menyapanya. Sunmi dan Seola berpandangan sesama sendiri sebelum meninggalkan Dayeon sendirian.
"Ah good morning," balasnya. Okay, mamat ni lagi. Okay nak buat apa ni? bisiknya sendiri.
"Awak ada kelas pagi jugak ke?" soal Jaehyun sambil membetulkan topi di atas kepalanya. Dayeon mengangguk perlahan.
"Ha'ah. Sampai pukul 11, macam tulah. Awak pun ke?" soalnya pula. Jaehyun sekadar angguk.
"Saya habis lambat sikit. Kelas awak dah nak mula ke? Kalau belum, breakfast?"
Dayeon jadi tak keruan. Itu kali pertama lelaki mengajaknya makan bersama. Sudahlah laki jenis comel gebu, siapalah yang tak nak? Kalau tak nak, pegilah berubat cepat-cepat.
Dayeon hanya tersenyum nipis.
"Kelas saya lagi 30 minit. Lagipun, saya dah breakfast dekat rumah tadi," balasnya, serba salah. Buku di tangan, dibetulkan sedikit.
"Oh yeke?" Jaehyun mengusap lehernya sambil tersenyum nipis. Dayeon serba salah. Dia buat muka gebu pulakkk. Tahap serba salahnya naik ke level 2000.
"Tapi, saya boleh teman awak makan, itu pun kalau awak tak kisahlah,"
Wajah Jaehyun berseri dan bersinar serta merta. Hampir buta Dayeon dibuatnya. Boleh tahan jugak mamat ni ye.
"Okay,"
Pasti Seola dan Sunmi menyumpah seranah dirinya jika mereka tahu ini. Ceh, ilmu yang mulia konon!
Setibanya di kafe, mereka mencari tempat untuk makan sebelum Jaehyun pergi memesan makanannya. Dayeon menjadi lega sebentar. Segala kerisauannya mengenai rahsianya hilang dari fikiran sebentar.
Comments