10 : Can I Survive? Oh God
Life With My Prof. HusbandDi hujung telinganya, Dayeon dapat mendengar suara gedik dua orang kawannya yang sedang gelak tawa penuh riang. Sungguh, jauh beza dengan keadaan hatinya ketika itu. Gundah gulana, ribut petir semua ada.
Kopi ais di atas meja langsung tak diusik. Rasa manis kopi, air tangan Makcik Kiah di Cafe nya itu, tiba-tiba bertukar payau sebaik peristiwa semalam menjengah di fikirannya. Dia mengeliat bahu, kegelian.
"Yo! Whats up little girl," sapa Seola sebaik dia sampai di meja Dayeon. Kelasnya baru saja habis, terserempak pula dengan Sunmi di loker. Dayeon hanya mendengus perlahan sebelum menongkat kepalanya di atas meja.
Sunmi menjungkit kening.
"Nape pahit nau muka kau ni, Dayeon? Suami hilang ke?" Sunmi berjenaka kering dan disambut riang oleh Seola yang sudah tersedak-sedak air kopi cair Dayeon itu. Namun, Dayeon hanya tersenyum sinis dan kembali muram.
"Lah, taknak gelak pulak dia ni. Kau nape?" Sunmi menelan air liur melihat wajah bengis Dayeon yang boleh menjadi pembunuh sesiapa saja. Mujurlah Sunmi kuat imannya.
Dayeon terus menghembam wajahnya di atas meja dengan penuh rasa kesal. Memang tak lah dia nak cerita kisah semalam pada mereka berdua. Lagi-lagi, peristiwa Prof kesayangannya mereka akan berkahwin dengan kakaknya. Dayeon sudah terbayang-bayang segala atuk nenek puting beliung keluar dari badan mereka. Aduh, ngeri!
"Entahlah. Tak tahu nak cakap camne," Dayeon mengumam perlahan. Seola dan Sunmi sudah berpandangan sesama sendiri. Aneh-aneh sungguh Dayeon hari ini.
"Aik, kau pun frust ke Prof Park nak kahwin?"
Segera, Dayeon mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah Seola. Terkejut mak nenek gadis itu dibuatnya.
"Aku sanggup tidur dengan lipas daripada nak berkabung pasal dia kahwin dengan..-"
Dia mematikan kata-katanya. Seola sudah mengerut dahi.
"Kahwin dengan siapa? Kau tahu ke dia kahwin dengan siapa? Siapa wei?"
Dayeon mengetap bibir. Ingin saja dia menghayun kayu besball ke kepalanya sendiri kerana bertindak begitu melulu. Dia menggeleng sambil mencari idea untuk membohong.
"Errr...dengan calon isteri dialah. Takkan dengan kau pulak," ganas Dayeon hari ni. Habis semuanya dia bantai.
Seola tercengang sebelum berubah merah padam. Hatinya berbunga.
"Kau ni kan, kata-kata tu satu doa tau. Nanti dia ter-kahwin dengan aku pulak...eee," ujarnya sambil memegang-megang pipinya yang kemerahan. Sunmi sudah mencebik geram. Dayeon pulak, jangan cakaplah. Moodnya sudahlah tak berapa betul, tambah lagi pulak dengan perangai member yang tak berapa betul.
"Eeeee, stressnya!" jerit Dayeon sebelum menghembamkan mukanya di atas meja semula.
****
Selesai kelas bahasa, perasaan cemas Dayeon semakin ketara. Keluar saja dari dewan kuliah, dia menilik jam. Ada lebih kurang 1 jam lagi sebelum kelas bersama dengan musuh ketatnya. Prof Park. Aduh, dia menghentak-hentakkan kakinya di tengah-tengah kawasan universiti.
Entah kenapa, geram pula memikirkan peristiwa semalam. Sebenarnya, tak ada benda pun nak digeramkan cuma dia tertanya-tanya, kenapa Chanyeol? kenapa Chanyeol jadi abang iparnya? Kenapa bukan orang lain? kenapa?
Gila dia jadinya. Sungguh, dia sangat tak suka dengan sikap poyo berdengung Chanyeol itu. Dia jadi serabut. Makin dia fikir, makin dia gila walaupun bukan dia yang akan berkahwin dengan lelaki itu. Dia jadi stress.
Akhirnya, dia menghela nafas. Aih, tak da guna aku meroyan gini. Akhirnya, dia ingin mencari tempat untuk menenangkan dirinya sebelum dia berjumpa dengan manusia paling poyo didunia. Pasti kekok. Aduh, sakit jiwa Dayeon memikirkannya.
Dengan cepat, dia mengatur langkah tanpa melihat apa-apa. Habis segala benda ditendangnya.
Tiba-tiba...
"Ackkk!!" dia mengaum kuat, sekuat-kuatnya apabila hujung kakinya mengeliut lembik. Entah apa nasib entah, dia hilang pertimbangan dan bersedih untuk menghadapi detik-detik bontotnya bercium dengan si lantai.
Dia hanya berserah diri dengan r
Comments