27 : Hide and Seek?

Life With My Prof. Husband
Please Subscribe to read the full chapter

Matanya terbuntang luas apabila loceng rumah berbunyi dan suara dua orang perempuan yang sayup-sayup di luar rumah. Bulu romanya tegak, jantungnya berdegup laju apabila dia mendengarkan suara yang sangat dikenalinya itu. Dengan pantas dia menarik tangan lelaki itu ke dapur dan menguncinya di bilik dobi yang agak sempit itu.

 

Terkejut Chanyeol dibuatnya. Mana taknya, dia sudahlah besar dan tinggi, Dayeon tarik dia macam tarik plastik. Dia agak kagum dengan kekuatan gadis itu bila dia tengah ketakutan. 

 

“Masuk masuk, cepat!!!,” dia separuh menjerit dengan tangannya ligat menolak Chanyeol ke dalam bilik kecil itu. Memang sah isteri derhaka. Kalau mak dia tahu dia layan Chanyeol sebegini rupa, berubahlah si maknya jadi mak lampir. 

 

“Ahh tak boleh bernafas,” Chanyeol mengadu dengan penuh gedik dan itu membuatkan Dayeon memandangnya tajam sebelum menunjukkan penumbuk sebesar biji rambutan.

 

“Awak please, hari ni pleaseee. Lepasni saya ikut semua yang awak cakap. Tapi harini please, tolong saya,”, entah berapa kali please yang keluar dari mulutnya, betul-betul terdesak sampai dia sanggup menggadai nyawa untuk Chanyeol memberi kerjasama. Chanyeol tersenyum nakal sambil mengusap dagunya.

 

“Betul ke ni?”. 

 

Dayeon mengangguk selaju yang mungkin. Mengharapkan lelaki itu diam dan membiarkan dia berlakon sehebat pelakon di tv depan Sunmi dan Seola. Dia mungkin hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam.

 

Chanyeol mengangguk sebelum dia bersandar di dinding sambil menyilangkan lengannya. Gadis itu menghela nafas. Akhirnya, tercapai juga persetujuan dengan lelaki degil itu.

 

Segera, dia menutup pintu bilik dobi itu dengan perlahan-lahan sebelum berlari ke ruang tamu sambil tercungap-cungap. Nafas ditarik sebelum menenangkan diri. Rambut yang dah macam mak lampir mati laki disikat guna jari sebelum berjalan ke pintu rumah. 

 

“Heyyyyyy girlssss,” tak pernah-pernah dia gedik macam cacing kerawit tu, tiba-tiba saja bertukar sekelip mata. Sunmi dan Seola terkelip-kelip mata melihat Dayeon yang tersengih nervous.

 

“Mana makcik kau? Kitorang ada bawak buah ni, untuk dia. Untuk kau, kitorang bawak kasih sayang je hihi,” Sunmi menunjukkan satu bakul yang berisi buah-buahan sambil tersengih macam kerang basi. Dayeon muncung.

 

“Kasih sayang tak boleh buat makan,” dia balas dengan muka blur. Seola mengenyitkan mata sebelum mereka berdua membuka kasut dan menapak ke dalam. Ingin saja Dayeon mendepangkan tangannya dan menghalang mereka masuk rumah yang penuh dengan rahsia. 

 

Tapi dia tak boleh buat macam tu. 

 

“Ha masuklah,” ujarnya. Dia terasa nervous yang tak boleh bawak bincang. Sebelum ni mereka berdua memang kerap datang ke rumahnya atas faktor rumah yang dekat-dekat, cuma kali ini dia tak lagi tinggal bersama keluarga tapi sang suami yang juga merangkap pensyarah mereka di kolej. Dia menggaru kepala tak gatal.

 

Tiba-tiba, mereka berdua berhenti dan menghidu sesuatu. Dah macam anjing tak lawas Dayeon tengok tapi dia menjadi lebih nervous apabila dua orang rakannya itu melihat sekeliling.

 

“Kau yakin ke ni rumah makcik kau, Dayeon?” soal Seola tiba tiba, membuatkan Dayeon memandangnya dengan mata yang hampir terbeliak. Dia menggaru kepala sebelum mengangguk.

 

“Iyelah ni rumah makcik aku, takkan rumah makcik jual kimchi kat kolej tu pulak,” sempat lagi dia melawak namun Sunmi dan Seola kekal serius. Dayeon macam nak terberanak tanpa sebab.

 

“Tapi kenapa aku bau macam lain ni. Makcik kau single kan? Tak kawin lagi kan?”

 

Dayeon tergamam. Habislah.

 

“Err kau bau apa pulak ni Seola? Tadi aku baru mengemop lantai, kucing jiran sebelah muntah. Tu bau semacam tu,” ujar dia, cuba menghakis apa yang difikirkan mereka berdua tu. Dia dah agak. Dorang berdua ni sangat mahir benda macam ni. Dia menilik jam. Lama lagi ke sebelum semua ini berakhir?

 

“Korang dah makan belum? Ada makanan ni,”tambahnya lagi sebelum dengan berat hati melangkah ke dapur. Mereka itu tetamunya.Macam mana lembiknya dia nak menghadap situasi ini sekarang kerana nyawanya betul-betul di ambang bahaya, namun dia harus cool. 

 

“Belum weh. Sakit perut aku tunggu Seola ni borak dengan boyfriend dia,” ujar Sunmi sebelum dia duduk di salah satu kerusi di meja makan. Matanya meliar memandang  reka bentuk rumah itu. Dia dapat merasakan rumahnya itu lain dari apa yang pernah dia kunjung sebelum ini. Tapi, dia bukannya selalu pergi ke rumah makcik Dayeon jadi dia tak boleh gambarkan apa yang lain.

 

Dayeon yang menuang air ke dalam cawan memandang Seola dengan penuh kaget.

 

“Wow, dah ada boyfriend kawan kita ni,” ujar Dayeon. Seola mencebik sebelum mengunyah pancake kimchi di hadapan nya. 

 

“Bukan boyfriend okay. Aku try nak kenal dengan dia cuma dia tu boring. Cakap pun macam cakap ngan baby, takde respon,” balasnya dengan muka malas. Dayeon ketawa sambil menggeleng kepala. Ada saja perangai mereka ni.

 

“Tulah aku tengok dia pun, aku tahu tak boleh pergi jauh ni. Boyfriend aku juga yang terbaik,” Sunmi menyampuk dengan kedua tangannya memegang antara satu sama lain dan berangan di awangan. 

 

“Yah! Prof. Chanyeol tu aku punya eh. Kau amik prof yang lain,” Seola menjerit kegedikan, hampir berdarah telinga Dayeon dibuatnya tapi ya itulah mereka. Sehari tak menjerit macam beruk, tak sah. Dayeon menjeling ke arah bilik dobi yang tak jauh dari mereka. Past Chanyeol menggelakkan mereka. 

 

“Sejak dia kahwin ni, makin handsome dia. Mesti isteri dia jaga dia elok-elok kan?” soal Sunmi dengan wajah monyok. Dia masih berkabung dengan berita perkahwinan professor kesukaannya itu. 3 hari 3 malam dia menangis, itu yang dia cakaplah. Kebenarannya tiada siapa tahu.

 

Dayeon yang sedang meneguk air soya, terserdak dengan kuat sebelum dia menepuk-nepuk dadanya yang sakit. Seola dan Sunmi menjerit gedik akibat terkejut. Dengan pantas, Dayeon mengelap bibirnya sebelum memandang mereka berdua yang sudah sedia memandangnya dengan wajah pelik.

 

“Makin handsome ke? Biasa je aku tengok,” Dayeon memerlahankan suaranya, agar Chanyeol tak boleh dengar yang dia sedang mengutuk lelaki itu. Seola menggigit bibir sebelum bangun dan mengetuk meja makan itu separuh kuat.

 

“Apa pulak biasa. Dia punya visual tu boleh jadi artis tahu tak. Nasib baik dia bukan artis, kalau tak aku tak boleh jumpa dia depan mata,” dia tersengih manja membuatkan Dayeon ingin merembatnya dengan oven. Gedik betul!

 

Dayeon hanya diam. Dia mengangkat makan panas yang dibekalkan nenek itu ke atas meja. Biarlah mereka ingat itu makanan yang dimasaknya walaupun sebenarnya itu makanan nenek. 

 

Mereka mula menjamah makanan. Dayeon menjeling lagi ke arah bilik dobi. Kesian pulak dekat Chanyeol. Dia dahlah penat drive dari Daegu ke Seoul. Belum makan pulak tu. Tiba-tiba dia terasa macam mak tiri yang mengurung anak tirinya. Seola dan Sunmi pulak si kakak tiri yang jahat. Dia tergelak sendiri.

 

Sunmi dan Seola berpandangan satu sama lain. 

 

“Agak-agak kau kan, Prof kita tu dah selamat ke?”

 

“Selamat apa ni?”. Dayeon dan Seola memandang Sunmi yang sibuk mengunyah.

 

“You know, selamat ehem ehem dengan isteri dia,”

 

Tadi terserdak, kali ini dia terbatuk kuat mendengar kenyataan tak berlapik Sunmi itu. Seola sudah menjerit kegedikan dengan sengihan melebar. 

 

Di fikirannya,mula melayang dengan imej imej antara suami isteri yang membuatkan dia hampir diserang histeria. Dia dan Chanyeol? Oh my god. Jauh sekali. Dia mula berasa kekok. Tak guna punya Sunmi. Fikirannya sudah dikotori. Kalaulah dia tahu Dayeon itu lah isteri kepada boyfriend jadiannya, dia pasti ingin menanam kepalanya di dalam lobang jamban.

 

“Sunmi yah!!”, Seola memukul lengan gadis itu sebelum tersengih nakal.

 

“Mestilah dah selamat. Sebab tu makin handsome,” 

 

Mereka ketawa membuatkan Dayeon makin kurang selesa.Kalau Chanyeol dengar ni mampos dia. Bukan boleh jangka apa yang Chanyeol akan buat. Tak memasal habis dia dibahannya setiap hari.

 

“Korang ni ish. Aku ni innocent tau. Jangan kotorkan aku dengan benda yang tak sepatutnya. Sekian,” dia mengunyah dengan selamba walaupun hatinya sudah berdebar. Makin nervous. Sekejap, bilik dobi itu dijelingnya takut.

 

Sunmi mula curiga.

 

“Kau kenapa e

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
oppabimbap
hi guys. i’ll be updating this fanfic once i got my new laptop today. cant wait to write stories using laptop because ive been using phone to update. stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
loco79 #1
Chapter 28: Author-nim, update juseyooooo ><
yeolmyheart
#2
Chapter 28: WOW JIHYUN
what about yeol dayeon then later if yeol knows shes there sjsjskskk
nana_kwon
#3
Chapter 27: eeeee cepatlah update lagi tak sabar nak tau pasal chanyeol dgn dayeon >< palli updatee!! <3
yeolmyheart
#4
Chapter 27: eeehhhhh omg hahahaha
chanyeol dayeon moments uwu

cant wait to see yeol reaction when he knew jaehyun called his wife XD
yeolmyheart
#5
Chapter 25: OH GOD WHAT TO DO DJDJSKSKKS
yeolmyheart
#6
Chapter 24: huhu dayeon chanyeol moment TT
yeolmyheart
#7
Chapter 23: OOO I MISS THIS STORY SO MUCH HUHU
pikahbajet #8
Chapter 22: lawak la jugak ....update soon
BaeBacon__L #9
Chapter 22: Even kekurangan idea pun and late updated still lagi best. Tapi bagi saya idea author dh bagus dan sesuai. Keep update authornim :) fighting!!!
sya_chocolate
#10
Chapter 22: bored? nahhhh this chapter is really interesting and funny. Im like a madwoman right now, grinning while staring on my phone.

BUT, I had to say that the romance between Dayeon and Chanyeol is quite slow here. They're nice to each other. BUT THAT'S JUST IT! nothing/not very much indicates any developing of feelings.

This story, all/most of it was from Dayeon p.o.v. Yet...we cant detect if she started to develop any feelings towards her husband(except the end of this chapter that she may or may not started to like Chanyeol). Well...I dont mind it as I assumed that you might want to make Chanyeol to fall in love first to his wife.

Im forgot already if maybe you had done a chapter using Chanyeol's p.o.v before. It might be good to tell us their development from Chanyeol's p.o.v this time

This kind of pace is quite good, however, as you said from your author's note that you kinda have a 'writer-block- syndrome', Im afraid that you might lost your interest for your own story or getting this story somehow lost without any direction towards it supposed ending, you might want to quicken the pace. BUT, if you are still doing great and your writer block is kinda for awhile that you just maybe need some times for yourself...then continue with this pace. Either way, its up to you as a writer. You know yourself and your story the best than any of us here.