21 : Messy day!

Life With My Prof. Husband
Please Subscribe to read the full chapter

Dayeon terjaga apabila dia terasa katil itu dihenjut-henjut seseorang. Dia menggeliat sebentar sebelum membuka matanya sedikit.

Siapalah yang kurang cerdik pergi henjut-henjut kat katil aku ni.

Dia terkejut apabila melihat dua orang gadis kecil sedang terloncat-loncat di atas katil yang sedang dibaringnya.
Dia baru sedar, dia berada di Daegu. 

"Unnie! Unnie! Bangunlah," ujar yang berambut paras bahu itu dengan riang. Tak henti-henti mereka berhenjutan di atas katil. 

"Pukul berapa sekarang?" soalnya, dalam mamai. Matanya digosok perlahan sebelum menguap sebesar alam.

"6.45 pagi," balas seorang lagi. Terbeliak mata Dayeon dibuatnya. Fulamak, awal nau! Waktu sekarang ni, dia masih dibuai mimpi enak lagi. Patutlah dia mengantuk semacam.

"Tak boleh ke unnie tidur sikit lagi?" pintanya. Mujur saja dia mempunyai rasa simpati dan kemanusiaan, kalau dapat dekat Sunmi, mahu dihayunnya budak tu dengan pokok tebu. Berani betul kacau waktu tidurnya.

Dua budak itu menggeleng. Baru Dayeon sedar, mereka kembar. Mengantuk punya pasal, muka sama pun nampak macam lain. 

"Unnie, dah cerah lah. Nenek panggil unnie tadi," ujar yang berambut pendek macam lelaki itu. Dayeon terasa matanya bertukar ringan apabila disebutnya nenek. 

Pasti nenek mahu meminta tolongnya. Dengan penat, dia mengubah posisinya dari berbaring ke duduk. Dia melihat sekeliling, hanya buat tak tahu dengan dua orang budak yang masih berparti di atas katilnya. 

Dia mengerut dahi. Setahunya, setelah pertengkaran dinginnya dengan Chanyeol malam tadi, dia sudah nyenyak di atas karpet. Pagi ni pulak, dia sudah berada di atas katil. 

Aku ni tidur sambil berjalan. Dia menggaru kepala sebelum menutup mulut. Pasti Chanyeol yang mengangkatnya . 

Damn. Dia pegang aku ke? Cepat-cepat dia memegang badannya. Bibir digigitnya, seriau jika itu benar. Dia menggeleng kepala, menghilangkan fikiran itu cepat-cepat.

"Okay-okay, unnie dah bangun. Awak berdua turunlah, kesian katil ni sakit," ujar Dayeon kepada mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri. 

"Okay unnie! Jumpa nanti!" balas mereka sebelum berlari keluar. Pening betul kepala Dayeon. Dia bangkit dan menyelak langsir, memang benar-benar cerah. Jiran tetangga juga sudah masing-masing keluar dari rumah, meriuhkan hari. 

Dia menghela nafas sebelum berlalu ke tandas untuk membasuh muka dan mengikat rambut.

"Oh cucu nenek dah bangun?" ujar Puan Oksoo apabila melihat Dayeon terkedek-kedek datang ke dapur. Dia menggigil-gigil apabila air dari paip tadi bukan main sejuk.

Ni air dari tangki ke, air dari peti ais. Dayeon hanya tersenyum dan berdiri di sebelah wanita itu yang sedang mencarik daun kucai.

Dayeon memandang sekeliling, dapurnya agak besar. Dah level-level dapur Gordon Ramsay dah ni. Mesti nenek Chanyeol ni suka memasak, bisiknya.

Dia memandang ke arah ruang tamu. Tiada sesiapa. Dia mula pelik. Mana sepupu sepapat Chanyeol? 

"Mana semua orang nek? Chanyeol?" soalnya, kehairanan.

Neneknya yang sedang mengaul sayur itu segera menghidupkan api.

"Oh budak-budak tu dekat luar. Ha, suami kamu pergi ikut si atuknya ke laut, nak tengok hasil," balasnya. Dayeon mengusap leher. Terasa kekok pulak bila Chanyeol dilabel 'suaminya'. Aduh, bilalah nak biasakan diri ni. 

"Nek nak saya bantu? Saya ni takde lah reti sangat nak masak tapi tolong sikit-sikit bolehlah," ujarnya, malu-malu. Dia tak mahu lah pelawa dirinya banyak-banyak, kalau rosak makanan orang tu, mau satu rumah mencekiknya sampai naik biru. 

"Oh tak apalah. Kamu duduk ajelah dulu, kalau nenek nak suruh kamu, nenek panggil ya?"

Bukan main lega Dayeon dibuatnya. Mujur nenek Chanyeol ini ada deria keenam, macam dapat agak aje aku ni cepat menjahanamkan benda. Kuikui.

Dia mengangguk sebelum beriadah di sekeliling dapur. Dapur itu agak besar dan tersusun macam di masterchef. Bila mengenangkan kepakaran nenek memasak, dia jadi tak sabar untuk makan dengan penuh berselera. 

Tiba-tiba, telinganya dapat menangkap satu bunyi yang agak riuh di luar rumah. Selang seli suara budak-budak dan ayam. Aneh Dayeon dibuatnya. 

Dengan segera, dia memunculkan diri di belakang rumah. 

Matanya terbuntang sedikit luas.

"Apa yang korang buat ni?" soalnya apabila melihat 4 orang adik sedara Chanyeol itu sedang bersusah payah mengejar seekor ayam. Walaupun cuaca sejuk, peluh menitik di dahi kecil mereka.

"Ha kak dayeon, tolonglah kitorang tangkap ayam, buat sup,"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
oppabimbap
hi guys. i’ll be updating this fanfic once i got my new laptop today. cant wait to write stories using laptop because ive been using phone to update. stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
loco79 #1
Chapter 28: Author-nim, update juseyooooo ><
yeolmyheart
#2
Chapter 28: WOW JIHYUN
what about yeol dayeon then later if yeol knows shes there sjsjskskk
nana_kwon
#3
Chapter 27: eeeee cepatlah update lagi tak sabar nak tau pasal chanyeol dgn dayeon >< palli updatee!! <3
yeolmyheart
#4
Chapter 27: eeehhhhh omg hahahaha
chanyeol dayeon moments uwu

cant wait to see yeol reaction when he knew jaehyun called his wife XD
yeolmyheart
#5
Chapter 25: OH GOD WHAT TO DO DJDJSKSKKS
yeolmyheart
#6
Chapter 24: huhu dayeon chanyeol moment TT
yeolmyheart
#7
Chapter 23: OOO I MISS THIS STORY SO MUCH HUHU
pikahbajet #8
Chapter 22: lawak la jugak ....update soon
BaeBacon__L #9
Chapter 22: Even kekurangan idea pun and late updated still lagi best. Tapi bagi saya idea author dh bagus dan sesuai. Keep update authornim :) fighting!!!
sya_chocolate
#10
Chapter 22: bored? nahhhh this chapter is really interesting and funny. Im like a madwoman right now, grinning while staring on my phone.

BUT, I had to say that the romance between Dayeon and Chanyeol is quite slow here. They're nice to each other. BUT THAT'S JUST IT! nothing/not very much indicates any developing of feelings.

This story, all/most of it was from Dayeon p.o.v. Yet...we cant detect if she started to develop any feelings towards her husband(except the end of this chapter that she may or may not started to like Chanyeol). Well...I dont mind it as I assumed that you might want to make Chanyeol to fall in love first to his wife.

Im forgot already if maybe you had done a chapter using Chanyeol's p.o.v before. It might be good to tell us their development from Chanyeol's p.o.v this time

This kind of pace is quite good, however, as you said from your author's note that you kinda have a 'writer-block- syndrome', Im afraid that you might lost your interest for your own story or getting this story somehow lost without any direction towards it supposed ending, you might want to quicken the pace. BUT, if you are still doing great and your writer block is kinda for awhile that you just maybe need some times for yourself...then continue with this pace. Either way, its up to you as a writer. You know yourself and your story the best than any of us here.