08 : Who freaking is that?

Life With My Prof. Husband
Please Subscribe to read the full chapter

Dayeon menggeliat- geliuk di atas katil apabila bunyi kuali belanga menganggu tidurnya yang begitu nyenyak. Dia menguap besar sebelum bergolek-golek, menghilangkan rasa mengantuk. 

Terasa sejuk pula pagi itu. Dia menghela nafas sebelum menjeling jam, 1.15 petang. Matanya terbuntang luas. Mak aih! Lama beno aku tidur ni.

Namun dia kekal tenang. Mujurlah tiada kelas hari ini, kalau tidak, mahu kena cekik sampai biru dia dengan Miss Foo, professor wanita dari China. Ketegasan wanita cina itu langsung tak boleh dibawa bincang. Memikirkan namanya sahaja membuat Dayeon seram sejuk. 

Dia mengulum bibir. Teringat pula kisah malam tadi. Benar-benar malapetaka! Rasa serba-salah pula pada Jihyun dan tunangnya kerana insiden yang terjadi padanya itu. Ikutkan hatinya semalam, mahu saja dia pulang sendiri tanpa perlu Jihyun membatalkan temu janjinya pada malam itu. Rupanya...

"Eh kau dekat mana ni?" suara Jihyun di hujung telefon kedengaran agak risau. 

"Aku dekat bus stop ni. Sorry tau Jihyun tak dapat teman kau. Aku taknak lah malukan kau dengan muka aku comot berdengung ni. Aku boleh balik sendiri, tak apa," panjang berjela Dayeon membalas. Dia benar-benar rasa serba salah walaupun sebenarnya dia gembira. Entah kenapa.

"Kau nak balik sorang-sorang naik bas pakai macam tu? Kau ni gila ke? Dahlah tempat tu banyak kes rogol. Kau tunggu kejap, aku datang," Jihyun berkata tegas. Pertama kalinya wanita bak bidadari itu bertukar singa yang hilang anak.

Dayeon menelan air liur. Rogol? Aduhai Jihyun ni pun satu lah. Tak nak tapis dulu ke? Aku dahlah sensorang ni! getus hati Dayeon sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Belum sempat dia membalas apa-apa, Jihyun mematikan talian, membuatkan dia menjerit memanggil wanita itu bagai orang kurang siuman.

"Jihyun? Oi oi! Eeee," bebel Dayeon, hampir menyumpah seranah telefon pintarnya.

Begitulah ceritanya. Akhirnya, setelah menghantarnya pulang, Jihyun mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja pertemuan pada malam itu dengan alasan malas mahu memandu ke butik itu semula. Penat. 

Dayeon menggigit bantalnya. Nak buat macam mana? Benda dah jadi. Dia cuba menenangkan hatinya sebelum terganggu lagi dengan bunyi kuali belanga yang dok bergaduh di dapur. Kuat beno bunyinya.

Dia akhirnya bangun dari katil dan mandi untuk seketika sebelum keluar, bertemu dunia. 

****

Kosong. Tiada satu pun batang hidung yang kelihatan. Dayeon mula menggaru kepala. Pelik ni. Tak kanlah keluarganya belum bangkit lagi? Wah, tak mungkin. Mati hidup semula pun, ibunya tak akan bangun selewat ini. Lainlah dirinya. 

Dia mendekati dapur. Pembantu rumah sedang membasuh pinggan tanpa menyedari dirinya dibelakang.

"Mak pergi mana, cik?" sergahnya daripada belakang.

"Ococot mak kau kentut buih, ewah!"
Bukan main terkejut lagi wanita itu sampai benda bukan-bukan disebutnya. Mujur saja air sabun Daia itu tidak tersimbah ke arahnya. Naya jawabnya!

Dayeon menahan tawa. Dia tahu wanita berumur 47 tahun itu kuat melatah. 

"Ish kamu ni Dayeon!!!! Kamu taktahu ke acik ni ada penyakit asthma," marah acik Yunna, yang selesa dipanggil acik Yun oleh keluarga itu. Dayeon mengulum bibir.

"Apa kena mengena, cik?" ujarnya. Acik Yun hanya mengangkat bahu dengan wajah cemberut. Dayeon akhirnya mengangkat tangan, mengalah.

"Okay-okay, sorry eh cik? Ni nak tanya, mana semua orang?" soalnya lagi apabila melihat mood wanita itu sudah semakin surut.

"Mak kamu biasalah pergi pasar, beli barang. Cik Jihyun keluar kejap ikut mak kamu. Adik kamu pergi jumpa kawan rasanya. Encik Jeon pun keluar jumpa kawan," lagaknya seperti seorang setiausaha yang lengkap membuat analisis untuk bosnya. Tergamam Dayeon dibuatnya.

Wah, benar-benar ada potensi ni.

Dia hanya mengangguk, faham sebelum wanita itu berlalu meninggalkannya. 

Pelik jugalah. Biasanya, kalau kerja ke pasar, pasti dia disuruh menemani ibunya. Tapi kali ini, Jihyun mengambil tempat. Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurang dia boleh berehat sebentar. Terasa nak demam pulak lepas kena simbah air sejuk semalam. Aih, budak kecik tu kan....

Dia berlalu ke ruang tamu. Rancangan televisyen tiada yang menarik. Buku-buku ilmiah bapanya lagilah tak menarik. Semua pasal bola

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
oppabimbap
hi guys. i’ll be updating this fanfic once i got my new laptop today. cant wait to write stories using laptop because ive been using phone to update. stay tuned!
Poll

What's your opinion about this fanfic so far?

Results

Comments

You must be logged in to comment
loco79 #1
Chapter 28: Author-nim, update juseyooooo ><
yeolmyheart
#2
Chapter 28: WOW JIHYUN
what about yeol dayeon then later if yeol knows shes there sjsjskskk
nana_kwon
#3
Chapter 27: eeeee cepatlah update lagi tak sabar nak tau pasal chanyeol dgn dayeon >< palli updatee!! <3
yeolmyheart
#4
Chapter 27: eeehhhhh omg hahahaha
chanyeol dayeon moments uwu

cant wait to see yeol reaction when he knew jaehyun called his wife XD
yeolmyheart
#5
Chapter 25: OH GOD WHAT TO DO DJDJSKSKKS
yeolmyheart
#6
Chapter 24: huhu dayeon chanyeol moment TT
yeolmyheart
#7
Chapter 23: OOO I MISS THIS STORY SO MUCH HUHU
pikahbajet #8
Chapter 22: lawak la jugak ....update soon
BaeBacon__L #9
Chapter 22: Even kekurangan idea pun and late updated still lagi best. Tapi bagi saya idea author dh bagus dan sesuai. Keep update authornim :) fighting!!!
sya_chocolate
#10
Chapter 22: bored? nahhhh this chapter is really interesting and funny. Im like a madwoman right now, grinning while staring on my phone.

BUT, I had to say that the romance between Dayeon and Chanyeol is quite slow here. They're nice to each other. BUT THAT'S JUST IT! nothing/not very much indicates any developing of feelings.

This story, all/most of it was from Dayeon p.o.v. Yet...we cant detect if she started to develop any feelings towards her husband(except the end of this chapter that she may or may not started to like Chanyeol). Well...I dont mind it as I assumed that you might want to make Chanyeol to fall in love first to his wife.

Im forgot already if maybe you had done a chapter using Chanyeol's p.o.v before. It might be good to tell us their development from Chanyeol's p.o.v this time

This kind of pace is quite good, however, as you said from your author's note that you kinda have a 'writer-block- syndrome', Im afraid that you might lost your interest for your own story or getting this story somehow lost without any direction towards it supposed ending, you might want to quicken the pace. BUT, if you are still doing great and your writer block is kinda for awhile that you just maybe need some times for yourself...then continue with this pace. Either way, its up to you as a writer. You know yourself and your story the best than any of us here.