03 : Annoying Jerk
Life With My Prof. HusbandDayeon tersentak apabila folio setebal kamus oxford itu dicampak di atas meja, berhadapan dengannya. Wajah Chanyeol yang masam dan serius itu dipandangnya tanpa kelip. Keliru dengan apa yang jadi.
"Cuba awak cakap, apa yang awak buat dengan assignment yang saya bagi,? Suara garau lelaki itu meluru masuk tepat ke dalam gegendang telinga. Suara Chanyeol bertambah garau apabila suasana menjadi sunyi.
Dayeon mati akal. Dia masih pusing dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki didepannya itu.
"Apa maksud prof?" soalnya kembali, tanpa beragak-agak yang menerima keluhan berat daripada Chanyeol.
"Gagal, awak gagal assignment untuk semester ni. Buat balik atau tak ada markah tambahan untuk final exam," acuh tak acuh, kata-kata lelaki itu membuat Dayeon tergamam teruk. Dia seakan tak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi.
Apabila melihat prof nya sudah berkemas meja, segera dia bertindak.
"Eh, eh, kejap prof. Apa salah saya? Kenapa saya kena repeat?" soalnya, seperti tak puas hati. Tak mungkinlah, folio yang setebal dua kamus oxford itu langsung tak menepati apa yang dimahukan lelaki itu. Dayeon mula berang.
Chanyeol membuka cermin matanya sebelum memandang Dayeon tepat.
"Cuba tengok balik folio awak ni. Langsung tak ada apa yang saya nak. Saya suruh awak buat research sendiri, bukan salin dan tiru dari sumber library! Kalau macam ni, tolong jangan terlalu berharap untuk lulus. Ingat ya, Dayeon, quality over quantity. Bukan harapkan tebal, tapi tak ada makna,"
Dayeon terdiam serta merta. Dia merasakan seperti sebuah pisau menusuk ke dalam kalbunya sebaik sahaja mendengar kata-kata terakhir Chanyeol itu. Penat-penat dia bersengkang mata setiap malam demi menyiapkan tugasannya, sesuka hati saja lelaki berlagak itu mengutuk hasil kerjanya.
Hati Dayeon panas menggelegak. Dia hanya menghela nafas walaupun ada syaitan di tepi menghasutnya untuk membalas balik apa yang dikutuk lelaki itu.
"Tapi, saya memang buat research sendiri. Saya tak tiru dari mana-mana sumber. Saya tak nak repeat," Dayeon bersuara perlahan walaupun hatinya panas. Dia benar-benar tak tahu bagaimana untuknya mengulangi tugasan sama yang mengambil masa hampir 2 bulan. Final exam hampir mendekati.
"Tak ada bantahan, Cik Dayeon. Buat atau tiada markah tambahan untuk final exam. No more discussing. Please leave,"
"Tapi Prof. Chany-"
"Saya kata tak ada tapi, Cik Dayeon. Keputusan muktamad. Dan, panggil saya Prof. Park."
Hampir saja Dayeon melayangkan beg sandangnya ke atas kepala lelaki itu apabila melihat kesombongannya.
Dia tahu Chanyeol ialah professornya tapi, professor yang lain tak pernah berkelakuan seperti itu. Sombong dan bongkak. Kalau ya pun nak reject folio orang, jangan sesuka hati cakap aku meniru hasil keja orang lain!! Tak guna!!!
Penat-penat aku perah tenaga cari maklumat, sesenang betul hati dia tuduh aku macam tu!! Nasib baik professor, kalau tak, dah lama hancur lelaki tu!!!
Dayeon menjerit dalam hatinya. Dia mengetap bibir. Wajahnya merah padam, menahan marah dan malu dalam masa yang sama. Malu, kerana dipekik sebegit
Comments