15 : Protecting Our Secret!
Life With My Prof. HusbandDayeon terkelip-kelip mata memandang dirinya di atas katil yang lebar dan besar itu. Malah, bilik itu lebih besar dari katil yang sudah gedabak saiznya. Dia masih keliru.
Kenapa aku ada dekat sini? Dia sungguh tak pernah lihat bilik itu sebelum ni. Ini betul bukan biliknya. Yang menyedihkan, biliknya tidak sebersih itu. Ya, agak menyedihkan, tapi itu sahaja caranya untuk dia mengenal pasti sama ada itu biliknya atau tidak.
Dia menggaru kepalanya dan menguap sebesar alam. Nyenyak sungguh tidurnya malam semalam. Macam macam jenis mimpi dia alami. Dia berkahwin dengan kucinglah, dia menjadi model Victoria Secret lah.
Aneh, memang aneh.
Dia bangkit dari katil sambil menguap besar sebelum melangkah ke cermin meja yang agak besar di hadapan katil.
Dia melihat wajah nya yang penuh campuran air liur basi dan tahi mata. Dia masih tertanya-tanya sebelum terpandang tie hitam di atas meja itu. Dia mengerut dahi.
OMO!
Dia menutup mulut. Matanya terbeliak. Sekali lagi matanya terpandang ke arah tuxedo hitam di atas kerusi kecil. Hatinya berdebar.
"Aku buat apa semalam?" bisiknya. Syukur dia masih berpakaian lengkap. Dia semakin takut apabila melihat pakaian lelaki di bilik yang dia sendiri tak tahu kepunyaan siapa.
Chanyeol.
Matanya terbeliak lagi.
Oh ya! Aku dah kahwin! Dia menepuk dahi.
****
Matanya terkelip-kelip memandang figura lelaki yang sedang sibuk di dapur.
Is this really happening? bisiknya sendiri.
Ketika mandi dan bersiap diri tadi, dia baru teringat bahawa Chanyeol membawanya ke rumah lelaki itu, malam tadi. Akibat terlalu penat dan mengantuk, dia akhirnya tertidur entah di mana. Tengok-tengok, sudah di atas katil.
Dayeon masih terkesima melihat rumah Chanyeol yang bukan main besar. Bilik saja sudah ada 3, padahal mamat tu bujang. Masa bila entah nak tidur kat semua bilik.
Dia menggaru kepala melihat Chanyeol yang masih sibuk dengan sarapan pagi.
"Eh?" ujar Chanyeol setelah berpusing, untuk mengambil pinggan.
Dayeon hanya diam, seribu bahasa.
"Ingat tak nak bangun sampai malam," perli lelaki itu. Dayeon menjuih bibir.
Perli-perli macam mak orang!
Namun, dia masih kekok dan tak berganjak dari tempatnya berdiri.
Chanyeol menghela nafas apabila melihat Dayeon yang masih lost dengan keadaan pagi itu.
"Duduk. Kita sarapan dulu,"
Dayeon hanya mendiamkan diri. Gila ke nak makan dengan dia? Mampus aku kekok kat sini.
Chanyeol memandangnya tepat sebelum melipat-lipat lengan kemeja putihnya ke paras siku. Rambutnya yang belum bersikat itu dibetulkan sedikit.
"Nak makan berdiri ke? Tak apalah, itu pun kalau awak nak sembelit," balas Chanyeol selamba sebelum duduk di atas kerusi meja makan dan mula menjamah sarapan hasil air tangannya.
Mahu saja Dayeon belasah lelaki itu sekarang juga. Orang malu-malu, boleh dia kata pasal sembelit. Konfius kejap, betul ke aku kahwin dengan professor ni. Dayeon mencebik.
Perutnya sudah berbunyi-bunyi apabila Chanyeol mengunyah roti bakar campur cheese itu. Dia masih mendiamkan diri di tepi meja makan.
"Saya kira sampai tiga, kalau tak saya habiskan cheese ni," ugut Chanyeol pula. Terbeliak Dayeon apabila dia berkata begitu.
Cepat-cepat dia mengambil tempat di hadapan Chanyeol dan mula menjamah makanan dengan penuh adab.
Kalau dekat rumah ni, mahu terbalik meja makan tu dibuatnya. Baru sarapan pagi, belum makan malam. Patah riuk meja tu gamaknya.
Ah, tak payah malu-malu, yang p
Comments