25 - What do I do?!

Life With My Prof. Husband
Please Subscribe to read the full chapter

Ingin saja Dayeon mencampak dirinya ke dalam parit di belakang rumah nenek apabila teringatnya peristiwa pagi tadi. Dia mengerut dahi sebelum mengeliat di atas kerusi kulit milik kereta Chanyeol. 

Kenapalah dia begitu bengap sehingga boleh termuntah di atas Chanyeol. Dia tak peduli jika lelaki itu lihat dia muntah tapi seriously, atas badan Chanyeol? Hampir saja dia google macam mana nak tanam diri hidup-hidup tapi tak meninggal. Aduh sudah bengap, bingai pulak tu. 

 

Tapi bukan salah dia. Dari awal lagi dia dah memberi amaran yang dia cepat loya tapi lelaki tu degil. Ha itu lah makannya. Sudah berbau satu badannya sepanjang pulang ke rumah nenek.

 

“Cuba duduk diam-diam. Nanti tergolek kereta ni kang,” Chanyeol membelah sunyi apabila Dayeon menggeliat tak tentu pasal. Krek krek bunyi kerusi kulit itu. Sakit kepala sakit telinga. Dayeon muncung sedepa. Tak tahu nak marah ke tak dekat suaminya. Memang salah dia sebab tak memasal lelaki itu berbau macam nak bagi orang mati. 

 

Dia memandang Chanyeol yang matanya tak lekang daripada jalan raya. Kadang kala Dayeon pun pelik dengan si Chanyeol ni. Memang tak berperasaan langsung. Sedih macam tu, marah macam tu, gembira macam tu. Jin mana sedut perasaan dia ni, kurang asam betul. Kot ye pun nak main sedut-sedut, sedutlah perangai jengkel Chanyeol. Baru lega hatinya.

 

“Saya tak puas hatilah”, ujar Dayeon. Muncungnya masih sedepa. Kalau dua depa, boleh gantung baju agaknya.

 

Chanyeol mengangkat keningnya sebelum memandang Dayeon yang masam mencuka.

 

“Awak ni memang takde perasaan atau memang saja taknak tunjuk perasaan?”, dia mengecikkan matanya kepada Chanyeol. Dia benar-benar tak puas hati dan dia harus mendapatkan jawapan. Kalau benarlah lelaki itu memang tak berperasaan, sungguh dia tak kan buat apa apa sebab bukan masalah dia pun.

 

“Apa dia soalan awak ni? Saya nak jawab pun rasa serba salah”, dia menggeleng kepala sambil tersengih. Mungkin dah fed up dengan perangai isterinya itu. Ada je benda tak kena. 

 

“Jawab jelah. Kalau tak, jomlah gaduh. Saya dah lama tak bertumbuk ni,” dia menyerongkan badannya dan menayangkan tangannya yang sudah dikepal. Kecik cenonet je tapi garang. 

 

“Amboi amboi, ni saya kahwin dengan mafia mana ni? Garang macam singa. Singa pun taubat kalau tengok awak ni”, dia ketawa, suaranya yang garau dan besar itu kedengaran seperti diawangan. Dayeon tergamam. Lesum pipit muncul jelas di pipinya.

 

“Saya ni serius tau, nampak macam bergurau ke? Penatlah gini,” dia muncung lagi sebelum memandang ke luar tingkap. Kononnya merajuk. Chanyeol menjelingnya sekilas dengan senyuman nipis. Dia dah macam itik tak siap. Elok buat gulai itik, biar dia tahu rasa.

 

“Kalau awak marah, nampak macam semut tengah marah. Cit cit cit. Saya pun confused awak tengah marah ke tengah nak bermanja”, dia mengusik lagi. Tingkap dibuka luas, membiarkan angin sejuk menyapa mereka di dalam kereta. Terbeliak mata Dayeon. Biar betul mamat ni. Bermanja kepala hangguk hang. Orang ajak berpisau, dia kata bermanja. Sah tak betul. Dia menjeling lelaki itu.

 

“Oh bermanja eh. Saya terjun ni, saya terjun. Biar saya jadi hantu cekik awak nanti”, tiba-tiba dia buat gila. Dia saja-saja meletakkan kakinya di atas cushion itu  sebelum berdrama seakan mahu terjun ke luar ketika kereta sedang laju.

 

Wajah Chanyeol bertukar serius dan pucat lesi apabila melihat Dayeon yang seakan betul-betul mahu melompat keluar. Di dalam fikirannya, dia sudah terbayang segala gambaran jika benar dia akan melompat dari kereta yang sedang meluncur laju.

 

“Dayeon”, suaranya keras dan dingin. Sekejap dia pandang jalan, sekejap dia pandang ke arah Dayeon.

 

Matanya tajam merenung ke anak mata gadis itu. Dayeon mula gentar apabila melihat perubahan riak wajah lelaki itu. Niatnya hanya untuk bergurau atau menakutkan lelaki itu, bukan membuatnya marah. Wajahnya bertukar monyok, seperti seekor anak anjing.

 

“Awak rasa benda ni kelakar ke? Kalau jatuh macam mana? Jangan buat lagi benda macam ni, saya tak suka”

 

Tersentak dia dibuatnya. Betul-betul berapi Chanyeol kali ini. Dia benar-benar tak menyangka itu. Mata tajam Chanyeol yang merenungnya dipandang cuak dan takut. Lelaki itu boleh jadi begitu menakutkan bila dia marah. Nasib baik Dayeon baru melepaskan hajat kecilnya tadi, kalau tak basah kerusi tu di buatnya. Makin berapi pulak mamat tu nanti. 

 

“Okay sorry,” suaranya perlahan. Dia tak berani memandang Chanyeol. Yang tadinya dia galak nak loncat macam beruk hutan kini diam membisu macam beruang hibernasi. Sangat pelik. Pandangannya dibuang ke luar.

 

Perjalanan pulang ke rumah hanya ditemani kesunyian.

 

***

 

Dayeon duduk di atas sofa sebelum menekan punat ON pada remote televisyen. Dari tadi mereka tidak bercakap mahupun bertegur. Marah sangatkah lelaki itu kepadanya? Sampai kat rumah pun, dia masih dengan muka selamba dia. Dayeon pun naik berbulu. Dia sudah meminta maaf, apa lagi yang lelaki ini mahukan. Jarinya ligat mencari saluran yang menarik namun hanya hampa saja. Go shop lah, CJ wow shoplah. 

 

Dia menutup tv sebelum pergi ke dapur, ingin mengambil yogurt yang baru saja dibelinya beberapa hari lepas. Dia memandang ke arah tangga, Chanyeol tadinya naik ke atas. Tak turun-turun. Dia mengulum bibir. Biarlah dia.

 

Sedang enak dia menikmati yogurt anggur sambil mendengar lagu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, menandakan ada seseorang menelefonnya. Dia mengeluh perlahan. Siapalah yang berani kacau dia time-time gini.

 

Nama Sunmi terpapar di atas skrin telefon bimbitnya. Dia hampir terserdak. Segera Dayeon duduk tegak. Dia berasa tak sedap hati apabila melihat nama Sunmi. Ada apa gadis itu menghubunginya? Esok dia boleh jumpa. Kenapa nak call-call pulak ni. Sejak dia menyimpan rahsia ini, segala benda membuatnya cuak. 

 

Dia hanya membiarkan panggilan itu tak berjawab. Kalau dia call lagi, maksudnya ada benda lain macam.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
oppabimbap
hi guys. i’ll be updating this fanfic once i got my new laptop today. cant wait to write stories using laptop because ive been using phone to update. stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
loco79 #1
Chapter 28: Author-nim, update juseyooooo ><
yeolmyheart
#2
Chapter 28: WOW JIHYUN
what about yeol dayeon then later if yeol knows shes there sjsjskskk
nana_kwon
#3
Chapter 27: eeeee cepatlah update lagi tak sabar nak tau pasal chanyeol dgn dayeon >< palli updatee!! <3
yeolmyheart
#4
Chapter 27: eeehhhhh omg hahahaha
chanyeol dayeon moments uwu

cant wait to see yeol reaction when he knew jaehyun called his wife XD
yeolmyheart
#5
Chapter 25: OH GOD WHAT TO DO DJDJSKSKKS
yeolmyheart
#6
Chapter 24: huhu dayeon chanyeol moment TT
yeolmyheart
#7
Chapter 23: OOO I MISS THIS STORY SO MUCH HUHU
pikahbajet #8
Chapter 22: lawak la jugak ....update soon
BaeBacon__L #9
Chapter 22: Even kekurangan idea pun and late updated still lagi best. Tapi bagi saya idea author dh bagus dan sesuai. Keep update authornim :) fighting!!!
sya_chocolate
#10
Chapter 22: bored? nahhhh this chapter is really interesting and funny. Im like a madwoman right now, grinning while staring on my phone.

BUT, I had to say that the romance between Dayeon and Chanyeol is quite slow here. They're nice to each other. BUT THAT'S JUST IT! nothing/not very much indicates any developing of feelings.

This story, all/most of it was from Dayeon p.o.v. Yet...we cant detect if she started to develop any feelings towards her husband(except the end of this chapter that she may or may not started to like Chanyeol). Well...I dont mind it as I assumed that you might want to make Chanyeol to fall in love first to his wife.

Im forgot already if maybe you had done a chapter using Chanyeol's p.o.v before. It might be good to tell us their development from Chanyeol's p.o.v this time

This kind of pace is quite good, however, as you said from your author's note that you kinda have a 'writer-block- syndrome', Im afraid that you might lost your interest for your own story or getting this story somehow lost without any direction towards it supposed ending, you might want to quicken the pace. BUT, if you are still doing great and your writer block is kinda for awhile that you just maybe need some times for yourself...then continue with this pace. Either way, its up to you as a writer. You know yourself and your story the best than any of us here.