11 : He's not that bad, is he?
Life With My Prof. HusbandSobs sobs...
Dayeon mengesat hingus hijau yang meleleh dari hidungnya akibat menangis terlalu lama. Dia tak menyangka hidupnya akan menjadi begitu malang sebegini rupa.
Hari sudah semakin lama dan dia masih terkurung di dalam bilik yang sunyi dan busuk ini. Tak busuk pun sebenarnya tapi lantaklah, bila dia takut, semua benda jadi busuk.
Dia memandang sekeliling. Memang benar menyeramkan. Tak boleh dia bayang jika benar dia harus menghabiskan malamnya dia tempat yang penuh dengan lipas ini. Dia mendengus. Terngiang pula kata-katanya kepada Sunmi siang tadi.
Habis kepalanya diketuk2, apabila mengenangkan kebodohannya yang tak terhingga.
Tiba-tiba, dia terfikir satu kejadian di kampus itu beberapa tahun yang lalu.
Gulp. Air liur ditelan. Pelajar perempuan bunuh diri akibat dibuli. Ada juga yang mengatakan, sesiapa saja yang berada di sekolah selepas pukul 6, akan mengalami detik2 cemas.
Ada yang tak jumpa jalan keluar kampus. Ada juga yang kerap terserempak dengan hantu itu di sebuah bilik.
Mengenangkan sebuah bilik, Dayeon tersentak. Ya, tak silap lagi. Bilik ini lah yang dimaksudkan itu. Pundi kencing Dayeon sudah kembung, ingin terkencing.
Hatinya berdebar2 tak terkata. Pintu digoncang lagi. Masih tiada perubahan. Air matanya sudah bergenang hebat di kantung mata.
"SALYOJUSEYO! SALYOJUSEYOOOO~" dia menjerit terketar-ketar. Dia benar-benar takut. Tak pernah dia terkunci di kampus seumur hidupnya. Terkunci di bilik pun tak pernah, apatah lagi di kampus yang sebesar alam itu.
"Hello? Ada orang ke?" suara dari dalam membuatkan dia mengangkat kening. Dia menghela nafas. Sekurang2nya dia tak keseorangan.
Dia mengangkat muka. Sesiapa saja yang melihat wajahnya ketika itu, pasti buta sekelip mata akibat cahaya yang terpancar teruk dari wajah Dayeon.
"Ya!!! Ada ada!!!" jeritnya pula sebelum bangkit dari lantai. Dia menunggu lelaki itu keluar daripada biliknya.
Dia tersentak apabila melihat seorang staff lelaki keluar daripada biliknya. Wajah lelaki itu agak keliru apabila melihat keadan Dayeon yang seakan pelarian berbadan busuk. Kusut masai benar wajahnya.
"Apa awak buat dekat sini?" soal lelaki itu dibalik keadaan yang agak gelap itu sebelum mendekati Dayeon yang sudah kucing, menantikan pintu itu dibuka.
"Pintu..." dia menunding ke arah pintu itu. Lelaki yang mungkin dalam lingkungan 30an itu mengerut dahi sebelum menggoncang pintu itu. Terkunci.
Dia tak kelihatan terkejut.
Dayeon mengangkat dahi. Aku kemain gelabah macam dah nak mati kat sini, dia boleh rilek je? Amboi amboi.
Dayeon membalas pandangan dengan lelaki itu.
"Kenapa?"
Dayeon mula tak keruan. Jangan cakap dia kena bermalam disini bersama lelaki itu sudahlah.
"Tolong bukak pintu ni?" tona suaranya yang seperti meminta itu membuat lelaki itu ketawa. Dayeon dapat membau alkohol daripada mulutnya.
"Nk taknak, awak kena bermalam dekat sinilah. Dengan saya," sebaik saja dia menghabiskan kata-kata terahirnya, dia mendekatkan muka dengan Dayeon. Dayeon masih tergamam, memandang wajah lelaki mabuk itu.
"Cantik...Wangi" tambah lelaki itu lagi sebelum menghidu rambut Dayeon yang kusut masai itu. Serta merta, Dayeon menyepak kepala laki itu kuat.
"Kurang hajo betul!" marahnya yang memegang bekas kuih raya dari meja yang berdekatan sebagai senjata. Lantaklah kuih siapa pun, janji dia dapat bantai laki mabuk dihadapannya ketika ini.
"Bilik ni dah terkunci... tak ada siapa dengar awak punya jeritan" langkahnya semakin mendekati Dayeon yang sudah terketar2. Walaupun mau saja dia melayangkan karate yang tersemat rapi dalam dirinya itu, tapi dia masih lagi takut utk mendekati seorang lelaki mabuk. Laki mabuk ni pelik sikit.
"B-berani lah kau dekat, bocor kepala kau kena bucu bekas ni," di
Comments