20 : Let me punch you
Life With My Prof. HusbandWARNING : LONGER CHAPTER
Tepat jam 9.30 malam, kereta berwarna putih itu memasuki kawasan perumahan kampung di Daegu. Kawasan di sana agak luas, jadi Chanyeol terus memarkir keretanya , betul-betul di hadapan sebuah rumah yang agak besar itu.
Suasana di kawasan perumahan itu agak sunyi dan hening walaupun belum masuk pukul 10 malam. Dayeon memandang-mandang sekeliling dari dalam kereta.
Benar-benar berbeza dengan Seoul. Jika Seoul hanya banyak hutan batu, disini, pokok yang tumbuh tidak terkira banyaknya. Rumah juga rendah-rendah dan tradisional. Jauh beza dengan Seoul, bangunan kalau boleh biar lepas awan.
Chanyeol mematikan enjin sebelum keluar. Dayeon perlahan-lahan, menapak keluar dari kereta dan memandang rumah yang bercat coklat dan putih itu dengan berdebar-debar. Lampu luar sudah dibuka, pasti neneknya menantikan kedatangan Chanyeol.
Dayeon hanya mendiamkan diri sementara Chanyeol mengeluarkan beg-beg mereka dari but kereta.
"Buat apa lagi? Masuklah" ujar Chanyeol dari belakang kereta. Dayeon tersentak sebelum menggaru kepala. Takkan lah aku sorang-sorang nak masuk? Gila hape. Nanti dia ingat penyangak mana lah yang tiba-tiba datang malam buta ni.
Belum sempat Dayeon berkata apa, pintu luar sudah dibuka luas. Terkejut beruk dia dibuatnya apabila melihat seorang gadis yang mungkin lingkungan 13 tahun, sedang berdiri di muka pintu.
"Nenek, atuk!!! Abang Chanyeol dah sampai!!"
Bertambah terkejut Dayeon mendengarkan suara gadis itu yang bagaikan petir. Petir pun terkejut bila dengar suara dia.
Chanyeol yang sudah siap mengambil beg, segera mendekati pintu gerbang sebelum memberi isyarat kepada Dayeon untuk datang sama.
Dayeon masih terpinga-pinga.
Tak lama selepas itu, riuh rendah rumah tu dibuatnya. Mak aih, kata nenek duduk sorang, kejadah dia bunyi macam dekat konsert. Dayeon menggaru kepala.
"Abang Chanyeol!!!!!"
Serta-merta, 3 orang budak lelaki dan perempuan, segera menerjah muka pintu dengan suara yang berdengung sampai ke bulan. Mereka semua sudah terloncat, berzumba apabila melihat Chanyeol berada di muka.pintu.
"Aigoo, aigooo. Cucu kesayangan nenek dah sampai," tiba-tiba, seorang wanita yang berumur datang menjengah ke muka pintu dan dikucup-kucupnya dahi dan pipi Chanyeol. Tak cukup dengan itu, dipukul-pukulnya bontot lelaki 25 tahun itu sebelum tertawa manis.
Chanyeol hanya ketawa segan sebelum memeluk wanita yang agak kecil itu.
"Eh kejap," ujar wanita itu. Semua orang terdiam. Matanya yang bulat seperti Chanyeol itu dipandang ke arah lelaki itu.
"Mana isteri kamu?"
Dayeon sudah terasa mahu tercekik. Dia yang dari tadi menyorok di sebalik pasu sudah tak keruan. Chanyeol mengangkat kening sebelum memandang ke belakang, ke arah Dayeon yang menyorok.
Entah bagaimana, tangan gadis itu yang sedang menarik pucuk pokok untuk menutup mukanya, ditarik Chanyeol dan membawanya ke hadapan muka pintu.
Semua terdiam seribu bahasa.
Tiba-tiba,
"Abang Chanyeol bawak balik kakak baru!!!!"
Bertambah riuh rendah rumah itu selepas saja Dayeon menunjukkan diri. Kali ni bukan terloncat-loncat je, siap menari ala-ala robot, menunjukkam betapa gembiranya dorang dapat kakak baru. Dayeon sudah merah padam. Apa lah masalah dorang ni.
Nenek masih mendiamkan diri, memandang Dayeon.
Dah agak! Mesti nenek tak suka aku!! Tak guna punya Chanyeol, aku dah cakap dah, dia tak nak dengar. Dayeon terasa ingin menangis.
Tiba-tiba, nenek menampar lengan Chanyeol kuat. Chanyeol mengerang kesakitan walaupun dia masih konfius kenapa wanita itu memukulnya.
"Kenapa kamu buat dia malu? Patutnya kamu sama-samalah datang dekat pintu ni, ni buat dia menyorok dekat pokok tu pulak," bebel wanita yang bersanggul itu. Rambut putihnya jelas ketara disimbahi cahaya lampu
Dayeon menahan senyum walaupun hatinya sudah. menjerit kemenangan.
Padan muka wahahaha. Rasain loh. Mata Chanyeol membulat, dia masih terpinga-pinga dengan sebab dia dipukul begitu rupa.
"Dah, dah. jom masuk, sejuk pulak dekat sini," nenek tersenyum kepada Dayeon sebelum menarik tangan gadis itu perlahan, masuk ke rumah macam snowwhite. Snowwhite pun tak pernah dapat layanan special macam tu.
Dayeon hanya menurut dengan senang hati. Nampaknya dia harus bertaubat dengan segera. Terasa bersalah pulak bila terkutuk Chanyeol dalam hati tadi. Nenek mungkin tak seperti yang dia sangka.
Mungkin.
****
"Jadi, kamu pelajar dekat universiti Chanyeol mengajar lah ya?" soal lelaki bermisai nipis itu sebelum menghirup teh panas. Dayeon yang duduk penuh sopan santun tu, hanya mengangguk laju.
Terasa macam pegi jumpa kerabaf diraja pulak. Nak tunjuk perangai buruk pun rasa bersalah.
Nenek atau dikenal sebagai Puan Oksoo, itu hanya mengerut dahi, seperti terfikirkan sesuatu.
"Tapi, bukan haritu isteri kamu kerja dekat syarikat pesen ke Chanyeol?" soal nenek tiba-tiba.
Comments