09 : IT CAN'T BE HIM?!
Life With My Prof. HusbandOh my....
OH MY FREAKING GOD, OH MY, OH MY!!!
Secara automatik, dia meloncat keluar dari rumah walaupun hanya sebelah kakinya menapak jubin rumah. Dengan mata yang terbeliak besau dan nafas yang terputus-putus macam baru berlari merentas desa, dia bersandar di dinding.
Dia menepuk-nepuk mukanya.
What the... Betul ke apa yang aku nampak ni? Ya ampun, ya ampun? Ke aku dah rabun ni? Apa dia buat dekat sini?!!!
Tak cukup dengan suara separuh menjerit bagai histeria, dia mengigit-gigit jarinya yang runcing. Dia betul betul tak percaya apa yang dinampaknya sebentar tadi.
Prof Chanyeol. Apa mamat tu buat dekat rumah aku?! Jangan kata dia nak ungkit pasal assignment yang aku kena repeat tu? Eh tak mungkin! Apa serius kebenor sampai nak jumpa bapak aku. Dia tu gila ke apa?
Tak puas hati, dia mengintai. Lagi sekali dia diserang angin ahmar level 10000.
Ji-Jihyun? Kenapa Jihyun senyum-senyum dekat dia macam rapat? Kenapa dia duduk sebelah mamat tu pastu sengih-sengih? Ayah? Nape pulak ayah borak dengan dorang macam jumpa menantu? Arghhhh!
Dayeon menarik-narik rambut, mujur tak terputus, kalau tak, mahunya pakai tudung pegi keluar hoho.
Tiba-tiba, segala rasukannya terhenti apabila dia terfikirkan sesuatu. Dia teringatkan tentang tunang yang diperkatakan oleh Jihyun selama ini.
Kerja tunang Jihyun = professor.
Oh my god. Jihyun pernah kata, tunangnya ialah professor. Prof Chanyeol ialah professor.
Jangan kata...tunang Jihyun tu...Prof Chanyeol???
Untuk kali ketiga, dia diserang angin ahmar level infiniti. Konspirasi apakah ini?
Kebarangkalian untuk Dayeon menjadi sewel sangatlah tinggi akibat daripada perkara yang begitu tak masuk dek akal.
Sungguh, dia tak terfikir tunang Jihyun itu ialah Chanyeol. Yelah, bukan Chanyeol sorang je professor dalam dunia ni duh. Tapi macam mana lah dorang boleh berkenalan???? Dan macam manalah Jihyum boleh jatuh cinta dengan mamat poyo gaban tu???? Eeee. Dayeon memicit kepala yang berdenyut
Dia mengeluh. Takkanlah dia nak duduk di luar rumah ni sampai malam? Nak taknak, dia kena masuk rumah. Perut pun dah berkonsert rock. Tapi, dia kena bertemu dengan Chanyeol, lelaki terakhirnya yang dia mahu brtembung muka dalam dunia ni.
Mujurlah tangga rumah betul-betul sebelah pintu. Mungkin ada chance untuk dia menyelinap terus ke biliknya di tingkat atas.
Ya ya, belum cuba belum tahu.
Dia menarik nafas sebelum perlahan-lahan mengatur langkah.
1, 2, 3
Terus dia berdesup masuk tanpa menoleh kiri kanan. Dengan kelajuan keldai berlari, dia mendaki tangga yang terasa jauh dan tinggi itu. Kalau mulutnya berdoa seperti hatinya berdoa kala itu, pasti berbuih macam orang kena racun.
Belum sampai tangga keempat...
"Eh kamu Dayeon dah balik? Pergi mana tadi? Ni ha, tunang Jihyun datang, tegur sapalah,"
BUSH! Berkecai lunyai segala perancangannya. Entah macam mana, boleh pulak maknya jadi begitu caring pada hari itu. Sebelum ni, hanya bebelan menyuruhnya mandi sahaja keluar daripada mulut wanita itu. Tapi hari ini, dengan namanya sekali naik.
Dayeon menggigit bibir sambil menghentak kaki perlahan, agak kesal. Habis punah rancangannya. Udahlah namanya saja yang glemer di kampus, lagi-lagi, dia pernah ada isu dengan Chanyeol. Pasti lelaki itu tahu. Ah mampuslah aku.
"Err, jap er. Nak mandi. Busuk ni," Tak ada cara lain, Dayeon terpaksa mengubah suaranya. Elok suara bak mentari, bertukar mendung berserta kilat yang menyambar. Hodoh benau suaranya. Level-level screamor.
Tanpa membuang masa, dia mencicit lari ke bilik dan mengunci diri. Ah! Memang taklah dia nak turun. Dia akan terus mengunci diri sampailah lelaki itu pulang. Ya, ya. Tak salahkan? Lantaklah nanti dia kena bantai dengan maknya kerana tak menghormati t
Comments