04 : Jihyun And I
Life With My Prof. Husband"Dayeon! Keluarlah, Jihyun datang ni," jerit Puan Shin, ibu kepada Dayeon dari luar bilik. Dayeon sudah berdebar-debar. Masakan tidak? Sudah bertahun dia tak berjumpa dengan gadis itu. Pasti kekok jadinya.
Setelah siap menyarung t-shirt yang lebih "cantik" daripada yang dipakainya sebelum ini. Perlahan-lahan, dia melangkah keluar.
Wajah cantik Jihyun dipandangnya tepat.
"Dayeon, dah lama tak jumpa!!" segera gadis yang berambut hitam lebat itu meluru ke arahnya, meninggalkan Puan Shin yang terkebil-kebil itu. Dayeon hanya tersenyum nipis apabila Jihyun memeluknya erat.
Dia benar-benar terasa kekok. Kalau dulu, sewaktu dia berumur 12 tahun, Jihyun masih seorang gadis remaja yang berhingusan dan selekeh. Senang cerita, jika Jihyun selekeh macam kambing, Dayeon pula selekeh macam kerbau. Sama-sama naik, sama-sama turun.
Namun, apabila 5 tahun sudah berlalu, terlalu banyak yang berubah. Jihyun sudah berubah menjadi wanita tulen.
Wajahnya yang runcing. Matanya yang bundar dan cantik. Hidungnya yang kecil dan comel. Kulitnya yang putih berseri. Rambut hitamnya yang ikal panjang. Tubuhnya yang ideal dan tinggi.
Walaupun mereka ialah sama tinggi tapi ia seperti tiada guna.
Dia benar-benar berubah setelah 5 tahun berlalu. Penampilannya sejak 5 tahun itu seakan hilang begitu saja tanpa jejak. Sementara, Dayeon? Masih begitu.
Selekeh, serabut, busuk. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan Jihyun yang sudah seperti ratu cantik. Nak termuntah Dayeon apabila membandingkan dirinya dengan gadis dihadapannya itu.
"Apa khabar, Dayeon sekarang?" soalnya dengan senyuman manis sebaik meleraikan pelukan itu. Dayeon hanya tersenyum kekok.
"Macam biasa aje," balasnya, perlahan dan malu-malu.
Jihyun hanya tersenyum, menampilkan barisan giginya yang cantik dan tersusun bagai buku-buku di kedai buku. Nak nangis Dayeon apabila mengenangkan gigi Jihyun lebih tersusun daripada buku di biliknya yang sudah seperti lombong maut kepada sesiapa saja yang menapak masuk.
Belum sempat dia berkata apa-apa, dia terasa badannya dirempuh daripada belakang.
"Jihyun noona! Cantiknya!" Dayoung yang entah dari lubuk mana, datang merempuh Dayeon daripada belakang. Dayeon menahan bibirnya daripada mencarut.
Jihyun hanya ketawa manja.
"Tak adalah, biasa-biasa aje. Dayoung apa khabar? Buat apa sekarang?" soalnya, mengalihkan perhatiannya pada Dayoung yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Naik meluat Dayeon melihat Dayoung itu.
"Tengah tunggu surat dari universiti aje ni. Jihyun noona betul-betul dah cantiklah sekarang. Tak macam orang tu, macam makcik tandas aje rupa dia,"
Dayeon mengetap bibir sebelum memijak kaki remaja lelaki itu sekuat hatinya sehingga Dayoung menjerit kesakitan. Air matanya sudah terpercik di tepi mata.
Pandangan tajam Dayeon diberi kepadanya.
Jihyun hanya mengerut dahi sambil tersenyum perit melihat kesakitan Dayoung.
"Eh, kamu semua. Jomlah makan malam Kita makan sama-sama," tiba-tiba, Puan Shin mencelah di balik konflik yang terjadi.
Dayeon segera menarik Jihyun ke meja makan, meninggalkan Dayoung menangis seorang diri, mengenangkan kakinya dipijak oleh kakaknya sendiri.
"Baguslah. Jihyun pun ada benda nak cakap," ujar Jihyun, sebaik saja mereka semua berkumpul di meja makan. Dayeon hanya melihat wajah Jihyun, tertanya-tanya, apa yang mahu diperkatakan wanita itu.
-------
Sejak kecil, ibu bapa Jihyun meninggal dunia akibat kemalangan kereta yang meragut nyawa adik, ibu dan bapanya sekali gus, meninggalkan dia seorang diri dalam keluarga Ryu.
Oleh kerana, keluarga Dayeon merupakan keluarga terdekat dengan keluarganya, Jihyun dibesarkan bersama-sama Dayeon dan Dayoung.
Setiap hari, Jihyun pasti menangis dan meronta, ingin keluarganya kembali. Setiap malam, dia merayu agar ibu bapanya berada di sebelahnya ketika dia tidur.
Namun, hari demi hari, bila semakin membesar, dia sedar bahawa tiada apa pun yang dapat mengembalikan mereka. Akhirnya, dia redha dengan kehidupan, membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan bapa.
Dayeon, merupakan teman sejatinya. Sewaktu dia dilanda murung seawal umur 8 tahun, Dayeon yang masih kecil sentiasa ada di sebelahnya. Ketika dia menangis, mencari keluarganya, Dayeon turut menangis
Comments