07 : Oh my, Bad day!
Life With My Prof. Husband"Dayeon, lama lagi ke tu?" laung Jihyun dari luar rumah sebaik sahaja dia menghidupkan enjin keretanya. Tepat pukul 8.30 malam, seperti yang dijanjikan.
"Kejap-kejap!" balas Dayeon dari tingkat atas. Dayoung yang sedang leka menonton perlawanan bola di televisyen hanya memandang Jihyun dengan bosan.
"Kenapalah noona ajak dia? Nak tunggu dia bersiap memang sampai esok pun, belum tentu selesai. Dayoung ni banyak kali jadi mangsa," dia mula menjaja cerita sedih, ingin mengumpan perhatian Jihyun. Tergugat pula imannya melihat kecantikkan Jihyun pada malam itu. Mujurlah dia lebih tua, kalau tidak, sudah lama dia di-ngapnya wanita itu
Jihyun hanya tergelak manja.
"Biasalah tu, perempuan kan. Kita nak nampak cantik bila-bila masa je. Pergi mandi pun nak nampak cantik jugak. Noona pun dulu camtu gak," semestinya Jihyun menyebelahi Dayeon, lagi. Bengang Dayoung dibuatnya. Cubalah sekali, kutuk kakaknya itu. Syaitan mula menghasut dirinya.
"Alah dia tu bukan cantik pun. Macam joyah," dia masih belum mengalah. Dia masih mahu menghentam Dayeon secukupnya sementara dia tak ada. Haters lah katakan. Nak buat macam mana.
"Hoi!!!!"
Terperanjat Dayoung dan Jihyun dibuatnya apabila suara nyaring dan lantang Dayeon menghiasi ruang tamu itu. Remote control terpelanting hebat daripada tangan Dayoung dan mendarat ke atas lantai sehingga hampir lunyai benda itu jadinya.
"Hah kutuk aku lah tu," Dayeon mengerut muka. Dia tahu lelaki itu gemar mengutuk nya dimana sahaja. Dayoung menggeleng kepala.
"Eee mana ada," balasnya, kononnya lah comel. Dayeon mencebik sebelum mendekati Dayoung yang ketakutan. Takut pulak kena belasah dengan kakak sendiri.
"Sudah, jomlah kita pergi. Dah lewat ni," Segera Jihyun menarik tangan Dayeon laju. Risau pulak jika mereka berdua bertumbuk nanti. Budak berdua ni sudahlah suka bertumbuk. Walaupun manja-manja ayam, tapi tetap seram.
****
"Seriuslah," soal Dayeon tiba-tiba setelah mereka berdua sudah berada di dalam kereta. Baru 15 minit kereta itu meluncur di atas jalan raya, akhirnya dia membelah kesunyian.
"Apa yang seriuslah?" soal Jihyun kembali dengan matanya masih di atas jalan raya. Kejap-kejap, jarinya menekan punat radio, memainkan lagu.
"Seriuslah aku boleh ikut kau ni?" soal dia lagi. Dia benar-benar tak senang duduk. Sudahlah ini hal orang yang bercinta, dia pulak menyibuk nak ikut sama. Kalau kahwin jugak takpe, ni single, aduhai hidup.
Jihyun hanya ketawa kecil sebelum memandang Dayeon sekilas.
"Aku okay jelah. Tunang aku pun okay. Lagipun, aku nak mintak pendapat kau tentang baju kahwin aku tu. Laki ni biasalah, bab pilih-pilih ni memang out," keluh dia sendiri. Penatlah tu dengan perangai tunangnya sendiri.
Suara lembutnya yang merdu, senyuman manisnya yang terasa dilidah, sungguh membuatkan iman sesiapa sahaja tercabar. Jika tidak, pasti Dayeon akan menukarkan seksualitinya. Pasti sudah lama dia terjatuh cinta terhadap wanita yang bak birdadari. Tapi mujur dia masih ada rasa suka terhadap lelaki.
Dayeon diam. Tak boleh bantah kerana mereka sudah pun sampai di sebuah kompleks beli belah di Seoul yang menjadi pusat panas untuk para pelancong. Malam itu tidaklah sesibuk mana, masih padat tapi lengang. Ah! bedal jelah.
Jihyun membelok dan mema
Comments