01 : The Beginning
Life With My Prof. Husband"Wei, apa tenung jauh-jauh tu," Seola menepuk meja bulat di hadapan Dayeon yang sedang termenung sambil menggigit pen di jarinya. Sunmi disebelahnya hanya menyengih.
Dayeon muncung sebelum menggeleng laju.
"Tengah tengok masa hadapan," perlinya pula. Seola hanya menjuihkan bibir sebelum mengambil tempat di hadapan Dayeon yang sedang menelaah assignmentnya.
Wajah Dayeon yang masih buntu menyiapkan tugasannya, dipandang sambil tersengih. Sunmi yang dari tadi tersengih, semakin lebar sengihannya.
"Dah nape senyum-senyum? Ada benda nak cerita lah tu," tanpa melihat muka dua sahabat karibnya itu, Dayeon sudah dapat mengagak. Sunmi dan Seola berpura-pura terkejut.
"Macam mana ko tahu?? oh my god," Sunmi bertindak dramatis. Seola sudah menutup mulut, juga dramatis.
Dayeon mengeluh sebelum berhenti menulis.
"Semua orang pun tahu okay, apa yang korang nak cakap. It's obvious," Dayeon menjungkitkan kening sambil mengangkat bahu. Tak mungkinlah, tiada siapa yang tahu tentang perangai Seola dan Sunmi itu.
Mereka digelar, 'Kembar Tak Berapa Nak Serupa' di universiti itu. Nama sahaja mungkin secara kebetulan hampir serupa. Perangai diva dan riang ria itu, begitu terkenal di kampus mereka.
Cuma, Dayeon saja yang agak jauh ketepi. Sikapnya yang pemalu, berdiam diri dan acuh-tak acuh itu amat jauh sekali dengan sikap Seola dan Sunmi. Macam KERETA DAN BASIKAL. Jauh sekali!
Sunmi mengangkat kening ke arah Seola sebelum memandang Dayeon semula.
"Okay, kalau camtu, cuba teka, apa yang kitorang nak cakap," ujar Sunmi, masih berteka teki. Dayeon menarik nafas, sabar betul dia melayan karenah sahabatnya seorang ini.
"Prof. Chanyeol kan?" balas Dayeon, pendek.
Sunmi dan Seola sudah merah padam sebaik sahaja mendengar nama salah satu professor di kampus mereka. Serta merta saja mereka menjadi ayu dan pemalu kucing. Sambil mengiau-giau seperti kucing jadian . Ingin saja Dayeon melayangkan penyepak yang unggul.
Dayeon menghela nafas sambil menggeleng kepala. Jarinya yang berhenti menulis, kembali bergerak, menulis di atas kertas putih yang menjadi tugasannya.
"Takkan kau t
Comments