Chapter 22
You're My Property
Bulan bertukar matahari. Siang bertukar malam. Hari berganti hari. Tarikh demi tarikh. Sudah hampir 10 hari sejak dari kejadian tempoh hari , Kai dan Kyungsoo tidak bersapa. Dalam 10 hari tu jugak , Kyungsoo berjaya menjauhkan diri dari Kai. Entahlah , dia tiba tiba sahaja berasa kekok. Nak dikatakan tidak lagi cinta , dia masih menyintai bosnya itu. Setiap hari terbayangkan wajah lelaki itu. Dia mula merasa rindu. Rindu apa ? Rindu pada lelaki itu. Rindu bagaimana ' caring 'nya dia , gurau senda , gedik , senang cerita semuanya. Tapi , dia tak mampu nak luahkan rindunya kerana dia tahu dia tidak sepatutnya merindui lelaki itu. Dia hanya memandang Kai dari jarak jauh. Itupun sudah cukup untuknya. Sekurang kurangnya dia dapat tahu bagaimana keadaan bos muda itu.
Jam menunjukkan 4.00 petang. Lagi satu jam setengah bakal tamat waktu bekerja. Tangan Kyungsoo masih lagi gigih menaip sesuatu di komputer. Sepatutnya , kerja itu akan disiapkan pada hari esok , disebabkan dia mempunyai masa lebih , dia menggunakan peluang itu untuk menyiapkannya. Tiba tiba ada satu suara yang mengejutkannya. Dia menoleh.
" Masuk bilik saya sekejap. " Kai berkata sambil tangan di poket seluar. Kini , semua pekerja memberi perhatian pada mereka.
" S-sekarang ...? "
Kai mengangguk dan menuju semula ke biliknya diikuti Kyungsoo di belakangnya. Kai membuka pintu dan menutupnya sebaik sahaja Kyungsoo masuk.
" Have a seat , please. " kata Kai kepada Kyungsoo yang hanya menunduk dan senyap. Dia tak mampu melihat ke arah muka Kai kerana dia takut air matanya bakal gugur lagi. Kyungsoo hanya memandang jari jarinya yang diletak di atas meja.
" How long you want to avoid me ? " tanya Kai lembut. Kyungsoo menarik dan melepas nafas perlahan lahan. Hanya Tuhan jelah yang tahu macam mana dia rindu suara lembutnya.
" Who says ? I didn't avoiding you. "
" Kalau tidak , look at me , then. "
Kyungsoo mengangkat kepalanya perlahan lahan dan memandang Kai. Hatinya hanya berdoa supaya air matanya tidak keluar. Kai meletakkan tangannya di dagu menampung mukanya. Bibirnya tersenyum melihat Kyungsoo.
" Awak nampak comel seperti biasa. " Kai ketawa kecil apabila Kyungsoo mengukirkan senyuman kecil kepadanya.
" Kenapa .. awak suruh saya masuk sini ..? "
" Oh , ya. Saya hampir forget about it. Let's go dinner together , tonight. "
Kyungsoo menundukkan kepalanya kembali. " I can't. " balas pendek Kyungsoo.
" Why can't ...? "
" Sa- .. Saya ... "
" See .. You're avoiding me , Kyungsoo. "
" I'm not. Just tonight ... saya malas nak keluar .. "
" Kalau macam tu , saya beli makanan then we eat together at your place. And you don't need to cook. Right ? "
Kyungsoo mengeluh.
" So choose. At your place or restaurant ..? "
-//////////////-
Tepat jam 8.30 malam , loceng apartment Kyungsoo ditekan dan dia tahu siapa orangnya. Dengan rambut yang masih basah , dia membuka pintu.
" Hi .. "
" Masuklah. " pelawa Kyungsoo. " Awak duduk sekejap , saya nak sikat rambut. "
Kai duduk di sofa dan menonton televisyen yang tersedia buka. Tekaknya berasa dahaga tiba tiba. Baru sahaja dia ingin memanggil nama Kyungsoo , handphonenya bergetar menandakan mesej.
Comments