Chapter 41
You're My Property
" Ummm , aunty ! Hari ni aunty half-day , kan ? " tanya Kyungsoo sebaik sahaja Kai duduk bersebelahan dengannya diruang makan. Mrs. Kim memandang Kyungsoo dengan hairan. Tidak pulak dia mengatakan yang dia akan masuk butik half-day pada hari ni. Kemudian , dia perasan Kyungsoo mengenyitkan mata , meminta bantuan dari wanita itu. Mrs. Kim mengangguk mengerti. Bermulalah lakonan diantara mereka.
" A'ah. Aunty half-day hari ni. I told you yesterday , right ? "
" Kalau macam tu , err-- Kai , you hantar I ke butik , ea ? " tanya perlahan Kyungsoo pada bos muda itu kerana dia tahu Kai masih lagi merajuk.
" Lagipun , driver mummy tak sampai lagi. Kai tolong hantar Kyungsoo , ye. Jalan ke pejabat sehaluan kan dengan butik. " Mrs. Kim mencelah , membantu Kyungsoo. Walaupun , dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku diantara mereka berdua.
Bos muda yang sedang menikmati sarapan pagi , hanya mengangguk tanpa memandang mereka berdua. Namun , lepas senyap beberapa saat , Kai membuka suara.
" Kenapa mummy half-day pulak ? "
Kyungsoo dan Mrs. Kim memandang sesama sendiri.
" Mummy nak beli kain untuk buat blouse. Ingatkan nak pergi tengahari tapi nanti panas pulak. Tak larat lah. Tu yang mummy half-day , nak pergi pagi ni. Kurang sikit panas. "
Atau secara tepatnya , 'boleh Kai hantar Kyungsoo ke butik'
Berulang kali Kyungsoo menjeling ke arah Kai disebelahnya , yang sedang memandu tapi Kai tidak menghiraukannya. Sama ada Kai perasan jelingan Kyungsoo atau tidak , dia tidak pasti. Tapi , ianya memang tak logik jika bos muda itu tidak perasan tentang perkara itu. Jarak diantara mereka bukannya jauh.
" Hari ni you lunch dengan Suho , kan ? Kalau .. I join boleh ? " Kyungsoo bertanya walaupun soalan itu sudah ditanya malam tadi.
" Tak payahlah. You tolong je kawan you. Semalam kan you tak datang. Tak baik mungkir janji. " jawab Kai selamba.
" Tapikan , kita lunch pada waktu dan masa yang sama. Dorang pun akan keluar pergi makan. "
" Dah sampai. " kata Kai.
Kyungsoo melihat ke kiri. Kai memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan butik tersebut.
" Takpalah , next time kita pergi sama-sama , okey ? " pintu kereta dibuka , mahu saja kaki Kyungsoo melangkah keluar , dia berhenti. Menutup semula pintu itu dan kemudian memberi kucupan pantas pada pipi Kai.
" Bye ! I love you ! Mmuah " sempat juga Kyungsoo memberi 'flying kiss' pada Kai sebelum dia melangkah keluar dari kereta itu.
Senyuman yang dia tahan dari tadi , terlerai juga akhirnya. Kepalanya dipusing memandang ke arah butik.
" Nasib baik kau kiss aku. Kalau kau keluar selamba je .. Memang lama lah aku merajuk. Haihh .. Susah betul dapat boyfriend macam kau ni. Dahlah ketot , comel pulak tu. Sabar je lah hati aku ni .. " gumam Kai seorang diri di dalam kereta.
" Woooo , boyfriend hantar pergi kerja .. Untunglah ... " terjah Key dari belakang pintu sebaik sahaja Kyungsoo melangkah masuk.
" Eeeiii , kau ni ! Terkejut aku tahu tak ! " balas Kyungsoo. Sambil dia berkata tangannya memukul perlahan lengan Key.
Key terketawa kecil sebelum berkata 'sorry' pada lelaki pendek itu. Kyungsoo meletakkan barangnya diatas sofa dan kemudian berjalan ke arah sebuah mesin jahit yang tersedia ada kain diatasnya.
" Aunty mana ? " tanya Key. Matanya meliar memandang ke luar butik. Mencari kelibat Mrs. Kim.
" Dia half-day hari ni."
" Half-day ? Bila dia bagitahu ?" tanya lagi Key.
" Pagi tadi. Aduhh ! Kau ni jangan banyak tanya boleh tak ? " Kyungsoo menggaru kepalanya geram apabila Key menanyakan banyak pertanyaan. Matanya pula kini sedang meneliti dress yang hampir siap dijahit oleh Key.
Telefon ditangan ditenung terus. Jam sekarang menunjukkan 1.10 petang. Kawan-kawannya sekarang sibuk mengemas barang sebelum keluar untuk makan tengahari tapi Kyungsoo hanya berdiam diri. Dress yang dijahit Key sudah pun siap. Jadi , tiada halangan jika dia ingin keluar makan tengahari bersama Kai. Dua kali dia ditolak Kai apabila dia ingin menyertai Kai dan juga Suho.
Mungkin kali ni dia setuju. Mana tahu , kan ?
Nombor Kai didail. Apabila panggilannya dijawab , Kyungsoo terkejut. Dia senyap seketika untuk mendengar suara itu kembali.
" Hello ? " suara seorang perempuan. Suara perempuan yang menjawab panggilan Kai. Dia melihat semula di skrin telefon , mungkin dia tersalah dail-- tak , Kyungsoo tak salah dail. Memang itu nombor Kai.
Disaat Kyungsoo ingin membuka mulutnya untuk membalas percakapan , hatinya hancur apabila suara Kai memanggil wanita itu.
" Baby ? Who's that ? ... "
" I don't know. He didn't say anything. "
Sebelum Kai menjawab panggilannya , Kyungsoo menyentuh 'end call'. Dia cuba untuk bertenang. Dia tidak boleh berfikir negatif. Kai tak mungkin
Comments