Chapter 18 ( Part 3)

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

 

Selepas ' bermesyuarat ' dengan Mrs Kim di dapur. Kai menuju semula ke biliknya. Malas dia hendak mendengar bebelan Mummynya. Semasa dia menaiki tangga untuk ke bilik , dia terserempak dengan Lily. Kai perasan bahawa Lily memberikan satu senyuman ke arahnya tetapi tidak dibalas oleh Kai dan terus masuk ke dalam biliknya. Sebaik saja dia membuka pintu , matanya tertumpu pada Kyungsoo yang sedang baring di atas katil sambil bermain dengan handphonenya. Lalu , Kai menghampiri Kyungsoo dan dia juga berbaring di atas katil bersebelaham dengan Kyungsoo.

 

" Ouhhh ... Main game. Game apa ni ?  " tanya Kai. Tapi soalannya itu diendahkan oleh pekerjanya.

 

" Nak main. " Masih lagi tiada respon dari Kyungsoo.

 

 

Dah kenapa dengan budak ni ? Tadi okey je. Siap ajak berselfie. Takkan baru tinggal sekejap terus jadi pekak ? Jangan jangan Si Lily ni ada super power tak ? Yelah , aku tak balas senyuman dia , dia jadikan aku halimunan. 

 

Kai mula berfikir yang bukan bukan. Dia melihat semula ke arah Kyungsoo. Pekerjanya masih ligat bermain game. Dia merampas handphone pekerjanya dengan secara tiba tiba , membuatkan Kyungsoo bangkit dari baringnya dan duduk bersila di atas katil. Kyungsoo memandang Kai dengan mukanya masam dan geram. Walaupun , Kyungsoo berbuat riak muka seperti itu tapi bagi Kai Kyungsoo kelihatan comel. Sekarang baru dia tahu kenapa teman lelaki upahannya itu tidak melayannya. Kai fikir. Apa yang telah dia lakukan sehingga membuatkan pekerjanya marah walaupun muka tak nampak seberapa marah. CEO muda itu hanya menahan gelak apabila Kyungsoo masih lagi merenungnya dengan riak muka yang sama.

 

" Kenapa ni ? " tanya Kai lembut. Kali ni Kyungsoo hanya membalas dengan pergerakan tangan. Kyungsoo menyilangkan tangan di dadanya.

 

Kai ketawa kecil. " Alolololo ..., comelnya dia tuu .., " Kai memegang kedua dua belah pipi Kyungsoo , mencuba untuk memujuknya. " Kenapa ni ? Hmm ...?Elehh ...  Ingat saya takut ke awak buat muka macam tu ? Seriously , you look so cute. Like a doll. "

 

" Kenapa awak tipu saya ? " Kyungsoo membuka mulut.

 

Kai terdiam sejenak. Dia berfikir. 

 

Tipu ? Apa yang aku tipu dia ? Hishh ... makin pelik pulak budak ni.

 

" Saya tipu awak ?  Tipu apa ?  Betullah saya pergi jamban tadi. Tu lah , orang ajak tadi tak nak ikut. " Gurau Kai dan dengan guraunnya itu menyebabkan dia menerima satu ' hadiah ' dari Kyungsoo.

 

" Aduh ! Sakitlah , Soo ... " Kai menggosok gosok lengannya yang berasa pedih akibat cubitan maut Si Budak Gemok.

 

" Cakap betul betul ! Kenapa awak tipu saya ? "

 

" Tipu apa , Soo ? Saya betul betul tak tahu ... "

 

" Awak kata Mrs Kim ajak awak sekeluarga bercuti kan ?  Tapi sebenarnya Lily yang cadangkan holiday ni !  And kenapa Mrs Kim tak tahu yang awak bawak saya ?! " kata Kyungsoo dengan nada yang agak tinggi. Tapi , respect dia terhadap Kai masih lagi ada. Walaupun mereka bukan berada di pejabat , Kyungsoo masih menganggapnya bos.

 

" No ! Actually , saya pun tak tahu Lily yang rancang holiday ni. Saya baru je tahu tadi. Eh !  Wait !  How  ... Macam mana awak tahu ? " 

 

" Saya ni tak pekak lagi ! "

 

" Memanglah awak tak pekak ... Tapi setahu saya , saya tak pakai microphone masa bercakap dengan Mummy tadi.  " Kai memegang dagunya , ala ala detektif gituu ...

 

" Bos ni kan , saja je nak suruh Mrs Kim tu benci saya. " Kyungsoo menolak perlahan dada Kai dengan nada suara yang perlahan. Hanya tempat itu saja yang sesuai untuk ditolak pada masa masa begini.

 

" I'm sorry ,  Kyungsoo. I'm so sorry.  Saya sendiri pun terkejut bila Mummy kata Lily yang rancang semua ni. Mummy pun tak cakap apa apa pasal ni. I'm sorry ... " Kai memegang kedua dua tangan Kyungsoo sambil membuat muka seposen.

 

" Jahat punya bos ! " balas Kyungsoo. Nak tergelak pun ada apabila Kai membuat muka seposennya.

 

" Saya rasa ... kita ni macam baru je lepas resepsi kahwin. " Kai berkata dan tersenyum.

 

Kyungsoo cepat cepat melepaskan tangan Kai apabila dia menyedari bosnya masih memegang tangannya dan dia terus menghadiahkan satu lagi cubitan maut di lengan Kai.

 

"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best