Chapter 38

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kai membuka matanya perlahan-lahan apabila cahaya terang matahari memancar ke mukanya. Dia melihat ke arah tingkap sebelum tangannya menekan satu butang pada remote control , kemudian langsir yang tadi renggang telah rapat menghalang cahaya matahari memasuki ruangan biliknya. Kini , mata Kai beralih pula pada seseorang disebelahnyaa. Kyungsoo sedang lena tidur dibuai mimpi. Tangan Kyungsoo memeluk leher bos muda itu manakala kakinya betul-betul diparking diatas perut lelaki itu. Mulutnya ternganga sedikit dan dengkuran kecil dapat didengari Kai. Kai tertawa kecil.

 

Ganas betul budak ketot ni tidur ..

 

Kaki Kyungsoo yang berada di atas perutnya dialih. Perlahan-lahan badan kecil kesayangannya ditarik , merapatkan lagi diri mereka. Rambut hitam likat Kyungsoo yang menutupi dahi , diselak ke tepi. Pipi tembam Kyungsoo dikuis manja. Mahu saja bos muda itu gigit pipi Kyungsoo , sudah persis seperti meatball. Geram sungguh ! Kai tersenyum nakal apabila matanya tertancap pada 'tanda cinta' yang masih berbaki di leher Kyungsoo.

 

Jarinya dijalarkan pada tanda-tanda  merah keunguan tersebut. Itulah kali pertama Kai berbuat demikian pada seseorang. Kai mengaku , Kyungsoo adalah lelaki pertama yang pernah dia sentuh seumur hidupnya. Kai berasa agak terkejut pada malam itu apabila Kyungsoo membenarkan dirinya disentuh tapi pada masa yang sama , bos muda itu berasa gembira , kerana Kyungsoo menunjukkan yang dia mempercayai Kai.

 

Dahi Kyungsoo dikucup dua kali sebelum dia bangkit dari katil melangkah ke bilik air untuk mencuci muka. Setelah itu , tualanya dicapai dan kemudian , keluar dari bilik tersebut.

 

" Eh , Kai ! Awalnya bangun. " tegur ahjumma sebaik saja dia menyedari Kai yang sedang menuruni tangga bersama tuala di bahunya.

 

" Pagi , ahjumma. Saja je bangun awal. Nak pergi swimming dekat belakang. Mummy dah bangun ? "

 

" Dah bangun dah. Lepas tu , dia masuk bilik balik. Kai , tak sarapan dulu ? Ahjumma ada masak nasi goreng ni .. "

 

Kai menggeleng. " Takpalah , ahjumma. Kai sarapan sekali dengan si ketot tu nanti. Dia tengah berdengkur lagi tuu .. "

 

Ketawa ahjumma terburai. " Eeee , tak baik tau Kai ni ! Panggil Kyungsoo tu ketot ! Merajuk nanti dia dengar. "

 

Kai tertawa sama sambil melangkah ke kolam renang dibelakang rumah.

 

Kaki katil milik Kai ditendang geram Kyungsoo. Bibirnya dimuncungkan. " Sampai hati tau dia tu , dah bangun tak kejutkan sekali ! Mesti Mrs. Kim ingat aku ni pemalas. Dahlah tumpang rumah dia , bangun lambat pulak tu .. Eeeeeiii !! "

 

Rambutnya yang masih basah , dikeringkan dengan tuala sambil mulutnya merungut tentang teman lelakinya itu. Setelah itu , dia bangkit menghadap cermin. Concealer yang berada ditangan , disapu pada lehernya , menutupi tanda-tanda itu. Setiap kali , Kyungsoo melakukan hal ini , pasti pipinya berasa hangat. Malu ! Malu apabila mindanya memutar kembali saat-saat kemanisan mereka ketika di Ulsan. Jika dia bersama Kai , dia hanya membiarkan sahaja tanda-tanda itu , tapi disebabkan Mrs. Kim dan ahjumma juga ada , dia terpaksa menutupinya.

 

Berpuas hati dengan sapuan bahan komestik pada lehernya , dia melangkah kaki ke ruang tamu. Mungkin Kai ada dekat situ. Harap-haraplah Mrs. Kim tak ada ...

 

Sempat Kyungsoo berdoa dalam hatinya. Sampai saja di ruang tamu , Kyungsoo menggaru kepalanya. Kosong. Mrs. Kim tiada. Kai juga tiada.

 

" Mana pulak dua orang beranak ni .. ? Mrs. Kim maybe ke butik. Si bos tu pulak mana ? Takkan dia pergi kerja pulak .. ? Pergi jumpa Suho kot. Alaaa .. biarlah ! "

 

Idea jahat mula muncul apabila kewujudan ahjumma di dapur disedari Kyungsoo dari ruang tamu. Dengan berhati-hati dia melangkah ke dapur. Tercuit hatinya mendengar ahjumma menyanyikan sebuah lagu rap. Memang sungguh tidak disangka !

 

1

 

2

 

3

 

" BOOO !! "

 

" Oh makk datuk kauu ! " ahjumma melatah apabila badannya disergah. Bahunya sedikit terjungkit akibat sergahan Kyungsoo. Dadanya diurut perlahan. Hampir saja pisau yang dipegang , dilemparkan , kalau tidak nahaslah si budak ketot ni.

 

" Kyungsoo ... terkejut ahjumma tahu tak ! Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau lah ada , agaknya hari ni hari terakhir kita berjumpa tau .. ! " ahjumma berkata perlahan. Ada sedikit sedih dihujung katanya. Sedih yang dibuat-buat.

 

" Alaaaa , ahjumma ~~ " badan wanita berusia itu dipeluk erat. Kepalanya dilentokkan dibahu wanita itu. " Janganlah cakap macam tu. Kyungsoo gurau je .. Lagipun , Kyungsoo tahu yang ahjumma sudah cukup sihat. Tak payah nak dapat sakit jantung .. Tak perlu pun .. " pujuk Kyungsoo.

 

" Habis , kalau dah setiap hari Kyungsoo buat macam ni , macam mana ahjumma tak boleh dapat penyakit tu .. ? "

 

" Ahjumma ~~ mana ada Kyungsoo buat setiap hari ? Ni baru sekali tau .. Ahjumma jangan risau , sekali ni je Kyungsoo buat. No more this time , don't worry .. " pujuk lagi Kyungsoo. " Ummm , Kai mana , erk ? Dari tadi tak nampak pun dia ? Mrs. Kim pun sama ? Dorang pergi dating ke .. ? " 

 

Ahjumma tertawa kecil. " Ada je dua orang beranak tu. Mrs. Kim terus masuk dalam bilik lepas sarapan tadi. Kai ada dekat belakang , swimming katanya. Kyungsoo pergilah panggil dia. Dah lama jugak dia berendam. "

 

" Dia dah sarapan belum .. ? "

 

Ahjumma menggeleng. Kemudian , ahjumma berkata lagi , " Kalau tak pun , apa kata Kyungsoo dan Kai tunggu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best