Chapter 37 ( Part 4 )
You're My Property
" Biyy , kita nak pergi mana ni ? " tanya Kyungsoo kepada Kai yang sedang memandu kereta menuju ke suatu tempat yang tidak diberitahu.
" Nak pergi dinner lah , sayang .. "
" Okey .. Kenapa kita nak pergi dinner dekat luar sedangkan kita ada dinner dekat hotel ? "
Disebabkan mesyuarat mereka berakhir lebih awal daripada yang dirancangkan , ketua urusan mengadakan makan malam di bilik VIP hotel sebelum mereka bertolak pulang pada hari esok. Seperti yang ditetapkan dalam jadual , mereka akan bermesyuarat selama tiga hari berturut - turut tetapi adanya sifat kerjasama dalam kalangan mereka , mesyuarat tersebut berakhir pada petang tadi.
" Kenapa ? Sebab , pertama , dekat sana ada Yi Fan. I tak suka. Kedua , I nak kita berdua je dinner sama - sama. "
Kyungsoo mengeluh lembut. " Sebab ni lah you tak nak balik Seoul , bila I ajak you lepas habis mesyuarat tadi ? "
Kyungsoo bercadang untuk terus pulang ke Seoul sebaik sahaja mesyuarat habis , lagipula tiada apa - apa yang mereka boleh lakukan. Jika mereka pulang awal , Kai dapat merehatkan dirinya. Selama dua hari ni , Kai bertungukus - lumus dan rajin untuk menjayakan Projek CC ini. Tambahan pula , Kyungsoo ingin cepat - cepat mencari kerja , kerana kontrak tiga bulannya di syarikat Kai telah tamat.
" You sepatutnya ada masa ni , kena rehatkan badan you. Tengok mata you ni. Nampak sangat penat. " Kyungsoo mengusap lembut pipi dan bawah mata Kai. Teman lelakinya hanya tersenyum. Kai mencapai tangan Kyungsoo yang berada di pipinya dan mencium lembut jari - jemari lelaki itu.
" Mana ada penat. I'm okay lah , sayang .. "
" Eleh ! " lelaki pendek itu mengalihkan pandangannya dari Kai memandang ke luar tingkap kereta. " You ingat I tak tahu , tengah pagi you bangun siapkan persiapan untuk mesyuarat ! "
" Dah tu ? Takkan I nak suruh you buat pulak ? Sayang bukannya tahu pun. "
Kai kembali memandu kereta dengan sebelah tangan apabila lampu isyarat merah bertukar hijau manakala lagi sebelah tangannya mengenggam tangan Kyungsoo. Itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali pasangan ini menaiki kereta.
" Sekurang - kurangnya , I boleh tolong sikit - sikit. Menaip ke apa ke .. Ini tidak , I syok - syok tidur dibuai mimpi indah , you penat - penat berjaga tengah - tengah pagi. " bebel lelaki pendek itu.
" Alaaa .. I tak kesah lah. Ni bukannya sekali I buat. Dah banyak kali. Lebih dari satu kali. "
Kyungsoo memandang Kai geram. Bos muda itu hanya tertawa.
" Sayang janganlah risau , baby .. I'm okay. Thank you , baby. You're so caring .. "
Kai menghampiri muka lelaki itu untuk mencium pipi Kyungsoo tetapi ditolak.
" Bawak kereta betul - betul lah ! "
" Okeyy .. I boleh nampak pantai. I boleh dengar ombak. Kita dekat mana ni , biyy ? " tanya Kyungsoo dengan perasaan yang teruja.
Kai hanya tersenyum.
Selepas beberapa minit , mereka pun tiba ke destinasi yang dituju.
" Restoran Atas Pantai ? " Kyungsoo membaca papan tanda restoran yang tertera.
" Jom , sayang. "
" Selamat datang. Encik mahu-- E-Encik J-Jongin ? " seorang lelaki yang menjaga kaunter disitu , agak terkejut dengan kehadiran Kai. Sepertinya mereka mengenali antara satu satu sama lain. Kai tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
" Encik , apa khabar ? Lama tak datang sini .. " lelaki itu bertanya mesra.
" Saya sihat. Biasalah , sibuk sikit. "
" Saya faham. Umm , encik nak order apa ? " lelaki itu menghulurkan buku menu kepada Kai untuk memilih makanan tetapi ditolak.
" Saya nak macam biasa , Roy. "
" Macam biasa ? Tempat ? "
" Tempat pun , saya nak tempat biasa. Ada tak ? Ke ada orang dah ambik ? "
" Kejap. Saya check dulu. " lelaki yang bernama Roy itu menggerak - gerakkan tetikus komputer.
" Okey , ada ! Terima kasih kerana datang. Enjoy your dinner. "
" Woahh .. I like it here .. It's beautiful. " Kyungsoo berkata teruja. Kyungsoo berkata gembira setelah menjumpai tempat duduk mereka.
Angin yang dibawa ombak sangat menyamankan udara dan suasana. Kadang - kala Kyungsoo akan menyelak rambutnya yang ditiup angin. Kai yang menyedari hal itu hanya mampu tersenyum gembira.
Setelah lama mereka berdiam diri , Kai mula bersuara.
" Sebenarnya , restoran ni adalah restoran kegemaran daddy .. "
Kyungsoo yang terkejut dengan kenyataan itu cuma terdiam. Tidak tahu apa yang patut dia balas.
" dan dekat sinilah , kali terakhir kami makan malam bersama. Pada waktu itu , dia meminta untuk bawakkan dia kesini walaupun sudah lewat malam. Setiba je disini , restoran ni pun hampir tutup. Mujurlah tuan restoran ini murah hati dan berikan kami masa untuk makan. " Kai terdiam sejenak dan kemudian menyambung kembali.
" I ingatkan dia nak datang sini , hanya untuk makan tetapi rupa - rupanya dia mahu luahkan sesuatu pada I yang selama ni tidak pernah dia luahkan. "
" Apa dia ? " Kyungsoo mencelah.
Kyungsoo dapat merasakan yang mata Kai benar - benar melihat ke dalam mata miliknya sebelum dia menyambubg cerita.
" Daddy minta maaf dekat I kerana dia I terpaksa lupakan cita - cita yang lama I impikan. Pilot. Itulah cita - cita sebenar I. Daddy tahu betapa I minat terhadap pekerjaan tu tetapi dia terpaksa melukakan hati anak lelakinya ini kerana dia berhasrat supaya I yang mengambil alih syarikat apabila dia bersara kelak. Daddy tak nak orang yang tiada kena mengena dengan kami menguasai syarikat yang telah dibangunkan dengan usaha titik peluh daddy sendiri. "
" Itulah kali pertama , I dengar perkataan maaf yang keluar dari mulutnya. I rasa .. " Kai tiba - tiba mengeluh berat , seolah - olah dia sedang menahan sesuatu. " I rasa .. diri I macam orang bodoh. Langsung tak dapat menghidu semua yang dikata oleh daddy akan menjadi amanat terakhirnya. I tak sempat nak buat daddy bangga dengan apa yang I buat sekarang. " dia terdiam kembali.
" I sendiri tak tahu sama ada daddy akan bangga dengan anak tunggalnya ini. " Kai berbisik lembut.
Kyungsoo mengalihkan tempat duduknya ke sebelah Kai. Tangan Kai digenggam erat.
" Sayang .. " Kyungsoo memanggil Kai lembut. Muka Kai ditarik perlahan dan mata mereka bertembung. Perasaan sedih Kai dapat dibaca melalui matanya walaupun lelaki itu tidak mengalirkan setitik air mata.
" You , listen here. You've worked hard. So hard. You korbankan cita - cita you for your daddy. I 'm sure tak semua orang boleh jadi hebat macam you , sayang. See ? Dengan umur you yang muda begini , you dapat gelaran ' Usahawan Muda Berjaya ' , CEO dekat luar sana walaupun umur dah mencecah 50 tahun , masih lagi bekerja untuk mendapat gelaran tu. Produk - produk keluaran syarikat you , semuanya melepasi antarabangsa , Kai. Orang luar negara beli produk you. Bukan mudah , Kai. " lelaki pendek itu memberi senyuman lebar kepada Kai yang sedang merenungnya dan kembali berkata.
" You jaga syarikat daddy you. You jaga isteri kesayangan dia , and the most important is you jaga kehidupan lebih 500 orang pekerja di bawah you. See ? You're awesome. "
Comments