BONUS 2 (EXTRA CHAPTER)

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sayang , hari ni I balik lambat. No need to wait up for me. Just go to bed first. Love you.

 

Again.

 

And again.

 

Kyungsoo mencampakkan handphonenya didalam sebuah beg sebelum dia membaling beg tersebut ke tempat duduk belakang. Nafas panjang dihelakan dari hidungnya.

 

Ini bukan kali pertama Kai menghantar mesej seperti itu.

 

Entahlah , Kyungsoo tak tahu apa yang berlaku diantara dia dengan Kai. Mereka tidak seperti dulu lagi. Mereka tidak lagi mesra seperti sebelum ini. Bukanlah , mereka sentiasa bergaduh , menjerit atau menyalahkan sesama sendiri tapi cara mereka berkomunikasi.

 

Kai sudah jarang menelefonnya di butik. Jika dulu , sekurang-kurangnya lelaki itu akan menghubungi Kyungsoo. Samaada bertanya " have you eaten ? " atau " i miss you " atau lebih mesra lagi " I'm tired lahh. Baby , can you kiss me now ? "

 

Sekarang ? Bertegur sapa dirumah pun kurang apatah lagi melalui teknologi canggih yang kononnya dikata memudahkan lagi perhubungan. Kadang kala , Kai hanya sempat meneguk secawan kopi dan terus terkecoh menuju ke pejabat.

 

Tanpa perkataan " bye , sayang " atau ciuman di dahi Kyungsoo yang selalu dibuat oleh Kai sebelum ini.

 

Kyungsoo faham suaminya seorang CEO. CEO memang seorang yang sibuk. Kalau dulu , Kyungsoo masih lagi boleh bertahan dan hanya berdiam diri tapi kali ini tidak lagi. Cuma dia tidak berani untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana takut berlaku pergaduhan diantara mereka. Lebih-lebih lagi mereka ada Boy bersama mereka. Jadi , Kyungsoo hanya menutup mulut.

 

Namun , apa yang membuatkan Kyungsoo lebih marah dan sedih , hari ni merupakan Ulang Tahun perkahwinan mereka yang ke-6 dan Kai langsung tidak memberi apa-apa ucapan. Semenjak pagi tadi , dia tunggu untuk Kai mengucapkan perkataan yang dinantikan. Tapi , hingga sekarang tiada. Hanya mesej dihantar mengatakan dia akan pulang lewat. Kyungsoo tidak minta Kai membuatkan kejutan atau hadiah yang besar , dia cuma minta Kai mengucapkan " happy anniversary ". Itu pun sudah cukup.

 

Kai , you memang betul-betul dah lupakan I , ke ?

 

Am I still important to you ?

 

What are we , Kai ?

 

Mahu saja Kyungsoo mengajukan pertanyaan tersebut pada Kai tapi dia tak mampu.

 

Kyungsoo melelapkan mata dan kepalanya direhatkan pada stereng kereta sambil menunggu Boy keluar dari taska. Kyungsoo cuba untuk menghapuskan semua keraguan yang ada didalam mindanya tentang perasaan Kai terhadap dia. Dia tahu Kai masih lagi sayang pada dia. Kai tidak curang. Kai hanya sibuk dan tiada masa untuk Kyungsoo. Itu saja.

 

Namun , lagi dia cuba untuk buang semua keraguan itu lagi sedih dibuatnya. Bukannya , dia tidak mempercayai suaminya tapi kadang kala perkara yang kita tidak mahu terjadilah selalu saja berlaku.

 

Kepala Kyungsoo diangkat disaat pintu kereta disebelahnya dibuka. Ditambah pula , dengan senyuman yang ditawarkan.

 

Boy ...

 

Boy lah tempat Kyungsoo menghabiskan waktu. Kyungsoo tidak perlu merayau ke sana sini semata mata untuk menghiburkan diri. Kyungsoo hanya perlukan Boy disisinya. Apabila dia sedih , Boy lah yang menghiburkannya.

 

Kim Jongsoo adalah nama sebenar kepada Boy. Hasil gabungan nama Kai dan juga Kyungsoo. Boy diambil dari sebuah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak beberapa tahun yang lepas. Mereka berdua menjaga Boy sejak dia dari bayi lagi.

 

Boy adalah segala-galanya bagi Kyungsoo selepaa Kai.

 

" Hai , mama ! " tegur Boy sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta.

 

" Hai , sayang. " balas Kyungsoo dan kemudian mengucup dahi anaknya. " How was your day ? Good ? "

 

" Hmm ! " Boy mengangguk laju.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kyungsoo memandu keretanya menuju pulang ke rumah. Kebiasannya , selepas menjemput Boy dari taska , Kyungsoo akan menuju balik ke butik. Tapi , kali ini dia tiada mood. Tidak guna jika menjahit pakaian orang sedangkan fikiran melayang tentang perkara lain.

 

Setelah dia memarkir kereta di dalam garaj , mereka berdua menuju masuk ke rumah. Kunci kereta di letakkan di atas meja sebelum kakinya berjalan ke dapur.

 

" Boy , nak makan apa , sayang ? Mama masakkan. "

 

" Tak kesah. Semua yang mama masak , Boy akan makan. " jawab Boy dengan riang.

 

Kyungsoo tersenyum dan mengangguk. Kemudian , Kyungsoo sambung lagi , " Kalau macam tu , Boy pergi tukar baju. Nanti makanan dah siap , mama panggil. Okey ? "

 

" Kejap , mama ! "

 

Anaknya membuka zip beg sandangnya dan tangannya mengeluarkan sesuatu. Sekeping kertas yang telah diwarna dan dilukis.

 

" Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk mama dan papa ! " kertas itu dihulurkan pada Kyungsoo.

 

Mata Kyungsoo membulat memandang anaknya. Dia tiada idea bagaimana Boy tahu tentang ini. Adakah .... Kai yang memberitahunya ? 

 

Perlahan - lahan tangannya menerima huluran tersebut. Muka hadapannya , dilukis sebuah kek yang ada empat tingkat. Kemudian , di atas kek tersebut , ditulis perkataan 'Happy Anniversary' , ditambah pula ada lukisan belon yang ada pelbagai warna. Apabila kertas itu dibuka , Kyungsoo menekup mulutnya , air matanya jatuh berderai. Gambarnya dan Kai memakai tuksedo hitam iaitu sewaktu hari perkahwinan mereka. Gambar dimana mereka berdua tersenyum mesra dan dahi mereka bertemu antara satu sama lain.

 

Happy Anniversary , mama and papa. Boy nak cakap terima kasih dekat mama dan papa sebab jaga Boy dan sayang Boy. Boy pun sayang mama dan papa. Boy harap kita akan hidup bersama selama-lamanya. Happy sama-sama. Boy minta maaf kalau Boy ada buat mama dan papa sedih. I'm sorry tau !

Apa-apa pun , Boy akan sayang papa dan mama sampai bila-bila.

 

Siapa je yang tak terharu ucapan seperti itu. Pantas , badan kecil Boy dibawah dalam dakapan. Dipeluk seeratnya , bagaikan anaknya sendiri.

 

" Mama ... pun sayang Boy. Sayang ... sangat-sangat .. " tersekat-sekat Kyungsoo berkata.

 

Seluruh muka Boy dikucup. " Terima kasih , sayang. Mama suka sangat. Tapi ... siapa yang bagitahu Boy pasal ni ? Papa ke ? "

 

" Eh , taklah ! Boy tanya Nanny. Hari jadi papa , mama dan nanny , Boy tanda dekat kalendar dalam bilik. Sebab tu , Boy tahu. "

 

Bukan Kai yang bagitahu ...

 

" Mama ! Apa kata malam ni kita makan luar nak tak ? Ajak papa sekali. Kita dah lama tak makan dengan papa. Boleh tak , mama ? "

 

" Tapi , papa kan sibuk. Tak payah lah. Kita makan dekat rumah je lah , hmm ? " pujuk Kyungsoo.

 

" Alaaaa , takkan papa sibuk. Hari ni kan hari istimewa papa dan mama. Papa takkan sibuk punya ! Mama cubalah call papa. "

 

" Tak payahlah , Boy. Mana tahu papa tengah meeting ke ? "

 

" Kalau mama taknak , biar Boy yang call. " beg Kyungsoo yang terletak berhampiran dengan Boy , dicapai. Tangannya mengeluarkan handphone milik Kyungsoo dan mendail nombor Kai.

 

Percubaan pertama , gagal.

 

Boy cuba lagi menghubungi Kai. Tapi , gagal juga.

 

Boy cuba lagi mendail walaupun Kyungsoo menghalangnya.

 

Kemudian , riak wajah sedih Boy bertukar ceria.

 

" Hello , papa ! Papa busy ke ? Papa malam ni Boy dengan mama nak makan luar. Papa datang , ea ? Betul ni ? Papa datang ? Okey , kita makan tempat biasa tau ! Bye , papa ! "

 

" Papa setuju , ke ? "

 

Boy mengangguk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Petang itu , Kyungsoo cuba semua pakaian yang sesuai untuk makan malam. Hampir satu jam lebih , dia memilih pakaian. Akhirnya , dia memilih sehelai kemeja putih dan jeans berwarna hitam. Setelah itu , dia menggosok pakaiannya dan juga pakaian Boy. Pakaian Boy juga lebih kurang sama dengannya.

 

Dalam dia asyik menggosok pakaian, senyuman sentiasa dibibirnya. Teruja rasanya. Sudah lama mereka tidak makan malam bersama. Selalunya , hanya Kyungsoo dan Boy sahaja yang makan malam bersama kerana Kai pulang lewat.

 

Kemudian , dia mengejutkan Bo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best