Chapter 23

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Selepas Kyungsoo membersihkan muka dan memberus gigi , dia menyandarkan badan kecilnya di headboard katil. Kehangatan kucupan yang diterima , masih dapat dirasai oleh Kyungsoo. Dia benar benar tidak menyangka bahawa Kai akan berbuat begitu. Dia menyangkakan Kai tidak lagi berani berbuat begitu selepas apa yang jadi tempoh hari. Hati Kyungsoo luluh dek kucupan lembut bos muda itu. Betapa longgarnya lutut dia apabila melangkah keluar dari kereta Kai , seolah olah tidak mahu Kai pergi. Tapi , dia harus sedar. Dia harus buka matanya luas luas. Tiada gunanya cinta jika tiada restu. Antara cinta dan ibu , ibu lebih penting. Lebih penting dari segalanya.

 

Kyungsoo mengeluh.

 

 

 

-//////////-

 

 

Kai membuka kasut dan meletakkan ke dalam almari. Dia baru saja tiba di rumah selepas menghantar Si Kecilnya pulang. Sebelum dia menaiki tangga , dia menuju ke dapur untuk meminum segelas air. Sejak kebelakangan ini , tekaknya sering berasa haus. Nak dikata dia bekerja di luar pejabat , setiap hari badannya dinikmati dengan penghawa dingin. Entahlah. Dia membilas gelas dan meletakkan di tempatnya semula dan berlari menaiki tangga. Dia terus melompat di atas katil sebaik sahaja dia memasuki 'istana'nya. Senyum dibibirnya tidak lengkang dari tadi. Sebenarnya , dia teragak agak untuk mencium Kyungsoo tadi. Tapi , dia beranikan diri dengan memberi kucupan di kedua dua mata dan dahi. Mujurlah , Kyungsoo tidak melempangnya. Seminggu. Selama seminggu dia tidak menyapa Kyungsoo dan dia tahu Kyungsoo juga cuba untuk menjauhi Kai. Rindu yang teramat. Satu malam tidak cukup untuk membayar balik perasaan rindunya terhadap pekerjanya itu. Walaubagaimanapun , dia berasa gembira. 

 

Kali ini , dia tidak akan berdiam diri. Mulai sekarang , dia akan cuba menarik perhatian Kyungsoo. Dia akan melayan Kyungsoo seperti mana pasangan bercinta melayan pasangannya dan ciuman adalah salah satu caranya. Biarpun , Kyungsoo menolak cintanya , dia tidak akan putus asa kerana dia yakin Kyungsoo adalah miliknya. 

 

 

 

-///////////////-

 

 

" Kyungsoo ... " seorang pekerja wanita memanggilnya dari belakang. Dia meletakkan kertas kerjanya di atas meja dan memusingkan kerusi ke belakang.

 

" Nah. Ada orang hantar dekat awak. " wanita itu menyerahkan sejambak bunga ros kepadanya. Perlahan lahan Kyungsoo menerimanya. Dia berasa pelik. Siapa pula yang menghantarnya. Dia memandang jam yang ditunjukkan di skrin komputer. Bukan hari jadinya. Lagipula , hari jadinya sudah lepas.

 

" Wooahh ... Kyungsoo dapat bungalah ... " suara Kukju menyebabkan sesetengah pekerja berkerumun di tempatnya.

 

" Siapa yang bagi ...? "

 

" Tak bagitahu pun dia dah taken .. "

 

" Relakslah korang ni .. Tak payahlah excited sangat. Kyungsoo yang dapat tak excited , korang pulak lebih. Takda nota ke dia selitkan ..? " 

 

Kyungsoo mencari disekitar ros. Matanya tertumpu pada sekeping kad yang berwarna merah. Patutlah dia tak nampak. Bunga dengan kad pun sama warna. Dia menarik keluar kad tersebut dan meletakkan bunga ros itu di atas pehanya.

 

To : ❤ Kyungsoo ❤

You look so cute today , sayang. And beautiful too. You like the roses ? I hope you like them. But ..., please likes me more.

I Love You💝

 

 

" Maaa Goddd ... so sweet ....! "

 

" Kyungsoo  , from who ..? "

 

" Untunglah dapat bunga ... "

 

 

Siapa pula

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best