Chapter 20 ( Part 5)

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kira kira dalam jam 12.00 tengahari , mereka mula beransur pulang. Matahari semakin terik , tetapi pengunjung semakin bertambah ramai. Kai memandu perlahan keretanya mengikut kereta Lily di hadapan. Kai dan Kyungsoo masing masing hanya berdiam diri. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut mereka sejak keluar dari kawasan air terjun tadi. Radio dipasang tapi volume di perlahankan. Tetapi , tetap dapat mendengar lagu lagu yang diputarkan.

 

Sejak dari tadi , Kyungsoo tidak henti henti memikirkan tentang perbualan dengan Mrs Kim di pangkin. Ayat yang keluar dari mulut wanita itu memang makan dalam. Kyungsoo berfikir ... adakah dia benar benar jatuh hati pada bosnya sedangkan bosnya hanya menganggapnya sebagai pekerja sahaja. Lama dia memandikan diri dengan air mata ketika dia menyalin pakaian di dalam tandas. Dia dapat merasakan kedua dua belah matanya bengkak akibat menangis. Mujurlah , tiada siapa yang menegur. Jika tidak , dia pun tidak tahu apa yang harus di jawab. Kyungsoo menjeling ke arah Kai di sebelahnya. Dia masih lagi fokus memandu kereta. Entah kenapa , bosnya hanya senyap sahaja. Penat mungkin. Kyungsoo mengeluh perlahan dan menyandarkan badannya ke kerusi. Matanya meneliti keindahan alam sepanjang perjalanan. Sekurang kurangnya , ia mampu menenangkan fikirannya.

 

 

 

-///////////-

 

 

" Kenapa ... berhenti sini ? " tanya Kyungsoo pelik apabila kereta Lily berhenti di hadapan simpang kawasan masuk homestay mereka begitu juga dengan Kai. Setelah itu , Kyungsoo lihat Mrs Kim dan Lily keluar dari kereta. Lily menunggu di tepi jalan manakala Mrs Kim memandu kereta Lily dan masuk ke kawasan homestay mereka.

 

" Saya berhentikan awak dekat sini je. Saya dengan Lily nak ke supermarket. Mummy suruh beli barang untuk BBQ malam nanti. "

 

Seriously ...? Dia pergi supermarket ? Unbelievable .. 

 

" Saya nak ikutlah. Nak beli makanan. Lapar. " balas Kyungsoo.

 

" Nak ikut apanya ..? Apa yang ada dekat supermarket ? Sardin tadi kan ada .. Roti pun ada. Buat sandwich. "

 

" Tak nak. Saya nak ikut. " balas Kyungsoo dengan wajah selamba.

 

" Jangan ngada ngada , boleh tak ..? " Kyungsoo berperasan bahawa Kai mula berang dengannya. Tetapi dia tetap degil. Dia tetap mahu mengikut mereka berdua. Dia dapat merasakan hatinya tidak suka bila untuk membiarkan Kai dan Lily bersama. Biarlah Kai marah atau mengamuk sekali pun. Dia tetap dengan keputusannya.

 

" Kyungsoo ... "

 

" Bawaklah saya sekali. Apa masalahnya ..? Bukan tak muat pun. Naik kereta bukan naik motor. "

 

Kyungsoo memandang Lily yang masih lagi berdiri di tepi jalan menunggu Kai. Tiba tiba ,  seolah olah ada satu suara yang berbisik kepadanya. Dari sudut kecil hatinya.

 

Kyungsoo ... Ingat apa yang Mrs Kim kata tadi. Dia tak suka kau. Kau bukan pilihan dia. Sia sia saja kau cemburu dengan Lily. Kau buatlah , kau fikirlah apa apa cara sekali pun , dia tetap tak suka kau. Kawal perasaan kau. Kawal emosi kau. Tak guna juga kalau kau sorang saja yang ada perasaan terhadap Kai. Perasaan Kai macam mana ..? Sama seperti apa yang kau rasa ..? Kau kena ingat , Kyungsoo. Kai satu satunya Mrs Kim ada. Mrs Kim jelah satu satunya family Kai. Jangan disebabkan kau , hubungan antara ibu dan anak keruh.

 

Kyungsoo tersentak. 

 

Dia membuka pintu kereta dan keluar. Beg pakaiannya dipeluk erat.

 

Hey , Kyungsoo ! Kau tak payah dengar apa yang hati kau kata. Kau dengar cakap aku. Minda kau. Disebabkan cinta , orang boleh jadi gila. Jadi gila , Kyungsoo. Gila bayang. Sudah berapa ramai orang dekat luar sana jadi tak siumam disebabkan cinta. Kau nak jadi macam tu ke ...! Love is everything , Kyungsoo. Everything. Kau tak payah ambil tahu pasal Mrs Kim tua tu. Kau pergi kejar Kai. Kau harus dapatkan Kai. Kau harus dapatkan dia , Kyungsoo. Dia milik kau. Dia milik kau .... 

 

Beg pakaian yang tadi dipeluk erat , jatuh ke jalan. Dia tidak tahan mendengar suara itu. Dia menekup kedua dua belah telinganya.

 

" Stop it ... Stop it ... Diam. Di - "

 

" Kyungsoo ...? " seseorang menggoncang goncangkan badannya. Matanya yang tadi terpejam , terbuka luas.

 

" A - ahjumma ... "

 

" Kyungsoo , okay tak ..? " 

 

Kyungsoo lihat di sekelilingnya. Dia berasa terkejut apabila dia berada berhampiran dengan homestay. Maknanya , dia diselebungi dengan suara suara itu sepanjang dia berjalan kaki menuju ke homestay.

 

" Kyungsoo ., okay tak ni ..? "

 

" O - okay. S - saya masuk .. k - ke dalam d - dulu. " Kyungsoo mencapai begnya yang jatuh dan masuk ke dalam homestay. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan Kai , dia mencampakkan begnya di tepi dan terus baring di atas katil. Dia perlu merehatkan diri. Ya , dia perlu merehatkan diri.

 

 

 

-/////////-

 

Kyungsoo terjaga selepas beberapa jam dia merehatkan badan. Dia bangun dan mencapai handphonenya di tepi bantal.

 

6.25 p.m.

 

Kyungsoo menggosok gosok matanya. Lama betul dia tidur. Badan dia betul betul rasa kepenatan. Apa yang dia penat pun , Kyungsoo tidak pasti. Kyungsoo mengeluarkan tuala baru dari beg pakaiannya lagi satu dan menuju ke bilik air. Tuala yang dibawa ke air terjun dimasukkan ke dalam satu plastik dan dimasukkan ke dalam begnya.

 

Selepas membersihkan diri , Kyungsoo turun ke bawah. Nampaknya masing masing

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best