Chapter 10
You're My Property
Tepat jam 6.00 pagi alarm phone yang disetkan oleh Kyungsoo berdering. Kyungsoo merasakan bahawa baru 5 minit saja dia melelapkan mata. Matanya betul betul susah untuk dibuka. Bagaikan ada benda yang duduk di kelopak matanya. Dengan beratnya dia bangun dari katil , mencapai tuala dan berjalan ke arah tandas. Kepalanya hampir hampir terhantuk di pintu tandas kerana dia berjalan dengan mata tertutup. Baru kali ni dia berasa menyesal yang teramat kerana membawa bosnya makan ttuboeki di pekan yang jauh dari kawasan bandar yang dia tinggal. Akibatnya , tidak cukup tidur dan tidak bermaya.
Selepas beberapa minit menghabiskan masa di dalam tandas dan dia sempat melelapkan mata untuk 15 minit semasa duduk di mangkuk jamban. Keluar sahaja dari tandas , Kyungsoo menoleh ke jam dinding. Matanya terbuka luas seperi mulut seekor buaya.
" Oh god ! It's ing 7.15 ! I'm late ! ! "
Dengan terburu buru dia menyarung baju kemeja dan seluar slack. Nasib baik baju dan seluarnya sudah siap digosok kalau tidak dia akan ke office hari ni seperti orang yang takda rumah. Perfume Vanillanya tidak dilupakan. Dia mencapai beg kerjanya dan terus keluar dari apartment tanpa membuat sarapan.
-/////-
" Morning , Kai. "
Mrs Kim greet anak lelakinya yang sedang menuruni tangga. Ucapannya tidak diendah dan tiada balasan ' morning too ' untuknya seperti selalu. Mrs Kim mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan untuk Kai.
" Ahjumma , briefcase saya mana ? " Kai bertanya kepada orang gajinya.
" Ni dia , Tuan. " Ahjumma menyerahkan briefcase pada Kai.
Kai mencapainya dan terus menuju ke pintu tapi sebelum dia keluar , Mummy memanggilnya.
" Kai , tak sarapan dulu ke ? "
" Late. Makan jelah dengan Lily nanti "
-/////-
Kyungsoo menunggu di hadapan lif dengan matanya still belum segar lagi. Apabila lif dibuka dia terus masuk tanpa pedulikan orang sekelilingnya.
" Nampak hantu ke semalam ? You look so sleepy. "
Kyungsoo memandang ke arah suara tersebut. Rasa rasa dia , hanya dia saja yang tunggu di hadapan lif tadi. Dia tak perasan sesiapa pun. Masa bila pulak bosnya masuk ?
" Morning , bos "
Kai chuckle. " Your voive like zombies. "
Mereka tiba di tingkat 4 dan keluar dari lif. Kyungsoo berhenti melangkah secara tiba tiba. Kai yang berjalan di belakang hampir melanggarnya.
" Dah kenapa berhenti tengah tengah alam ? " Kai berkata dan terus berjalan.
" Bos ! " Kyungsoo memanggilnya.
Kai berhenti dan menoleh belakang. " What ? "
" Hari ni saya cuti boleh tak ? "
" Reason ? Sakit ? Surat doktor ? Takda ? The answer is no. " Kai terus beredar dari situ meninggalkan Kyungsoo. Kai jejak sahaja di officenya sikapnya terus berubah. Macam mana dia di rumah tidak sama seperti di pejabat.
Kyungsoo meletakkan beg kerjanya di kerusi tempatnya dan terus ke ruangan dapur untuk membuat secawan kopi. Dalam asyik dia mengacau kopinya , dia disegah oleh seseorang.
" BAHHHH ! "
Disebabkan dia terlalu tak terdaya dan mengantuk , badannya tidak menunjukkan sebarang effect dari kejutan Suho.
" Wohoo ! Such a great man ! Langsung tak terkejut. "
" Morning. " Kyungsoo greet PA dan jugak bestfriend bosnya. Suho ketawa apabila melihat muka Kyungsoo yang seperti tidak cukup tidur.
" Let me guess. Had fun last night , huh ? Sampai tak cukup tidur. "
-////-
Seminggu berlalu , Kyungsoo dan Kai seperti biasa.
Comments