BONUS 1 (EXTRA CHAPTER)
You're My Property
Kereta yang dipandu Kyungsoo pantas memasuki perkarangan taska. Keretanya diparkir ditempat yang disediakan sebelum Kyungsoo keluar dari perut kereta tersebut dan menuju masuk kedalam taska. Hatinya gelisah disaat dia berada dibutik dan secara tiba-tiba menerima panggilan dari pengetua sendiri dengan mengatakan Boy terlibat dalam pergaduhan bersama rakan sekelasnya.
Sepanjang perjalanan dari butik ke taska , hatinya risau tentang keadaan anaknya. Adakah anaknya dalam keadaan okey ? Atau rakan sekelas anaknya dalam keadaan teruk ? Dia juga tidak berfikir habis apabila pengetua menyebut perkataan 'pergaduhan'. Pergaduhan yang bagaimana yang dimaksudkan ?
Kyungsoo sendiri tidak pasti. Tapi , Kyungsoo berharap bukan pergaduhan menumbuk sesama sendiri. Boy masih lagi kecil. Dia masih lagi mentah dalam hal itu dan Kyungsoo juga Kai tidak pernah mengajar Boy hal-hal yang tergolong dalam keganasan.
Setiba sahaja Kyungsoo dipejabat , dia terus melangkah kaki ke bilik pengetua setelah ditunjuk arah oleh seorang pegawai kerani. Dia mengetuk pintu terdahulu dan melangkah masuk apabila diberi kebenaran.
" Oh ! You must be Mr. Kim , right ? "
" Yes , I am. " Kyungsoo menundukkan kepalanya sebelum mengalihkan pandangan pada Boy yang sedang duduk diatas kerusi sambil kepalanya tertunduk. Hujung baju uniformnya dimain. Kyungsoo juga perasan uniform anaknya dipenuhi dengan spageti yang dibekalkan oleh Kyungsoo pagi tadi. Bersebelahan kiri Boy , ada seorang lelaki kecil yang Kyungsoo pasti terlibat sama dengan anaknya. Juga seorang wanita berambut pendek keperangan disisi anak lelaki itu.
" Have a seat , Mr. Kim , please. "
Setelah beberapa minit mereka didalam , masing-masing menganggukkan kepala tanda mereka menyetujui dengan pengetua itu. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak terlalu memarahi anak mereka tentang apa yang telah terjadi. Setakat memberi nasihat itu sudah cukup.
Pengetua membenarkan mereka membawa anak masing-masing pulang. Lagipula , waktu pembelajaran ditaska juga hampir tamat. Kyungsoo mengucapkan terima kasih dan menundukkan sedikit kepala sebelum melangkah keluar. Boy juga melakukan hal yang sama.
Disaat mereka berjalan menuju ke parking kereta , Boy masih lagi mengunci mulut. Matanya tidak berani bertentangan dengan Kyungsoo. Lelaki itu juga tidak menegur anak lelakinya , menambahkan lagi ketakutan Boy.
" Mr. Kim ? "
Ketika Kyungsoo ingin memasuki perut kereta , namanya dipanggil. Apabila dia memusingkan badan menghadap belakang , wanita yang berada sama didalam bilik pengetua tadi sudah berada di belakangnya dengan memberi pandangan yang tidak selesa.
" Yes ? "
" Can I have a word with you ? " tanya dingin wanita itu.
Belum dapat Kyungsoo membalas apa-apa wanita itu telah membuka suara dengan perkataan yang menyentak hati Kyungsoo. Perkataan yang dikeluarkan membuat lidah Kyungsoo terkedu untuk membalas semula.
" Please , teach your son some manners. Please explain to him what is food. And please tell your son that food is not a thing that you can throw to everybody. Orang cakap , anak melambangkan sikap
Comments