Chapter 16 ( Part 1 )
You're My Property
Sepanjang perjalanan ke destinasi , Kai dan Kyungsoo hanya mengisi ruang dengan bercerita tentang kisah masing masing. Serba sedikit Kai tahu tentang Kyungsoo , begitu juga dengan Kyungsoo. Kai agak terkejut apabila Kyungsoo memberitahu bahawa dia seorang anak yatim piatu sejak dari 9 tahun lagi. Walaupun Kyungsoo tidak menunjukkan reaksi yang sedih tapi Kai tahu bagaimana perasaan pekerjanya itu. Mereka berkongsi cerita dari mereka sejak kecil hingga berumur sekarang. Kereta Kai hampir melanggar kereta lain akibat hilang kawalan apabila Kyungsoo mencerita bahawa dia pernah memakai kostum ballet dan menari ballet dihadapan kawan kawannya ketika dia berumur 5 tahun dan Kai tergelak besar mendengarnya.
" Apa yang kelakarnya , Kai ? Nasib baik awak tak langgar kereta tadi ! Kalau langgar macam mana ?! " marah Kyungsoo sambil memukul mukul lengan Kai yang masih lagi ketawa. Kyungsoo mengurut ngurut dadanya. Dia betul betul terperanjat apabila ada sebuah kereta mengeluarkan bunyi hon.
" Seriously , cerita tu kelakar. Saya tak boleh bayangkan awak pakai kostum tu. Apatah lagi menari. "
" Saya tak suruh bos bayangkan pun ! " Kyungsoo menyilangkan lengannya di dada dan memberi satu jelingan pada bosnya.
" Budak gemuk menari ballet ... " Kai berkata perlahan. " Aduhh ! Sakitlah , Kyungsoo ! "
" Ingat saya tak dengar ke ? Telinga saya belum pekak lagi tau ! "
Kai ketawa kecil. " Saya gurau jelah. Saya tahu awak nampak cute bila awak pakai kostum tu ... " Kai berkata mengambil hati Kyungsoo. Belum sempat Kai menyambung ayatnya semula , lengannya menjadi sasaran.
" Aduhhhh .....! "
" Padan muka ! Sindirlah saya lagi ! Sampai dekat tempat tu lengan awak tu dah tak boleh nak berfungsi ! "
Kai menggosok gosok lengannya yang masih terasa sakit. Walaupun yang pukulnya bersaiz kecil tapi kesakitan dia , tidak dapat diungkap.
Kyungsoo menoleh ke arah Kai , apabila bosnya masih lagi menggosok gosok lengannya. Kyungsoo mula berasa bersalah. Dia sendiri dapat merasakan yang dia memukul terlalu kuat.
" S-sakit sangat ke ...? " Kyungsoo bertanya.
" Huh ? "
" Lengan awak tu. Sakit ke saya pukul ? "
" Takdalah ... Sa ... kit sangat. " Kai tersenyum.
" Sorry ? "
" It's okay , sayangg ~~ " Kai mencubit pipi Kyungsoo.
-////////-
Selepas satu jam lebih perjalanan , mereka pun tiba ke destinasi yang dituju. Kyungsoo terkejut dengan panorama tempat tersebut. Sekelilingnya dipenuhi tumbuh tumbuhan dan pokok pokok yang menghijau. Kyungsoo menurunkan tingkap k
Comments