Chapter 21
You're My Property
Pada malam itu , Kyungsoo dan Kai hanya menghabiskan masa di dalam bilik dengan berborak kosong dan bergurau sesama sendiri. Makanan yang dibawa oleh Kai , habis dimakan oleh mereka berdua. Sehingga Kai dan Kyungsoo hampir jatuh dari katil kerana merebutkan suapan yang terakhir.
Kyungsoo baring di atas katil yang empuk itu sambil memandang ke syiling. Dia tersenyum. Kai betul betul melayannya dengan baik. Dia fikir. Sampai bila mereka harus berlakon. Sampai bila dia harus menyamar menjadi kekasih Kai sedangkan hatinya mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Hati dia bimbang mengenangkan nasibnya jika rahsia ini terbongkar. Apa yang berlaku pada dirinya. Bagaimana dengan nasib keluarganya. Dia sendiri tidak pasti. Kyungsoo pun tidak boleh membayangkan jika hari itu tiba.
Kalau jadi apa apa dekat you tadi , macam mana ? I sayang you tahu tak .. I sayang you , Kyungsoo ..!
Kyungsoo mengeluh.
-////////////-
Kyungsoo membuka matanya apabila dia menggigil kesejukan dan matanya bertemu dengan mata Kai yang memandangnya. Dia dapat mendengar titisan air hujan yang jatuh pada atap homestay itu lalu dia mengalihkan pandangan pada penghawa dingin. Masih lagi on.
" Kai , naikkan suhu boleh tak. Sejuklah. " Kyungsoo berkata perlahan tapi mampu untuk Kai mendengar. Kai mencapai remote control dan menaikkan suhu.
Kyungsoo mengambil handphonenya di bawah bantal dan unlocked screen. Jam menunjukkan 2.30 pagi dan Kai masih tidak tidur lagi. Kai masih lagi memandangnya.
" Dah pukul 2 lebih , kenapa awak tak tidur lagi ..? " tanya Kyungsoo. Mereka menghadap sesama sendiri.
" Tak boleh tidur ke ..? " tanya Kyungsoo lagi apa lelaki itu tidak memberikan jawapan.
Walaupun bilik itu hanya ditemani dengan lampu katil yang malap , dia mampu melihat Kai menggelengkan kepalanya.
" Awak tengah fikirkan sesuatu ke , Kai ..? "
" Takdalah. Saya dah biasa tidur lambat. Dahlah , tidur. Sibuk je nak tahu. " Kai menarik blanket hingga ke bahu Kyungsoo dan menepuk nepuk perlahan lengan Kyungsoo hingga dia tertidur. Sementara Kai , masih lagi merenung si kecil yang dihadapnya. Sejujurnya , banyak benda yang dia fikir dan hanya satu perkara yang membuatkan dia tak boleh tidur.
-///////////-
Pada keesokan pagi selepas bersarapan dan membantu ahjumma di dapur , Kyungsoo berjalan jalan dikawasan homestay untuk mengambil udara segar. Hari ni hari terakhir mereka berada di sini. Banyak kenangan yang tercipta selama di
Comments