Episod 8

Maid in Love

Sora memilih tempat di tepi tingkap. Dia memandang ke luar apabila bas mula bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya. Lampu neon yang berkelipan menerangi malam langsung tidak menarik perhatian Sora. Apa yang bermain dalam fikirannya sekarang ialah Baekhyun, Baekhyun, dan Baekhyun.

            Baekhyun yang luarnya kelihatan kuat dan penuh keyakinan diri tetapi dalamnya hanya seorang lelaki lemah yang takut untuk memberi kepercayaan pada orang lain. Lelaki yang takut untuk mengekspresikan perasaannya yang sebenar. Lelaki yang sangat memerlukan seseorang untuk sentiasa berada di sampingnya.

            Entah mengapa Sora berasa sangat bertanggungjawab untuk menjaga Baekhyun. Memberi harapan kepada lelaki itu dan tunjukkan kepadanya yang masih ada orang yang boleh jadi tempat untuk dia bergantung.

            Dia sedar tentang kedudukan dia yang sebenar. Dia hanya orang gaji untuk seorang lelaki yang bernama Byun Baekhyun. Tidak lebih daripada itu. Tetapi pada masa yang sama dia ingin jadi lebih daripada itu. Sora tidak hanya mahu menjadi orang gaji yang menguruskan kebajikan lelaki itu. Dia mahu menjadi orang kepercayaan Baekhyun. Tempat lelaki itu meluahkan perasaannya tanpa menyembunyikan apa-apa pun.

            Tetapi bolehkah dia? Adakah Baekhyun akan membenarkannya? Meskipun Junmyeon juga berharap akan dia boleh jadi tempat untuk Baekhyun bergantung, Sora terlalu kenal akan Baekhyun. Lelaki itu tidak akan tunjukkan dirinya yang sebenar pada gadis seperti dia. Dia hanya orang gaji. Tidak lebih daripada itu.

            Sora terlalu leka dalam angan-angannya hingga tak sedar yang sudah tiba masanya untuk dia turun dari bas. Dia berjalan menyusuri jalan yang masih lagi sesak dengan manusia yang pelbagai ragam menuju ke rumah Baekhyun.

            Dia keluar saat lelaki itu masih lagi terlena dan dia sendiri tak pasti adakah majikannya sudah bangun atau belum. Sora melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang no. 15

            Pintu lif terbuka dan orang pertama yang dia lihat ketika itu ialah Baekhyun. Lelaki itu kelihatan sangat segak biarpun hanya berpakaian kasual. Dan inilah kali pertama Sora memuji lelaki itu seikhlas hatinya.

            Sora hanya kaku di tempatnya apabila Baekhyun merenungnya tanpa berkelip. Dia tak tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Dia merenung ke dalam mata Baekhyun. Baru kali ini dia nampak yang mata Baekhyun penuh dengan kesedihan, kesepian, dan ketakutan. Kenapalah dia tak perasan sebelum ini?

            Beberapa bulan yang lalu, dia hanya nampak Baekhyun sebagai seorang yang cerewet, kekwat, dan tak pernah fikiran perasaan orang lain. Dia tak pernah untuk cuba menyelami sisi lain Baekhyun. Sedangkan sudah beberapa bulan dia berkerja untuk lelaki itu. Betapa bersalahnya Sora apabila menuduh Baekhyun tak reti menguruskan diri sendiri dan terlalu berharap pada orang lain.

            Betullah kata Baekhyun, dia bercakap seperti dia tahu segalanya tentang lelaki itu. Sedangkan pada hakikatnya, dia tak tahu apa-apa tentang seorang lelaki bernama Byun Baekhyun.

            Sora melangkah keluar dari lif. Dia memandang Baekhyun yang masih lagi membisu. Dia ingin tahu kenapa lelaki itu boleh berada di situ. Dia ingin tahu tentang keadaan majikannya itu tetapi mulutnya terlalu berat untuk bersuara.

Entah apa yang merasuk Sora ketika itu dia terus menerpa ke arah Baekhyun dan memeluk lelaki itu. Dia tahu Baekhyun terkejut dengan tindakannya tapi dia tak peduli. Sora sendiri tidak tahu mengapa hati kecilnya terasa sakit apabila dapat tahu siapa Baekhyun yang sebenarnya. Seperti dia juga lalui apa yang Baekhyun lalui.

            Saya janji dengan awak yang saya tak akan pernah tinggalkan awak. Walaupun awak tolak saya seribu kali saya tetap akan ada untuk awak. Saya akan pastikan awak tak lagi keseorangan. Paling penting saya nak awak tahu yang awak boleh percayakan saya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's