Episod 25

Maid in Love

Pagi-pagi lagi Baekhyun sudah menapakkan kakinya ke 5Star Entertainment. Dia diberitahu oleh Kyungsoo yang Junmyeon ingin bertemu dengannya untuk berbincang tentang pembaruan kontrak. Baekhyun mengeluh perlahan apabila memikirkan tentang Junmyeon. Mengapa lelaki itu tidak memberitahunya sendiri? Walaupun mereka bukanlah dalam hubungan yang baik tak boleh ke kalau lelaki itu meletakkan masalah mereka ke tepi untuk ke seketika?

 

Baekhyun mengeluh lagi apabila menyedari yang dia sudah pun berada betu-betul di hadapan bilik Junmyeon. Tidak seperti dahulu, kali ini dia mengetuk pintu bilik sebelum melangkah masuk dengan hati yang berat.

 

“Jemput duduk,” ujar Junmyeon.

 

Baekhyun jelas terasa kekok ketika itu. Tetapi dia menurut sahaja. Dia hanya memerhati apabila Junmyeon menghulurkan sebuah fail kepadanya.

 

“Ini kontrak baru kau memandangkan tak lama lagi kontrak kau dengan syarikat ni akan tamat,” terang Junmyeon tanpa sedikit pun memandang wajah Baekhyun.

 

Jelas sungguh yang sahabatnya itu sudah membencinya, Baekhyun membuat andaian sendiri.

 

Fail hitam di hadapannya itu langsung tidak disentuh. Dia hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong sebelum matanya kembali tertumpu ke arah Junmyeon.

 

“Aku tak nak sambung kontrak.”

 

Keputusan Baekhyun nyata mengejutkan Junmyeon. Terus dia mengangkat wajah memandang lelaki di hadapanny itu.

 

“Kenapa? Ada syarikat lain yang bagi tawaran jauh lebih baik daripada aku?” soal Junmyeon dengan nada menyindir. Tetapi itu langsung tidak terkesan pada Baekhyun.

 

“Tak. Sebab aku dah tak berminat dengan semua benda ni. Aku nak keluar dari industri ni, ujar Baekhyun.

 

Junmyeon tidak berkata apa-apa. Dia membiarkan lelaki itu terus berbicara.

 

“Aku dah penat dengan semua ni. Ini bukan diri aku yang sebenar. Jadi aku dah buat keputusan untuk pergi jauh dari sini. Aku nak jadi diri yang aku sebenar.”

 

Baekhyun dapat melihat senyuman sinis yang terukir di bibir Junmyeon. Dia tahu pasti lelaki itu tidak percaya akan kata-katanya.

 

“Aku tahu kenapa kau nak lari. Sebab Sora kan? Aku tak tahu pulak yang kau selemah ni. Hanya disebabkan seorang perempuan,” sindir Junmyeon.

 

Baekhyun mengangguk perlahan. “Memang keputusan yang aku buat ni sebab Sora. Tapi itu bukan sebab utama. Kalaulah aku ada sahabat yang masih lagi menyokong aku dari belakang, mesti aku boleh lalui semuanya. Tak kisahlah walau pahit macam mana pun bila Sora tinggalkan aku. Tapi itulah, sahabat aku yang sorang ni pergi tinggalkan aku saat aku betul-betul perlukan dia. Padahal dulu dialah yang berjanji akan sentiasa ada di belakang aku walaupun orang lain tinggalkan aku.

 

Junmyeon terkedu dengan kata-kata Baekhyun. Dia dapat mengesan kesedihan pada suara lelaki itu meskipun dia kelihatan cukup tenang. Betul kata Baekhyun, dia dah mungkir janji. Junmyeon membuka mulut ingin berkata sesuatu tetapi terhenti apabila Baekhyun sudah pun berdiri dari tempatnya.

 

“Terima kasih untuk semuanya. Harap kita dapat berjumpa lagi,” ujar Baekhyun. Dia memberi tunduk hormat kepada Junmyeon. Dia melangkah keluar dari pejabat dengan tenang meskipun hatinya berkecamuk dengan seribu satu perasaan.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's