Episod 2

Maid in Love

Sora menggeliat melonggarkan otot-ototnya. Langsir ditolak ke tepi membiarkan sinaran mentari pagi menerangi seluruh bilik. Setelah memberus gigi dia ke dapur untuk bersarapan. Ketika itulah dia perasan akan beberapa pucuk surat di atas meja. Surat-surat itu dia ambil dari peti surat semalam tapi masih belum sempat membaca isi kandungannya.

            Dia membatalkan niatnya untuk ke dapur sebaliknya dia duduk di atas sofa dan membuka satu persatu surat yang diterimanya.

            Satu keluhan berat keluar dari mulut Sora. Semuanya penyata bil yang dia perlu jelaskan. Bil telefon, bil eletrik. Sudahlah sewa rumah pun dia masih belum bayar. Dua hari lagi tuan rumah ini pasti akan datang untuk menuntut duit sewa.

            Sora menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia buntu dimana dia harus mencari duit untuk melunaskan semua bil dan membayar duit sewa. Sudah berbulan lamanya dia menganggur tanpa kerja. Selama ini dia berjaya hidup pun atas ihsan ibunya.

            Nombor telefon ibunya didail. Nampaknya terpaksalah dia meminta ihsan ibunya lagi.

            “Hello, mak.”

            “Kamu telefon mak ni nak minta duit lagilah kan?” Puan Im terus menyerang anaknya dengan soalan. Dah tahu sangat sebab utama mengapa anaknya menelefon dia pagi-pagi begitu.

            Sora hanya tersengih meskipun tidak dilihat oleh ibunya.

            “Macam nilah, mak cuma boleh kirimkan duit untuk kamu bayar sewa rumah je. Bil-bil kamu yang lain pandai-pandailah kamu uruskan sendiri.”

            “Mak, Sora bukannya malas nak kerja. Sora dah pergi interview tapi tak ada satu syarikat pun yang panggil Sora untuk berkerja,” sungut Sora. Dia sendiri pun dah penat duduk terperap di rumah tanpa keluar berkerja.

            “Kenapa kamu tak minta tolong kat Junmyeon tu? Dia kan ada syarikat sendiri. Cuba tanya dia kalau-kalau ada kerja kosong kat syarikat tu,” cadang Puan Im.

            Teringat Sora akan sepupunya, Kim Junmyeon yang merupakan CEO 5staR Ent. Kenapalah dia tak terfikir untuk minta tolong sepupu rapatnya itu?

            “Yalah, nanti Sora minta tolong dia,” ujarnya. Setelah selesai bercakap di telefon dengan ibunya. Dia mendail nombor telefon sepupunya pula.

            “Hello Sora. Lama tak dengar cerita. Kau sihat ke?” kedengaran ceria nada suara sepupu Sora di hujung talian.

            “Sihat. Junmyeon-ah, aku nak minta tolong kau ni. Boleh tak?” soal Sora.

            “Boleh. Cakap jelah kau nak aku tolong apa?”

            “Aku nak kerja. Kat syarikat kau tu tak ada apa-apa kerja ke untuk aku?”

            Tiada jawapan dari Junmyeon. Pastinya lelaki itu sedang memikirkan sesuatu.

            “Apa kata kau datang pejabat aku? kau tak sibuk kan?” soal Junmyeon.

            “Tak. Lagi 1 jam aku datang pejabat kau.”

            Sora menamatkan panggilan. Dia kemudiannya terus bersiap untuk berjumpa dengan Junmyeon.

            Junmyeon meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia sudah merencanakan sesuatu untuk sepupunya itu. Dan dia berharap Sora setuju dengan tawarannya.

 

Tok! Tok! Tok!

            “Masuk.”

            Kedengaran bunyi pintu dibuka. Junmyeon bangun dari tempatnya untuk menyambut kehadiran tetamu yang sudah dapat dijangka gerangannya.

            “Sora-ah.”

            Mereka berdua berbalas pelukan untuk seketika.

            “Duduklah,” pelawa Junmyeon dan Sora hanya menurut.

            “Kau nak minum apa-apa tak?”

            Sora menggeleng. Dia sudah minum sebelum datang ke situ.

            “Sora, aku ada kerja untuk kau. Tapi aku tak pasti kau setuju ke tidak dengan kerja tu.”

            “Kerja apa pun aku tak kisah. Walaupun tak ada kena mengena dengan kelayakan aku, aku terima. Aku dah lama sangat menganggur. Banyak bil yang aku kena jelaskan. Takkanlah aku nak mengharapkan mak aku lagi?” ujar Sora separuh berharap yang Junmyeon akan memberikan kerja kepadanya.

            “Aku ada kerja tapi jadi orang gaji. Kau sanggup ke?” soal Junmyeon. Dia tahu Sora memang terdesak nak kerja tapi dia tak pasti sama ada gadis itu setuju dengan kerja seperti itu.

            “Jadi orang gaji?” Sora berfikir sejenak. Tetapi dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

            “Tak pelah. Orang gaji pun orang gajilah. Asalkan aku ada kerja dan tiap-tiap bulan aku dapat duit,” ujar Sora.

            “Tapi aku kena jadi orang gaji siapa?”

            Junmyeon serba salah untuk beritahu siapa orangnya. Dia takut Sora tiba-tiba membatalkan hasratnya untuk menjadi orang gaji kalau dia tahu siapa majikannya nanti.

            “Byun Baekhyun.”

            “Byun Baekhyun?” Sora mengulang nama yang sama untuk pastikan yang dia tidak salah dengar.

            Junmyeon mengangguk. Dia dapat rasakan yang Sora tak akan setuju.

            “Kau nak aku jadi orang gaji Byun Baekhyun?”

            “Sekarang ni dia betul-betul perlukan orang gaji dan aku tak tahu kat mana lagi nak jadi orang gaji untuk dia. Sebab itulah bila kau tanya ada kerja untuk kau atau tidak aku cuma boleh cadangkan kerja ni. Inilah kerja yang ada. Kalau kau tak setuju tak pelah. Aku tak paksa.”

            Sora mula buntu. Kalau dia tolak kerja ni, bila pula dia dapat kerja yang baru? Dia dah hadiri temuduga hampir di 20 syarikat tetapi satu panggilan pun masih belum diterima. Dan dia sudah malas nak berharap. Dia sedar yang sekarang dia tak perlu memilih kerja dan terima apa saja peluang yang terbentang di depan mata.

            Tapi takkanlah nak kerja sebagai orang gaji? Dia tak kisah kalau terpaksa menjadi orang gaji sekalipun. Semua itu tak penting baginya. Tetapi yang menjadi isu utama sekarang ialah majikannya. Byun Baekhyun. Siapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi yang terkenal dengan sikapnya yang sombong, berlagak, dingin, cerewet. Boleh ke dia bertahan dengan perangai artis terkenal tu?

            Sora menghela nafasnya. “Okeylah. Aku setuju.” Mungkin ini lebih baik untuk dia daripada terus menganggur.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's