Episod 24

Maid in Love

 Hanya sepi yang menjadi peneman Baekhyun dan Sora di ruang tamu itu. Sora menyeka air matanya yang mula mendengar. Dia dapat dengar esakan halus dari Baekhyun tetapi tangisan itu tak mampu mengubah apa-apa lagi.

 

“Awak ni memang gila Baekhyun-ssi,” luah Sora.

 

Baekhyun tidak bersuara. Dia hanya tunduk memandang lantai.

 

“Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak boleh teruskan hidup tanpa saya dan saya harap awak boleh terima hakikat yang kita tak ada jodoh,” ujar Sora. Sesudah itu dia terus keluar dari rumah Baekhyun.

 

Dia terus berjalan, berjalan, dan berjalan. Tanpa menoleh ke belakang kerana semua itu hanya tinggal sejarah. Mengenali Baekhyun, menjadi orang gajinya, mencintai lelaki itu. Semuanya akan dibuang jauh dari hidupnya. Selama-lamanya.

 

 

Sora tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia duduk di taman menenangkan fikiran yang bercelaru. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya sebelum mendail nombor Jongdae.

 

“Hello, sayang.” suara Jongdae menyapanya dengan ceria di hujung talian.

 

“Jongdae-ah.”

 

“Hmm?”

 

“Saya nak jumpa awak boleh?”

 

“Boleh. Nak jumpa kat mana?”

 

“Hangang Park.”

 

“Okey. Lagi 20 minit saya sampai.”

 

Sora menamatkan panggilan. Dia mengeluh lagi. Sekarang dia dah buat keputusan. Dan dia pasti yang keputusan itu tepat.

 

Dari jauh, Jongdae berlari-lari anak mendekati Sora sambil tersenyum. Sora turut tersenyum. Dalam fikirannya dia berfikir, apa lagi yang dia mahukan? Dia sudah temui Jongdae, satu-satunya lelaki yang mencintainya setulus hati. Dia tahu Jongdae adalah lelaki yang terbaik untuknya. Bukan Baekhyun.

 

“Ada apa awak nak jumpa saya?”

 

Pertanyaan Jongdae mengejutkan Sora. Dia menoleh ke arah tunangnya yang sudah pun melabuhkan punggung di sebelahnya.

 

“Saya ada benda penting nak bincang dengan awak?” ujar Sora serius.

 

Jongdae turut berdebar jadinya. Namun dia tak berkata apa-apa.

 

“Saya dah fikir masak-masak dan saya nak kita cepatkan perkahwinan kita?” keputusan Sora itu membuatkan Jongdae tersentak.

 

“Saya nak kita kahwin awal bulan depan. Saya rasa tak ada masalah sebab semua persiapan kita dah siap. Dan saya rasa keluarga kita pun tak ada masalah,” kata Sora lagi.

 

Jongdae merenung tepat ke dalam mata tunangnya. Dia masih lagi tidak percaya dengan keputusan drastik yang dibuat oleh Sora.

 

“Awak yakin ke dengan keputusan awak ni?” soal Jongdae.

 

Sora mengangguk.

 

“Awak tak menyesal?” Jongdae bertanya lagi.

 

Sora mengangguk lagi.

 

Jongdae mengeluh berat. Dia membuang pandang ke arah pemandangan di hadapan mereka.

 

“Saya nak awak fikir lagi tentang perkara ni. Perkahwinan bukannya satu perkara yang main-main. Saya tak mahu awak menyesal. Tolong fikirkan lagi,” pujuk Jongdae.

 

Namun Sora masih berdegil dengan keputusannya.

 

“Tak. Saya tetap dengan keputusan saya untuk cepatkan perkahwinan kita.”

 

Jongdae sudah tidak terkata dengan keputusan Sora. Dalam hati dia benar-benar berharap yang Sora boleh memikirkan semula keputusannya.

 

Saya beri awak peluang untuk berfikir sebab saya tak nak awak tersalah buat pilihan Sora. Saya tahu awak yang bermain dalam fikiran awak. Saya tahu apa yang bermain dalam hati awak. Saya nak beri awak peluang, Sora. Peluang untuk betulkan semuanya. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's