Episod 11

Maid in Love

Baekhyun sudah tidak senang duduk. Dia berulang alik di hadapan ruang tamu. Sekali sekala matanya memandang ke arah jam.

            “Mana pulak Sora ni dah pukul 11 malam asal dia tak balik lagi? Takkan jalan nak ke sini pun dah tak ingat?” bebel Baekhyun seorang diri.

            “Jangan-jangan malam ni dia tak balik? Macam mana kalau dia bermalam dengan lelaki yang muka macam unta tu? Tak boleh jadi ni.” Baekhyun menggeleng laju. Dia tak boleh bayangkan kalau orang gajinya itu menghabiskan masa semalaman dengan Jongdae dia katakan wajahnya seperti unta itu.

            “Tapi asal aku nak kena risau pulak? Aku bukannya ada hubungan apa-apa pun dengan dia? Takkanlah aku jealous kot? Kalau aku jealous maksudnya aku sukakan dia ke?” Baekhyun bertanya kepada dirinya sendiri.

            Aku? Suka kat Sora? “Aish mustahil. Mustahil. Mustahil.” Ulang Baekhyun berulang-ulang kali. Sekali tengok macam orang dekat hospital bahagia pun ada.

            Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Mungkin penat agaknya. Mindanya teringat akan peristiwa yang berlaku siang tadi.

FLASHBACK...

            “Hello, Kyungsoo. Datang rumah aku sekarang.”

            “Tapi hyung, setahu saya hari ni bukan hyung cuti ke?” kedengaran suara Kyungsoo yang mamai di hujung talian. Nampak sangat baru bangun tidur.

            “Nanti aku explain. Sekarang ni boleh tak kau ambil aku dulu.”

            Kyungsoo mengeluh perlahan. “Yalah. Lagi 30 minit saya sampai.” Akhirnya dia mengalah jua. Nama pun majikan nak tak tak terpaksalah dia turutkan sahaja.

           “Terima kasih, Kyungsoo-ah,” ujar Baekhyun dengan suara secomel mungkin sebelum menamatkan panggilan.

            Kyungsoo memakir kereta di hadapan sebuah kafe. Dahinya berkerut seribu memikirkan sebab utama mengapa Baekhyun mengajaknya ke situ.

            “Hyung, kita buat apa kat sini?” soal Kyungsoo. Takkanlah majikannya itu dah bosan sangat sampai nak luangkan masa hujung minggu di kafe?

            Baekhyun membiarkan soalan Kyungsoo itu sepi tanpa jawapan. Dia mencapai beg kertas di tempat duduk belakang lalu diletakkan di atas ribanya. Kyungsoo sekadar memerhati tindak-tanduk Baekhyun yang sememangnya lebihaneh daripada biasa.

            Makin berkerut dahi Kyungsoo apabila lelaki itu menyarungkan rambut palsu dan cermin mata hitam. Kalau ya pun nak mengelak daripada peminat, perlu ke pakai rambut palsu? Dahlah warna merah menyala. Sebiji macam rambut patung yang dekat depan McDonald. Tak pernah-pernah dia jumpa artis halyu menyamar sebegini rupa.

            “Nah.”

            Kyungsoo tersentak apabila Baekhyun turut memberikan cermin mata hitam kepadanya.

            “Pakai ni. Kita tengah menyamar ni.” Baekhyun menyuakan cermin mata tersebut kepada Kyungsoo.

            Setelah itu dia mengeluarkan pashmina dari ber kertas tadi lalu dililitkan di leher. Sebahagian daripada wajahnya ditutup dengan pashmina. Berpuas hati dengan penyamarannya, Baekhyun melangkah keluar dari kereta diikuti dengan Kyungsoo.

            Masuk ke dalam kafe, mata Baekhyun terus menangkap tubuh Sora yang sedang bercakap dengan seorang lelaki. Cepat-cepat Baekhyun mengambil tempat tidak jauh dari Sora.

            Kyungsoo hanya menggeleng sambil tertunduk malu apabila beberapa pasang mata memandang ke arah Baekhyun sambil tersenyum-senyum. Majikan siapalah agaknya ni? Keluh Kyungsoo dalam hati. Dia mengambil tempat di hadapan Baekhyun yang matanya hanya fokus ke suatu tempat. Dia juga mengalihkan pandangan ke arah yang sama.

            “Itu bukan orang gaji hyung ke?” soal Kyungsoo. Dia masih ingat wajah Sora walaupun baru sekali mereka berjumpa.

            “Hmm.” Hanya itu jawapan Baekhyun. Matanya tidak lepas memandang Sora dan Jong Dae.

            “Apa yang diorang bualkan sampai dia senyum macam tu sekali. Lelaki tu boyfriend dia ke? Tak ade lelaki lain ke? Mamat yang muka macam unta juga yang dipilih,” ujar Baekhyun kepada dirinya sendiri. Sempat lagi dia kutuk muka Jongdae yang handsome tu macam muka unta. Dengkilah tu.

            Kyungsoo hanya perhati sahaja gelagat majikannya. Kemudian dia tersenyum.

            “Yang kau senyum ni kenapa?” Baekhyun yang menangkap senyuman daripada Kyungsoo itu bertanya.

            “Hyung penat-penat menyamar sampai macam ni sebab nak mengintip Sora ke?” soal Kyungsoo.

            “Yalah. Habis tu takkan aku nak mengintip mamat tu pulak?” balas Baekhyun.

            Kyungsoo sudah menyengih. “Hyung jealous ke sebab Sora ada date hari ni?”

            Baekhyun tersenyum sinis. “Jealous? Kenapa pulak aku nak kena jealous?”

            “Habis tu kenapa hyung kena susah-susah menyamar sampai macam ni sekali?”

            Baekhyun diam. Dia tak ada jawapan untuk itu.

            “Hyung suka kat Sora eh?”

            “Ya!” teriakan Baekhyun itu menarik perhatian pelanggan lain di dalam kafe itu termasuklah Sora.

            Cepat-cepat Baekhyun menutup mukanya dengan menu. Dia menarik nafas lega apabila Sora kembali mengalihkan pandangannya ke hadapan. Menu di tangan diletakkan kembali di atas meja.

            “Kau jangan nak mengarut yang bukan-bukan kalau tak aku potong gaji kau,” ugut Baekhyun.

            Kyungsoo hanya buat tak tahu dengan ugutan Baekhyun sebab dia tahu majikannya yang seorang itu bukannya serius hendak memotong gajinya. Silap hari bulan gajinya dinaikkan lagi oleh Baekhyun. Walau macam manapun Baekhyun cuba menafikan, Kyungsoo dapat rasa yang pelakon terkenal itu sudah mula jatuh hati dengan orang gajinya sendiri. Cuma masalahnya sekarang lelaki bernama Byun Baekhyun perlu menjatuhkan seseorang yang menjadi pesaing terkuatnya.

 

 

                        

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's