Episod 18

Maid in Love

Sora mengalihkan pandangan ke arah pintu. Junmyeon melangkah masuk ke dalam wad dengan plastik berisi makanan di tangannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada gadis itu sebelum menutup pintu bilik. Sora membalasnya ala kadar sebelum fokus ke tempat lain.

 

“Kau dah okey ke?” soal Junmyeon.

 

“Dah. Doktor cakap kalau tak ada apa-apa lusa aku dah boleh keluar,” balas Sora.

 

“Mana imo (mak cik)?” soal lelaki itu lagi sambil menyusun makanan di atas meja.

 

Sora membantu dirinya untuk duduk. “Omma baru aje balik. Esok baru dia datang lagi.”

 

“Okey.”

 

Kemudian suasana terus bertukar menjadi sepi. Junmyeon sibuk menatap iPad di tangannya manakala Sora mula menikmati makanan yang dibawa oleh Junmyeon tadi.

 

“Sora-ah.” Junmyeon bersuara.

 

“Hmm?”

 

“Lepas kau keluar dari hospital ni aku nak kau berhenti jadi orang gaji Baekhyun,” arah Junmyeon. Ada ketegasan pada nada suaranya.

 

“Kenapa?” soal Sora.

 

“Aku tak tahu apa lagi yang akan jadi kat kau bila kau kerja dengan dia,” balas Junmyeon.

 

Sora dapat mengesan ada kedingin pada Junmyeon. Dia dapat rasakan yang sepupunya itu menyalahkan Baekhyun atas apa yang jadi.

 

“Aku harap kau tak salahkan Baekhyun. Ni bukan salah dia. Dah nama pun kemalangan. Yang salahnya aku. Semuanya berpunca daripada aku,” ujar Sora cuba membela Baekhyun tetapi jangan haraplah Junmyeon ingin mendengar.

 

“Jangan nak bantah cakap aku boleh tak? Aku dah beritahu imo pasal ni. Aku nak kau keluar dari rumah Baekhyun. Pasal gaji kau jangan risau, aku bayar dua kali ganda. Dan aku dah carikan kau kerja baru. Kerja yang sesuai dengan kelayakan kau.”

 

Kali ini Sora hanya mampu mengeluh kerana dia tahu yang tak boleh membantah keputusan Junmyeon.

 

Tak apalah Sora, kalau Junmyeon tak suruh kau berhenti pun Baekhyun tetap akan halau kau keluar. Jadi apa bezanya?

 

 

Baekhyun berjalan mendapatkan pintu. Dia membiarkan pintu terbuka membiarkan Kyungsoo masuk.

 

“Sejak bila kau pandai tekan loceng bila datang rumah aku? Bukan sebelum ni kau main redah je?” Baekhyun berjalan ke ruang tamu tanpa menanti Kyungsoo yang terkial-kial menanggalkan kasut.

 

“Hyung, tadi Junmyeon hyung telefon saya,” beritahu Kyungsoo.

 

“Dia nak apa?” soal Baekhyun yang sedikit sebanyak terperanjat apabila nama Junmyeon disebut oleh Kyungsoo.

 

“Dia minta tolong saya kemaskan barang Sora noona,” ujar Kyungsoo.

 

“Okey,” balas Baekhyun ringkas sebelum masuk ke dalam biliknya.

 

Kyungsoo hanya mengeluh melihat Baekhyun. Dia kemudiannya menuju ke bilik Sora untuk mengemas barang tanpa ketahui yang Baekhyun terduduk di atas lantai sambil menangis.

 


Assalamualaikum dan Hai fellow readers.. here is another update for you.. and since today is my birthday I'll try to double update today.. or maybe triple update(?).  Anyway thank you for your support I really appreciate it. And I hope you guys will support my other fanfics too especially my new fanfic.. "Lee Donghae's Wifey." Neomu2 kamsahamnida.. Have A Nice Day  ^^

Here is the link.. In case you want to read it ^^ 

http://www.asianfanfics.com/story/view/1005859/lee-donghae-s-wifey-donghae-fluff-malay-superjunior

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's