Episod 23

Maid in Love

 Sora berdiri kaku di hadapan rumah Baekhyun. Dia seolah-olah tidak percaya yang dia akan datang ke sini lagi. Segala memori saat dia berkerja di rumah Baekhyun kembali terlayar di ruang mata. Walaupun semuanya bukanlah memori yang indah tetapi sangat berharga bagi Sora.

 

Lamunan Sora terganggu apabila pintu dibuka dari dalam. Terus memori yang terlayar lenyap begitu sahaja. Sora menggariskan senyuman kepada Baekhyun. Dia sendiri tak tahu sejauh mana keihklasan dalam senyuman itu.

 

“Mana barang saya yang awak cakap tertinggal tu?” soal Sora tanpa memberi peluang untuk Baekhyun berkata-kata.

 

Dia datang ke sini untuk mengambil barang miliknya yang tertinggal di rumah ini. Kemudian dia akan terus pergi.

 

Baekhyun mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam biliknya. Beberapa detik kemudian dia kembali semula ke ruang tamu. Sebuah diari berwarna hitam dihulurkan kepada Sora.

 

Lelaki itu dapat lihat dengan jelas perubahan pada raut wajah Sora saat dia menghulurkan diari itu.

 

“Kalau inilah barang yang cakap awak cakap tu awak tak payah susah-susah nak suruh saya datang sini. Awak boleh buang aje buku ni. Diari ni dah tak penting lagi pada saya,” ujar Sora.

 

Bagi Sora, tak ada gunanya untuk dia simpan diari itu lagi. Diari sewaktu dia masih berkerja sebagai orang gaji Baekhyun. Di dalamnya dia mencatatkan semua perkara tentang Baekhyun. Perkara yang dia suka, perkara yang dia tak suka. Jadual hariannya. Sikap kekwatnya. Perubahan angin monsun lelaki itu yang membuatkan dia keliru. Semuanya tercatat di dalam diari itu. Menyimpan diari itu hanya akan membawa kedukaan kepadanya. Jadi baik Baekhyun buang saja diari itu.

 

“Jadi awak nak cakap yang saya tak penting lagi untuk awak. Awak nak saya buang diari ni supaya awak boleh buang sayan dari hidup awak?” ujar Baekhyun.

 

“Saya dah baca diari awak. Saya minta maaf sebab dah ceroboh privasi awak,” katanya lagi.

 

Sora hanya diam. Dia sudah tidak kisah lagi kalau Baekhyun membaca apa yang tertulis di dalam diari itu. Semuanya bukan lagi satu rahsia. Kalau dia nak marah pun memang tak guna lagi.

 

“Sebelum awak pergi saya nak awak jawab soalan saya. Awak betul-betul bahagia ke dengan keputusan awak?” soal Baekhyun.

 

Sora memandang tepat ke wajah Baekhyun. “Apa maksud awak Baekhyun-ssi?”

 

“Awak bahagia ke dengan Jongdae? Awak betul-betul cintakan dia?” soal Baekhyun tanpa berdalih lagi.

 

Beberapa detik kemudian, Sora mendapati dia tak ada jawapan untuk soalan itu.

 

“Kenapa awak kena tipu diri awak sendiri, Sora? Saya tahu awak masih cintakan saya.”

 

“Siapa kata?” pintas Sora. “Jangan anggap awak tahu semua benda.” nada suaranya mula meninggi.

 

“Sudahlah. Awak cuma buang masa saya, Baekhyun-ssi.”

 

Baekhyun menarik lengan Sora. Menghalang gadis itu daripada pergi. Semuanya berlaku begitu pantas. Sesaat kemudian, bibir Baekhyun dan Sora mula bertaut.

 

Dia tak peduli yang Sora kini tunang orang ataupun tidak. Apa yang penting dia mahu Sora tahu perasaan yang bersarang dalam hatinya. Dia takkan lepaskan gadis itu pergi.

 

Sora hampir saja hanyut dalam perasaan apabila realiti mula mengingatkannya. Semua ini salah. Dia milik Jongdae. Macam mana dia boleh bercium dengan lelaki lain selain daripada Jongdae?

 

Lantas dia menolak tubuh Baekhyun jauh daripada tubuhnya.

 

“Apa yang awak buat ni? Awak tahukan saya tunang orang?” marah Sora. Air matanya mula bertakung.

 

“Tapi awak cintakan saya!” balas Baekhyun.

 

“Sampai bila awak nak nafikan perasaan awak Sora? Saya tahu sekarang awak ni tunang orang. Tapi awak tak cintakan dia. Awak hanya cintakan saya!” ujar Baekhyun lagi.

 

Sora tergamam. Hanya matanya yang memainkan peranan mengalirkan air mata. Dia benci untuk mengakui kebenaraan pada kata-kata Baekhyun. Dia benci dengan kenyataan yang hatinya masih lagi berharap untuk Baekhyun meskipun dia akan berkahwin dengan Jongdae.

 

Dia benci dengan semua yang berlaku.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's