Episod 19

Maid in Love

 Sudah 6 bulan berlalu sejak Sora berhenti bekerja menjadi orang gaji dan keluar dari rumah Baekhyun. Selama 6 bulan itu Baekhyun tidak lagi berjumpa dengan Sora mahupun mendengar khabar tentang gadis itu. Selama 6 bulan itu jugalah hubungan Baekhyun dan Junmyeon keruh. Dan Baekhyun sudah mati akal, tidak tahu lagi bagaimana mahu memulih kembali persahabatan antara dia dengan Junmyeon.

 

“Hyung, kita dah sampai. Hyung nak saya tolong belikan ke?” soal Kyungsoo.

 

Baekhyun mengalihkan pandangannya ke luar. “Tak apalah. Aku boleh beli sendiri,” ujarnya lalu keluar dari kereta.

 


 

“Encik jangan risau. Saya boleh uruskan semuanya. Nanti kalau ada apa-apa yang encik tak puas hati encik boleh hubungi saya,” ujar Sora.

 

Lelaki di hadapannya itu mengangguk. “Jangan risau. Saya percayakan awak, Sora-ssi. Kalau tak ada apa-apa saya beransur dulu.”

 

Sora dan lelaki itu sama-sama berdiri sebelum bersalaman. Sora sempat memberi tunduk hormat sebelum lelaki itu melangkah keluar dari kafe. Kemudian, dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil menghela nafas.

 

Sudah hampir 6 bulan dia berkerja sebagai konsultan IT di salah sebuah syarikat terkenal di Korea dan dia sangat berterima kasih kepada Jumyeon. Kalau bukan disebabkan lelaki itu, tak mungkin dia dapat kerja ni. Sora akui yang dia mula selesa bekerja sebagai konsultan walaupun kadang-kala dia rindu untuk menjadi orang gaji Baekhyun.

 

Sora menggeleng perlahan apabila mindanya mula terkenang akan lelaki itu. Dahlah Sora, benda dah lepas. Kau dah ada hidup kau sendiri. Baekhyun pun ada hidup dia sendiri. Kau nak ingat kat dia buat apa? Bukannya dia ingat kat kau pun. Marah Sora. Dia mengemas segala dokumen yang bersepah di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam satu fail.

 

Telefon bimbit Sora tiba-tiba berdering menandakan ada satu panggilan masuk. Sora tersenyum saat nama si pemanggil tertera di skrin telefon.

 

“Hello? Saya ada kat kafe ni. Haah, tempat kita biasa jumpa. Awak nak jemput saya ke? Okey, saya tunggu kat sini. Bye,” ujar Sora sebelum menamatkan panggilan.

 

Dia bangun dari tempatnya untuk keluar dari kafe itu. Tetapi dia pertengah jalan, dia terlanggar seseorang yang kebetulan ingin keluar dari situ. Mujurlah air di tangan lelaki itu tidak tertumpah.

 

Sora menunduk. “Saya minta maaf,” ujarnya.

 

“Tak apa,” ujar lelaki itu. Sora terus mengangkat kepalanya.

 

“Baekhyun-ssi?”

 

Mata Baekhyun tidak berkelip memandang Sora di hadapannya. Gadis itu nampak lain dalam pakaian korporatnya tetapi masih cantik pada pandangan mata Baekhyun. Siapa sangka yang dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi? Selepas 6 bulan.

 

“Awak apa khabar?” soal Baekhyun. Cuba berlagak tenang meskipun dia rasa sangat gemuruh ketika ini.

 

“Okey. Saya okey,” balas Sora. Perasaan terperanjatnya kerana terserempak dengan lelaki itu masih lagi belum hilang.

 

“Baguslah,” ujar Baekhyun perlahan.

 

“Awak buat apa kat sini?” soal Baekhyun lagi.

 

Entah kenapa dia rasa berat ingin melepaskan gadis itu pergi. Sebab dia tahu bila lagi mereka akan berjumpa.

 

“Saya baru lepas habis jumpa klien,” balas Sora.

 

Baekhyun hanya mengangguk.

 

“Sora sebenarnya saya..”

 

“Sayang.”

 

Kata-kata Baekhyun tergantung di situ. Baik Baekhyun mahupun Sora kedua-dua berpaling ke arah suara itu. Baekhyun memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah keluar dengan Sora sebelum ni. Kalau tak silap namanya Jongdae? Ya, Kim Jongdae.

 

Baekhyun memandang Jongdae dan Sora silih berganti. Hampir saja dia diserang sesak nafas apabila Jongdae merangkul pinggang Sora di hadapannya.

 

“Baekhyun-ssi, kenalkan ini tunang saya. Kim Jongdae.”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's